Hubungan Brunei–Kemboja
Brunei dan Kemboja menjalinkan hubungan diplomatik pada 1992. Brunei mempunyai kedutaan di Phnom Penh, dan Kemboja mempunyai kedutaan di Bandar Seri Begawan.[1] Kedua-dua negara bekerjasama dalam perdagangan, pendidikan dan pertahanan.[1]
Brunei |
Kemboja |
---|
Sejarah
suntingHubungan antara kedua-dua negara telah terjalin sejak 9 Jun 1992.[1] Pada tahun 2012, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-21 yang diadakan di Phnom Penh semasa Perdana Menteri Hun Sen menghadiri perkahwinan diraja puteri Bolkiah, Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah pada tahun sama.[1]
Hubungan ekonomi
suntingPada masa ini, kedua-dua negara mempunyai hubungan diplomatik yang baik dan Presiden Perhimpunan Kebangsaan Kemboja Heng Samrin telah menggesa Brunei untuk melihat potensi Kemboja bagi kerjasama perdagangan dan pelaburan.[2] Dalam bidang pelancongan, kira-kira 560 rakyat Brunei telah melawat Kemboja pada tahun 2012.[2] Brunei turut menyokong pembangunan Kemboja.[3] Kedua-dua negara telah menandatangani perjanjian mengenai beras yang diimport di mana Kemboja akan mengeksport beras berkualiti tinggi ke Brunei..[4] Ramai pelancong dan pelabur warga Brunei berminat untuk melancong dan menjalankan perniagaan di Kemboja kerana keamanan dan kestabilan politik di Kemboja pada masa kini.[4]
Hubungan keselamatan
suntingTerdapat juga kerjasama antara Tentera Laut Diraja Brunei dan Tentera Laut Diraja Kemboja dalam keselamatan dengan kedua-dua negara bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa dalam hubungan pertahanan dua hala.[5][6] Brunei juga membantu Kemboja dalam kursus bahasa Inggeris yang ditawarkan oleh Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam kepada Angkatan Bersenjata Diraja Kemboja, dan Kemboja telah menyertai Pertemuan Senjata Kemahiran Menembak Antarabangsa Brunei (BISAM) dan Mesyuarat Senapang Tentera ASEAN (AARM).[6]
Rujukan
sunting- ^ a b c d "Brunei-Cambodia Relations". Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Februari 2014. Dicapai pada 5 Februari 2014.
- ^ a b Tang Danlu (3 October 2012). "Cambodia's top legislator hails diplomatic ties with Brunei, urges more economic ties". Xinhua News Agency. Xinhua.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 October 2012. Dicapai pada 5 Februari 2014.
- ^ Zee Yusri (10 November 2013). "CAMBODIA VALUES BRUNEI'S SUPPORT". BruDirect. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Februari 2014. Dicapai pada 5 Februari 2014.
- ^ a b Linwanyi (26 Jun 2009). "Cambodia, Brunei To Sign Rice Import Agreement". Agence Kampuchea Press. Caexpo. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Februari 2014. Dicapai pada 5 Februari 2014.
- ^ "Cambodian, Brunei Navy Commanders meet to bolster bilateral ties". Xinhua News Agency. DAP News. 27 Februari 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Februari 2014. Dicapai pada 5 Februari 2014.
- ^ a b "Cambodia Ministry of National Defense's Special Envoy Visits Brunei Darussalam". Naval Today. 28 Mac 2012. Dicapai pada 5 Februari 2014.