Hovawart
Hovawart[a] ialah satu baka anjing Jerman sederhana hingga besar. Namanya memaksudkan "[anjing] penjaga laman" atau "[anjing] penjaga ladang", daripada perkataan bahasa Jerman Tinggi Pertengahan hova ("pekarangan", "laman", "ladang", bahasa Jerman moden: Hof) dan wart ("penjaga", "pengawas", bahasa Jerman moden: Wart).[1][2][sumber lebih baik diperlukan]
Nama ringkas | Hovie | ||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Jerman | ||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||
Catatan | IHF - Internationale Hovawart Föderation | ||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Perihal
suntingPenampilan
suntingHovawart ialah baka pekerja berotot, bersaiz sederhana, dan berbulu panjang. Baka ini lebih panjang sedikit dengan panjang yang berukuran 110–115% daripada ketinggian pada paras kelasa.[1][2]
Kepala
suntingBatang hidung adalah lurus. Muncung adalah kira-kira sama panjang dengan tengkorak dan kulit adalah ketat. Pempigmenan muka adalah hitam. Mata berbentuk bujur dengan warna perang gelap-hingga-sederhana. Telinga berbentuk segi tiga dan jatuh menurun. Telinga patut mencapai cukup rendah untuk menjadi separas dengan mulut.[1][2]
Tubuh
suntingEkor mencapai paras keting tetapi tidak mencecah tanah.[1][2]
Bulu
suntingLapis bulu panjang terbentang rapat-rapat dengan tubuh dengan hanya sedikit jumlah lapis bulu bawah. Lapis bulunya lebih panjang pada dada, perut, dan belakang tungkai. Terdapat tiga warna berlainan: hitam, hitam dan emas, dan perang muda.[1][2]
Saiz
suntingJantan adalah setinggi 63–70 sentimeter (25–28 in) pada paras kelasa dan betina setinggi 58–65 sentimeter (23–26 in).[1][2]
Sejarah
suntingSelepas Zaman Pertengahan, kepopularan hovawart mula merosot. Baka-baka baharu seperti anjing gembala Jerman perlahan-lahan menggantikan hovawart sebagai anjing pengawal dan anjing pekerja sehingga ia hampir lenyap menjelang permulaan abad kedua puluh. Pada sekitar tahun 1915, sekumpulan penggemar berkeputusan untuk mencuba untuk menyelamatkan baka ini. Yang utama dalam kumpulan ini ialah ahli zoologi Kurt Friedrich König. Mereka bermula dengan mencari anjing di perladangan rantau Hutan Hitam. König kemudian memulakan program pembiakbakaan cermat dengan menggunakan anjing-anjing ini dan menyilangkan anjing-anjing tersebut dengan spesimen kuvasz, anjing Newfoundland, anjing gembala Jerman, anjing Leonberg, seekor anjing gunung Bern, dan seekor anjing pemburu Afrika. Selepas banyak bekerja, kumpulan itu dianugerahi pada tahun 1922 apabila perinduk hovawart pertama dimasukkan ke dalam Daftar Pembiakbakaan Jerman. Para penggemar itu meneruskan kerja mereka dan pada tahun 1937 Verband für das Deutsche Hundewesen secara rasmi mengiktiraf hovawart. Semua kerja ini hampir terbatal dengan meletusnya Perang Dunia Kedua. Oleh sebab kebolehannya, banyak hovawart digunakan dalam usaha perang Jerman dan terkorban. Menjelang tahun 1945, hanya beberapa ekor tersisa. Semangat untuk baka ini kekal dan pada tahun 1947, Otto Schramm dan beberapa orang rakan penggemar di Coburg membentuk sebuah kelab baharu, iaitu Rassezuchtverein für Hovawart-Hunde Coburg, yang masih wujud sehingga kini. Pada tahun 1964, Verband für das Deutsche Hundewesen mengiktiraf hovawart sebagai baka pekerja ketujuh di Jerman.
Lain-lain
suntingHovawart sangat cemerlang kegiatan pencarian dan penyelamatan, penjejakan, dan anjing pekerja.[3]
See also
suntingCatatan
sunting- ^ Jawi: هوفاۏرت , Sebutan bahasa Melayu: [hofava(r)t]; Jerman: Hovawart
Rujukan
sunting- ^ a b c d e f "FCI - Standard Nr. 190 HOVAWART" [Piawaian FCI No. 190 Hovawart] (pdf) (dalam bahasa Jerman). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 12 Januari 1998. Dicapai pada 8 Januari 2024.
- ^ a b c d e f "FCI-Standard N° 190 HOVAWART" [Piawaian FCI No. 190 Hovawart] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Binder-Gresly, Ruth. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 25 September 1998. Dicapai pada 8 Januari 2024.
- ^ "Hovawart breed introduction" [Pengenalan baka Hovawart] (dalam bahasa Inggeris). The Hovawart Club of Great Britain. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Ogos 2013. Dicapai pada 17 Januari 2024.