Kerajaan Beraja Hungary (1526–1867)

(Dilencongkan daripada Hungary Diraja)

Kerajaan Beraja Hungary yang wujud antara tahun 1526 sehingga 1867 semasa berada di luar Empayar Suci Rom adalah sebahagian daripada wilayah di bawah kekuasaan monarki Habsburg, yang kemudian menjadi empayar Austria pada tahun 1804. Selepas Pertempuran Mohács pada tahun 1526, negara ini diperintah oleh dua orang putera mahkota (John I dan Ferdinand I). Asalnya, sempadan wilayah yang tepat di bawah pemerintahan Habsburg dipertikaikan kerana kedua-dua pemerintah menuntut keseluruhan kerajaan. Zaman yang tidak menentu ini berlarutan sehingga tahun 1570 apabila John Sigismund Zápolya (John I) diturunkan takhta sebagai Raja Hungary bagi memberi laluan kepada Maharaja Maximilian II.

Kerajaan Beraja Hungary
Königreich Ungarn (de)
Regnum Hungariae (la)
Magyar Királyság (hu)
1526–1867
Bendera Hungary
Jata Hungary
Bendera Jata
Cogan kataRegnum Mariae Patrona Hungariae[1]
"Kerajaan Beraja Mary, si Penaung Hungary"
Lagu kebangsaanHimnusz
Hymn
StatusTanah mahkota bagi monarki Habsburg dan empayar Austria
Ibu negaraBuda
(1526–1536)
Pressburg
(1536–1848)
Pest
(1848–1867)
Bahasa yang umum digunakanBahasa-bahasa rasmi:
Latin
(sebelum 1784; 1790–1844)
Jerman
(1784–1790; 1849–1867)
Hungary
(1844–1849)
Bahasa lain yang dipertuturkan:
Romania, Slovak, bahasa Croatia, Slovene, Serbia, Itali, Ruthenia
Agama
Katolik, Pembaharuan, Lutheranisme, Ortodok, Unitarianisme, Judaisme
KerajaanMonarki mutlak
Raja Apostolik 
• 1526–1564
Ferdinand I (pertama)
• 1848–1867
Franz Joseph I (terakhir)
Palatine 
• 1526–1530
Stephen Báthory (pertama)
• 1847–1848
Stephen Francis (terakhir)
Badan perundanganDiet Diraja
Era SejarahZaman Pertengahan / Moden Awal
29 Ogos 1526
24 Februari 1538
26 Januari 1699
1703–1711
15 Mac 1848
30 Mac 1867
Mata wangForint
Kod ISO 3166HU
Didahului oleh
Diganti oleh
Kerajaan Beraja Hungary (1301–1526)
Kerajaan Beraja Hungary (1867–1918)

Hungary Diraja (1526–1699)

sunting
 
Kekaptenan Kerajaan Beraja Hungary sekitar tahun 1572.

Hungary Diraja (1526–1699),[2] (Hungary: Királyi Magyarország, Jerman: Königliches Ungarn), adalah sebuah nama yang merujuk kepada sebahagian wilayah Kerajaan Beraja Hungary pada zaman pertengahan di mana Habsburg diakui sebagai raja-raja Hungary[3] selepas kemenangan Uthmaniyyah dalam Pertempuran Mohács (1526) dan seterusnya mengakibatkan perpecahan negara ini.

Perpecahan sementara wilayah antara pihak yang berseteru iaitu (John I dan Ferdinand I) berlaku hanya pada tahun 1538 di Perjanjian Nagyvárad,[4] apabila Habsburg menguasai bahagian utara dan barat negara (Hungary Diraja), di mana ibu kota baharunya adalah Pressburg (Pozsony, kini Bratislava). John I pula menguasai bahagian timur wilayah (dikenali sebagai Kerajaan Beraja Hungary Timur). Para raja Habsburg memerlukan kuasa ekonomi di Hungary untuk memerangi Uthmaniyah. Semasa peperangan dengan Uthmaniyah, luas wilayah bekas Kerajaan Beraja Hungary berkurang sebanyak 70%; meskipun kehilangan demografi dan wilayah yang besar, wilayah Hungary Diraja yang kecil dan mengalami peperangan ini kekal penting dari segi ekonomi berbanding Austria atau Kerajaan Beraja Bohemia sehingga akhir kurun ke-16.[5]

Wilayah yang kini berada dalam negara Slovakia dan barat laut Transdanubia berterusan merupakan sebahagian daripada tatanegara ini sementara kawalan di timur laut Hungary bertukar-tukar antara Hungary Diraja dan Prinsipaliti Transylvania. Wilayah tengah di Kerajaan Beraja Hungary pada zaman pertengahan pula diduduki oleh Empayar Uthmaniyah selama 150 tahun (lihat Hungary Uthmaniyyah).

Pada tahun 1570, John Sigismund Zápolya, pencabar takhta raja Hungarian, melucutkan gelaran sebagai Raja Hungary kepada Maharaja Maximilian II, sepertimana yang dinyatakan dalam Perjanjian Speyer.[6]

Istilah "Hungary Diraja" mula tidak digunakan selepas tahun 1699, dan para raja Habsburg merujuk pada negara baru yang lebih besar ini dengan nama istilah yang rasmi iaitu "Kerajaan Beraja Hungary".

Raja-raja Habsburg

sunting

Habsburg merupakan sebuah dinasti yang berpengaruh dari Empayar Suci Rom telah dipilih sebagai para raja Hungary.[7][8][9]

Hungary Diraja menjadi sebahagian daripada Monarki Habsburg dan mendapat sedikit pengaruh di Vienna.[10] Raja Habsburg secara terus mengawal kewangan, ketenteraan dan hubungan luar Hungary Diraja. Tentera Imperial pula mengawal sempadannya.[10] Kerabat Habsburg mengelak daripada memegang sebarang jawatan di pejabat palatine untuk menghalang memiliki kuasa yang terlalu besar.[10] Tambahan lagi, persoalan Uthmaniyah memecah belahkan golongan Habsburg dengan orang Hungary: Vienna ingin mengekalkan keamanan dengan Uthmaniyah; manakala orang Hungary pula mahu mengusir keluar Uthmaniyah. Oleh kerana, orang Hungary sedar akan kelemahan mereka, kebanyakan mereka menentang Habsburg.[10] Mereka merungut berkenaan peraturan luar, tindak tanduk tentera luar yang berada di garison, dan pengakuan Habsburg ke atas kedaulatan Uthmaniyah di Transylvania (Prinsipaliti Transylvania biasanya berada di bawah ketuanan empayar Uthmaniyyah. Bagaimanapun, pada kurun ke-16 dan ke-17 ia sering kali berada di bawah dua naungan iaitu di bawah sultan Turki Uthmaniyah dan raja Habsburg Hungary).[11] Penganut Protestant, yang ditindas di Hungary Diraja,[10] dianggap sebagai melawan reformasi, satu ancaman yang lebih besar berbanding orang Turki.

Reformasi

sunting
 
Hungary Diraja, Prinsipaliti Hungary Hulu, Prinsipaliti Transylvania dan eyalet Uthmaniyyah pada sekitar tahun 1683.

Reformasi ini merebak dengan pantas, dan menjelang awal kurun ke-17 sukar untuk menemui keluarga bangsawan yang masih kekal menganuti Katolik.[12] Di Hungary Diraja, majoriti penduduk menjadi penganut mazhab Luther menjelang akhir kurun ke-16.[13]

Archbishop Péter Pázmány menyusun semula Gereja Katolik Rom di Hungary Diraja dan mengetuai sebuah anti-reformasi yang membalikkan kelebihan mazhab Protestant di Hungary Diraja, menggunakan teknik pujukan berbanding menakut-nakutkan.[12] Reformasi mengakibatkan pergeseran dalam kalangan Katolik, yang sering kali menyebelahi Habsburg,[12] dan Protestant, yang membangunkan identiti kebangsaan yang kuat dan menjadi pemberontak di mata Austria.[12] Chasms juga meningkat di antara kebanyakan magnate Katolik dengan para bangsawan rendah Protestant.[12]

Kerajaan Beraja Hungary pada Zaman Moden Akhir sehingga tahun 1848

sunting

Kurun ke-18

sunting
 
Perkembangan wilayah Habsburg

Separuh pertama kurun ke-19

sunting
 
István Széchenyi, tokoh penting utama semasa era reformasi
 
Jata Hungary (1849)

1848–1867

sunting

Selepas revolusi, maharaja membatalkan perlembagaan Hungary dan memerintah secara monarki mutlak. Franz Joseph membahagikan negara kepada empat buah wilayah: Hungary, Transylvania, Croatia-Slavonia, dan Vojvodina. Para pentadbir Jerman dan Bohemia menguruskan kerajaan, dan Jerman menjadi bahasa rasmi untuk urusan pentadbiran dan pendidikan. Kaum minoriti bukan-Magyar di Hungary menerima sedikit sokongan di Austria semasa tempoh kekacauan ini. Kaum Croat dilaporkan memberitahu orang Hungary: "Kami menerima balasan di mana orang Magyar menerimanya sebagai hukuman."

Pandangan rakyat Hungary berbeza berkenaan akan hubungan dengan Austria. Sesetengah orang Hungary berharap agar perpisahan sepenuhnya daripada Austria; yang lain pula menghendaki penyesuaian dengan Habsburg, selagi mana mereka menghormati perlembagaan dan undang-undang Hungary. Ferenc Deák menjadi penyokong utama bagi usaha penyesuaian ini. Deak memegang teguh kesahihan Undang-undang April dan mempertikaikan bahawa pindaannya memerlukan perhatian daripada Diet Hungary. Beliau juga mengatakan bahawa penurunan takhta Habsburg adalah tidak sah. Selagi Austria memerintah secara mutlak, Deak percaya bahawa orang Hungary patut melakukan lebih daripada secara pasif menentang tuntutan-tuntutan tidak sah ini.

Percubaan pertama untuk mematahkan pemerintahan neo-absolutis oleh Franz Joseph mula muncul pada tahun 1859, apabila tentera Sardinia-Piedmont dan Perancis mengalahkan Austria dalam Pertempuran Solferino. Kekalahan ini menyakinkan Franz Joseph bahawa tentangan oleh rakyat dan sosial ke atas kerajaan beliau terlalu kuat untuk diuruskan melalui dekri daripada Vienna. Secara perlahan-lahan, beliau mengakui keperluan konsesi untuk Hungary, oleh Austria dan Hungary memulakan perbincangan untuk satu kompromi.

Pada tahun 1866, Prusia mengalahkan Austria, dan mengakibatkan lebih banyak kelemahan kepada empayar Habsburg. Rundingan antara maharaja dan para pemimpin Hungary dibanyakan dan akhirnya menghasilkan Persepakatan 1867, yang mana menghasilkan Dual Monarki di Austria-Hungary, juga dikenali sebagai Empayar Austria-Hungary.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Adeleye, Gabriel G. (1999). World Dictionary of Foreign Expressions. Ed. Thomas J. Sienkewicz and James T. McDonough, Jr. Wauconda, IL: Bolchazy-Carducci Publishers, Inc. ISBN 0-86516-422-3.
  2. ^ Giambattista Vico, Statecraft: The Deeds of Antonio Carafa, Peter Lang, 2004, p. 400
  3. ^ "... the Estates of the realm have submitted themselves not only to His Majesty's, but also his heirs' power and rule for ever ..." (Section 5 of Article V of 1547).
  4. ^ István Keul, Early modern religious communities in East-Central Europe: ethnic diversity, denominational plurality, and corporative politics in the principality of Transylvania (1526–1691), BRILL, 2009, p. 40
  5. ^ Robert Evans, Peter Wilson (2012). The Holy Roman Empire, 1495-1806: A European Perspective Volume 1 van Brill's Companions to European History. BRILL. m/s. 263. ISBN 9789004206830. line feed character in |title= at position 57 (bantuan)
  6. ^ István Keul, Early modern religious communities in East-Central Europe: ethnic diversity, denominational plurality, and corporative politics in the principality of Transylvania (1526–1691) 2009, pp. 61-255
  7. ^ David J. Sturdy (2002). Fractured Europe, 1600–1721. Wiley-Blackwell. m/s. 17. ISBN 978-0-631-20513-5. Dicapai pada 2009-04-12.
  8. ^ Peter George Wallace (2004). The long European Reformation: religion, political conflict, and the search for conformity, 1350–1750. Palgrave Macmillan. m/s. 102. ISBN 978-0-333-64450-8. Dicapai pada 2009-04-12.
  9. ^ Peter N. Stearns, William Leonard Langer (2001). The Encyclopedia of world history: ancient, medieval, and modern, chronologically arranged. Houghton Mifflin. m/s. 309. ISBN 978-0-395-65237-4. Dicapai pada 2009-04-12.
  10. ^ a b c d e "A Country Study: Hungary: Royal Hungary". United States federal government. September 1989. Dicapai pada 2009-04-12. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan); |first= missing |last= (bantuan)
  11. ^ Dennis P. Hupchick, Conflict and chaos in Eastern Europe, Palgrave Macmillan, 1995, p. 62
  12. ^ a b c d e "A Country Study: Hungary: Partition of Hungary". United States federal government. September 1989. Dicapai pada 2009-04-12. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan); |first= missing |last= (bantuan)
  13. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Patai