Hubungan Argentina–Jerman

(Dilencongkan daripada Hubungan Argentina-Jerman)

Hubungan Argentina–Jerman merupakan hubungan luar negeri antara Argentina dan Jerman. Negara kota Hamburg ialah negara Jerman pertama yang menjalinkan hubungan diplomatik dengan Argentina pada tahun 1829. Duta besar Jerman ke Argentina pertama dihantar pada 7 Mei 1871.

Hubungan Argentina–Jerman

Peta menunjukkan lokasi Argentina dan Jerman


Argentina


Jerman

Perpindahan warga Jerman ke Argentina ialah yang terbesar di Amerika Hispanik. Lebih daripada 3,000,000 warga Argentina berdarah Jerman.

Mereka mempunyai pengaruh besar dalam sistem pendidikan Argentina dan beberapa sekolah Jerman terletak di negara tersebut. Pada kenyataannya, Tentera Darat Argentina bercadang mengambil sejumlah besar sains dan juruteknik Jerman untuk industri. Pencetakan surat-surat khabar dalam bahasa Jerman seperti Argentinisches Tageblatt, yang bermaksud "surat khabar Argentina" masih terdapat sehingga kini.

Duta Besar Jerman ke Argentina ialah Bernhard von Waldersee dan Duta Besar Argentina ke Jerman ialah Luis María Kreckler.

Presiden Argentina, Mauricio Macri dengan Canselor Jerman, Angela Merkel di Berlin, Julai 2016.

Pautan luar

sunting