Hirving Rodrigo Lozano Bahena (lahir 30 Julai 1995) merupakan seorang pemain bola sepak Mexico yang beraksi di posisi sayap untuk kelab Serie A, Napoli dan pasukan kebangsaan Mexico. Beliau amat popular dengan nama gelaran Chucky.[2]

Hirving Lozano
Maklumat peribadi
Nama penuh Hirving Rodrigo Lozano Bahena[1]
Tarikh lahir (1995-07-30) 30 Julai 1995 (umur 29)
Tempat lahir Bandaraya Mexico, Mexico
Ketinggian 1.76 m (5 ka 9 in)
Posisi permainan Sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Napoli
Nombor 11
Kerjaya remaja
2009–2014 Pachuca
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2014–2017 Pachuca 120 (31)
2017–2019 PSV 60 (34)
2019– Napoli 3 (1)
Pasukan kebangsaan
2015 Mexico B20 9 (5)
2015–2016 Mexico B23 8 (1)
2016– Mexico 38 (10)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 17:54, 22 September 2019 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23:15, 11 Oktober 2019 (UTC)

Lozano telah memulakan kariernya bersama kelab Pachuca. Beliau telah berjaya merangkul trofi Clausura 2016 dan Liga Juara-Juara CONCACAF 2016–17. Secara keseluruhannya, beliau telah beraksi dalam 149 perlawanan dan menjaringkan 43 gol untuk Pachuca. Pada Jun 2017, beliau telah berpindah ke Eropah untuk menyertai kelab Belanda, PSV Eindhoven. Semasa musim pertamanya di PSV, beliau telah merangkul kejuaraan Eredivisie dan juga dinobatkan sebagai penjaring terbanyak pasukannya sepanjang kempen tersebut. Pada tahun 2019, Lozano berpindah ke Napoli dalam perpindahan yang bernilai €42 juta sekali gus meletakkannya sebagai pemain bola sepak Mexico termahal sepanjang zaman.

Lozano telah mewakili pasukan remaja Mexico dan meraih pencapaian iaitu Kejohanan B-20 CONCACAF 2015 selain beliau telah mewakili negaranya ke Sukan Olimpik 2016. Lozano telah melakukan penampilan sulungnya untuk skuad senior pada Februari 2016 dan telah mengambil bahagian dalam kejohanan Copa America Centenario, Piala Konfederasi 2017 dan juga Piala Dunia 2018.

Kerjaya kelab

sunting

Pachuca

sunting

Lozano telah menyertai kelab Pachuca pada tahun 2009 dengan memasuki akademi kelab.[3] Pada 8 Februari 2014, Lozano telah melakukan penampilan sulungnya di Liga MX ketika menentang Club América. Beliau telah menjaringkan gol pada lima minit selepas beliau menjadi pemain gantian bagi memastikan jaringan tunggalnya itu untuk meraih tiga mata penuh buat bekalan pasukannya.[4] Lozano telah membantu Pachuca untuk menamatkan kejohanan Clausura 2014 sebagai naib juara.[5]

Pada 30 Ogos 2014, Lozano telah menjaringkan gol ketika pertembungan menentang León, yang berkesudahan Pachuca menang 2–1.[6] Pada 13 September 2014, beliau telah menjaringkan satu-satunya gol Pachuca dalam aksi menentang Tijuana yang berkesudahan perlawanan terikat seri 1–1.[7]

Pada 19 September 2015, Lozano telah menjaringkan gol penyamaan permainan ketika menentang Dorados sebelum Pachuca akhirnya meraih kemenangan 2–1.[8] Pada 27 Februari 2016, Lozano telah menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika menentang Toluca sekali gus memastikan pasukannya gah di puncak teratas liga.[9] Pada 19 Mac, Lozano telah menjaringkan hatrik pertamanya ketika Pachuca membelasah Veracruz 6–0.[10] Lozano telah menyumbang dua gol untuk pasukannya ketika perlawanan separuh akhir Clausura 2016 Liguilla menentang León dan memberikan pasukannya kelebihan agregat 3–2.[11][12] Pachuca akhirnya merangkul kejuaraan liga setelah mereka menundukkan Monterrey 2–1 secara agregat dalam perlawanan akhir.[13] Lozano telah dipilih ke dalam Bintang Pasukan Pilihan bagi kejohanan Clausura 2016.[14]

Pada 16 Julai 2016, Lozano telah menjaringkan gol dan mencipta hantaran kepada jaringan gol lain pasukannya ketika aksi sulung liga menentang León yang berkesudahan Lozano menang 5–1.[15] Pada 13 September, ketika perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara CONCACAF, beliau telah menjaringkan empat gol ketika menentang Police United sekali gus membantu Pachuca untuk merekodkan kemenangan terbesar pernah diperoleh di dalam sejarah kejohanan tersebut berikutan kejayaan 11–0.[16] Pada 15 Oktober, Lozano telah mencipta satu hantaran dan menjaringkan gol ketika Pachuca menewaskan Santos Laguna 3–0.[17] Lozano mengakhiri kejohanan Apertura 2016 sebagai penjaring gol terbanyak dari Mexico dengan tujuh gol dihasilkan.[18] Beliau seterusnya diletakkan di dalam Kesebelasan Utama Pilihan bagi kejohanan Apertura 2016.[19]

Semasa perlawanan pembukaan bagi kejohanan Clausura 2017 pada 17 Januari, beliau telah berjaya menjaringkan hatrik bagi mengalahkan León 4–2.[20] Pada bulan April, semasa perlawanan kedua peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara CONCACAF menentang FC Dallas, Lozano telah menjaringkan dua gol untuk pasukannya ketika baki sepuluh minit sebelum tamat sekali gus membantu pasukannya untuk menang 3–1 dan 4–3 menerusi agregat bagi meneruskan kemaraan ke final.[21] Pada bulan berikutnya, Pachuca memenangi kejohanan Liga Juara-Juara CONCACAF selepas menewaskan wakil yang juga dari Mexico, Tigres UANL dalam aksi perlawanan akhir. Lozano pula telah dianugerahkan Kasut Emas sebagai penjaring gol terbanyak kejohanan itu dengan lapan gol dijaringkan.[22] Selain itu, Lozano turut dianugerahkan sebagai Pemain Muda Terbaik Kejohanan.[23]

Musim 2017–18

sunting

Pada 19 Jun 2017, Lozano telah menandatangani kontrak selama enam tahun bersama kelab Belanda, PSV Eindhoven.[24]

Lozano telah melakukan penampilan sulungnya untuk PSV dalam perlawanan kelayakan Liga Europa menentang Osijek. Beliau telah beraksi dalam kedua-dua perlawanan namun pasukannya gagal untuk menuju peringkat kumpulan setelah keputusan agregat menunjukkan skor 2–0 bagi pihak Osijek.[25] Pada 12 Ogos, Lozano telah menjaringkan gol dalam penampilan sulungnya di Eredivisie ketika menentang AZ Alkmaar. Beliau seterusnya telah diberikan tepukan gemuruh oleh para peminat yang hadir di stadium sebelum beliau dibawa keluar untuk digantikan oleh pemain kelab yang lain.[26] Seminggu kemudian, beliau menjaringkan gol sekali lagi dan mencipta jaringan lain untuk PSV ketika menentang NAC Breda.[27] Seterusnya, Lozano terus menjaringkan gol bagi memastikan kejayaan PSV menewaskan Roda JC. Lozano merupakan pemain pertama yang telah menjaringkan gol di dalam tiga perlawanan pertama PSV. Beliau kemudiannya telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Bulanan bagi bulan Ogos.[28] Pada 10 September 2017, Lozano telah dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan ketika PSV tewas kepada SC Heerenveen 2–0.[29]

Pada 17 Februari 2018, Lozano menerima layangan kad merah buat kali kedua dalam musim ini ketika perlawanan liga menentang Heerenveen setelah mengasari muka pemain lawan, Lucas Woudenberg. Beliau telah digantung selama tiga perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak Diraja Belanda selepas permohonan yang dibuat oleh PSV telah ditolak.[30] Lozano kembali pada 18 Mac dan telah menjaringkan gol kedua PSV ketika pasukannya menewaskan VVV Venlo. Jaringan gol tersebut menandakan jaringan ke-14 yang dicetak olehnya pada musim itu.[31]

Lozano telah memenangi trofi Eredivisie bersama PSV setelah mereka menewaskan musuh tradisi, Ajax pada 15 April.[32] Beliau mengakhiri musim sulungnya bersama PSV sebagai penjaring gol terbanyak liga dengan 17 gol dicetak selain mencipta 11 hantaran kepada jaringan gol.[33][34]

Musim 2018–19

sunting

Lozano telah menjadi pemain gantian pada separuh masa kedua dalam aksi sulung PSV pada musim 2018–19 ketika menentang Feyenoord dalam kejohanan Perisai Johan Cruyff 2018. Selepas kedua-dua pasukan buntu menemui jaringan, perlawanan akhirnya diheret ke penentuan penalti. Walaupun Lozano berjaya menyudahkan tendangan penalti apabila tiba gilirannya, namun pasukannya terpaksa menanggung kekalahan kepada pasukan lawan dengan skor 6–5.[35] Pada 11 Ogos, Lozano telah menjaringkan gol dalam perlawanan pembukaan Eredivisie menentang FC Utrecht bagi membolehkan PSV untuk menang dengan keputusan yang selesa 4–0.[36] Beliau menjaringkan gol sekali lagi pada minggu berikutnya ketika PSV mengatasi Fortuna Sittard 2–1.[37] Tiga hari kemudian, Lozano telah melakukan penampilan sulungnya dalam kejohanan Liga Juara-Juara Eropah ketika menentang BATE. Malahan, beliau turut menjaringkan gol kedua PSV dalam perlawanan itu bagi membolehkan PSV untuk menang dalam aksi pertama pusingan play-off.[38]

Pada 15 September, beliau telah menjaringkan dua gol semasa pasukannya membelasah ADO 7–0.[39] Tiga hari seterusnya, beliau beraksi dalam perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara menentang Barcelona namun PSV tunduk kepada pasukan lawan dengan kekalahan 4–0.[40] Lozano menjaringkan dua gol pada 6 Oktober ketika aksi menentang VVV.[41] Pada 20 Oktober, beliau telah mencipta dua hantaran kepada jaringan gol pasukannya selain menyumbang satu gol untuk pasukannya ketika menewaskan FC Emmen 6–0.[42][43] Empat hari kemudian, beliau menjaringkan gol sulungnya dalam kejohanan Liga Juara-Juara ketika pasukannya mengikat Tottenham Hotspur 2–2.[44] Pada 24 November, Lozano telah menjaringkan dua gol dan mencipta satu hantaran semasa PSV mengatasi SC Heerenveen 3–0.[45] Lozano seterusnya menjaringkan gol untuk PSV semasa menentang Inter Milan dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara pada 11 Disember.[46] Beliau dilihat sebagai salah satu pemain yang menyerlah semasa kempen Liga Juara-Juara pada tahun 2018.[47]

Pada 25 April 2019, semasa aksi menentang Willem II, Lozano terpaksa dibawa keluar dari padang selepas beliau menerima asakan hebat oleh Freek Heerkens.[48] Pada mulanya, beliau hanya mengalami kecederaan ligamen dan mendapatkan rawatan susulan seketika, tetapi akhirnya beliau terus diketepikan. Pihak kelab seterusnya mengeluarkan kenyataan bahawa Lozano akan terlepas daripada perlawanan baki musim.[49]

Napoli

sunting

Pada 23 Ogos 2019, Lozano secara rasminya berpindah ke kelab Itali, Napoli.[50] Beliau dilaporkan telah menandantangani kontrak selama lima tahun bersama perpindahan yang brenilai €42 juta sekali gus menjadikan Lozano sebagai pemain termahal dibeli oleh Napoli serta pemain Mexico termahal dalam sejarah. Bahkan, penjualan pemain tersebut telah merekodkan penjualan termahal pernah dijalankan oleh PSV.[51] Lapan hari kemudian, Lozano telah melakukan penampilan sulungnya di Serie A ketika menentang Juventus. Beliau yang merupakan pemain gantian pada separuh masa kedua telah menjaringkan gol kedua pasukannya namun Napoli tunduk kepada Juventus dengan skor 4–3.[52]

Kerjaya antarabangsa

sunting

Pasukan bawah–20

sunting

Lozano telah dipanggil oleh jurulatih Sergio Almaguer untuk menghadapi Kejohanan CONCACAF B-20 2015.[53] Semasa perlawanan sulung peringkat kumpulan menentang Cuba, beliau telah menjaringkan dua gol serta mencipta empat hantaran kepada jaringan gol Mexico yang lain bagi mengesahkan kemenangan bergaya Mexico ke atas Cuba 9–1.[54] Beliau seterusnya menjaringkan tiga gol lagi dan mencipta bantuan jaringan lain kepada pasukannya. Mexico akhirnya bergelar juara dalam kejohanan tersebut sekali gus melayakkan diri ke kejohanan Piala Dunia FIFA B-20 2015 di New Zealand.[55] Menerusi lima jaringan gol, beliau telah dinobatkan sebagai pemenang bagi anugerah Kasut Emas bersama dengan pemain tengah Amerika Syarikat, Romain Gall. Lozano turut disenaraikan di dalam Bintang Pasukan Terbaik.[56] Lozano kemudian telah dipanggil untuk menghadapi kejohanan Piala Dunia B-20 2015. Beliau telah beraksi dalam ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan tetapi pasukannya telah terkandas dalam peringkat kumpulan setelah menduduki tangga tercorot kumpulan.[57]

Pasukan bawah–23

sunting

Pada 18 September 2015, Lozano telah dipilih oleh jurulatih Raúl Gutierrez untuk beraksi dalam [Kelayakan Kejohanan Olimpik CONCACAF 2015]].[58] Beliau telah mencetak gol kedua Mexico ketika mereka berentap dengan pasukan Kanada di peringkat separuh akhir.[59] Mexico akhirnya menjuarai kejohanan tersebut setelah membenam Honduras 2–0 dalam pentas final.[60] Lozano telah memenangi anugerah Bola Emas dan dimasukkan ke dalam Bintang Pasukan Pilihan Kejohanan.

Pada 7 Julai 2016, Lozano telah disenaraikan ke dalam skuad Mexico untuk mengambil bahagian dalam kejohanan Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.[61] Semasa perlawanan ketiga peringkat kumpulan menentang Korea Selatan pada 10 Ogos, Lozano telah dibuang padang masa tambahan selepas mengasari pemain Korea. Perlawanan tersebut telah menyaksikan Mexico tewas 1–0 dan menamatkan kempen di tangga ketiga kumpulan sekali gus berdepan penyingkiran daripada kejohanan.[62]

Senior

sunting
 
Lozano bersama Mexico semasa kejohanan Piala Dunia FIFA 2018.

Lozano memperoleh panggilan pertama oleh skuad senior pada Februari 2016 ketika di bawah kendalian jurulatih Juan Carlos Osorio. Pada 10 Februari, Lozano telah beraksi dalam perlawanan sulungnya untuk pasukan kebangsaan Mexico dalam perlawanan persahabatan menentang Senegal. Beliau telah mencipta hantaran kepada jaringan yang dilakukan oleh rakan sepasukannya, Rodolfo Pizarro bagi menghasilkan jaringan kedua Mexico sekali gus membolehkan kemenangan yang diraih pasukannya 2–0.[63] Pada 25 Mac 2016, Lozano telah menjaringkan gol pertamanya untuk Mexico pada minit ke-39 perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Kanada yang menyaksikan Mexico menang 3–0.[64]

Pada 8 Jun 2017, Lozano telah disenaraikan ke dalam skuad Piala Konfederasi FIFA 2017 di Rusia.[65] Semasa perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang tuan rumah Rusia pada 24 Jun, Lozano telah menjaringkan gol kedua Mexico bagi mengesahkan kemenangan pasukannya ke atas pasukan lawan.[66]

Pada 1 September 2017 iaitu semasa perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Panama, Lozano telah menjaringkan gol tunggal permainan bagi memastikan tempat Mexico ke Piala Dunia.[67] Pada 10 November, buat kali pertama beliau menjaringkan dua gol untuk Mexico ketika menentang Belgium yang berkesudahan kedua-dua pasukan terikat seri 3–3 dalam satu perlawanan yang cukup sengit.[68][69]

Pada 4 Jun 2018, Lozano telah dipilih ke dalam skuad Mexico bagi menghadapi kejohanan Piala Dunia 2018.[70] Beliau telah menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika mereka menentang juara bertahan, Jerman semasa aksi pembukaan Kumpulan F Piala Dunia pada 17 Jun sekali gus memberi kelebihan kepada Mexico untuk berjaya mengutip tiga mata berharga.[71] Beliau telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan oleh FIFA berikutan persembahannya yang cemerlang.[72] Pada 23 Jun iaitu semasa perlawanan kedua peringkat kumpulan menentang Korea Selatan, Lozano telah mencipta hantaran kepada jaringan Javier Hernández untuk menghasilkan gol kedua Mexico bagi membolehkan kemenangan kedua diraih dengan mengatasi Korea Selatan 2–1.[73] Lozano telah tampil dalam keempat-empat perlawanan Mexico sepanjang kejohanan tersebut sehinggalah perjalanan mereka terhenti di pusingan 16 apabila tumpas kepada Brazil.[74]

Lozano telah terpilih ke dalam skuad Mexico di bawah bimbingan jurulatih Gerardo Martino untuk menghadapi kejohanan Piala Emas CONCACAF 2019 tetapi beliau akhirnya terpaksa diketepikan daripada mengambil bahagian daripada kejohanan tersebut berikutan kecederaan yang dialaminya belum dapat pulih sepenuhnya semasa beliau beraksi bersama PSV.[75]

Kehidupan peribadi

sunting

Lozano mempunyai seorang adik yang bernama Bryan Mauricio dan merupakan seorang pemain bola sepak. Adiknya beraksi di posisi pemain tengah untuk kelab Club Universidad Nacional.[76]

Lozano telah berkahwin dengan pasangan pilihannya, Ana Obregon pada tahun 2014 dan mereka mula berkenalan ketika Lozano bermain untuk Pachuca. Pasangan tersebut mempunyai dua orang anak. Anak pertama mereka merupakan anak perempuan yang lahir pada tahun 2014 manakala anak keduanya pula ialah lelaki yang telah lahir pada tahun 2017.[77]

Lozano dengan popularnya dikenali dengan nama samaran Chucky yang diambil daripada filem anak patung seram, Child's Play. Gelaran tersebut telah melekat padanya ketika beliau masih remaja disebabkan oleh beliau sering menyorok di bawah katil rakan-rakannya untuk menakutkan dan mengejutkan mereka.[78]

Statistik kerjaya

sunting
Sehingga 6 Oktober 2019[79]
Kelab Musim Liga Piala Benua Lain[nb 1] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Pachuca 2013–14 16 2 8 3 24 5
2014–15 35 7 5 1 40 8
2015–16 40 12 7 0 1 0 48 12
2016–17 29 10 8 8 37 18
Jumlah 120 31 16 3 13 9 1 0 149 43
  PSV 2017–18 29 17 3 2 2 0 34 19
2018–19 30 17 1 0 8 4 1 0 40 21
2019–20 1 0 0 0 3 0 1 0 5 0
Jumlah 60 34 4 2 13 4 2 0 79 40
  Napoli 2019–20 5 1 0 0 2 0 7 1
Jumlah kerjaya 185 66 22 5 28 13 3 0 235 84

Antarabangsa

sunting
Sehingga 11 Oktober 2019[80]
Pasukan kebangsaan Mexico
Tahun Kmncln Gol
2016 12 1
2017 12 6
2018 10 1
2019 4 2
Jumlah 38 10

Gol antarabangsa

sunting

Pencapaian

sunting
Pachuca[81]

PSV Eindhoven

Antarabangsa

sunting
Mexico B-20
Mexico B–23

Individu

sunting

Catatan

sunting
  1. ^ "2018 FIFA World Cup Russia – List of Players" (PDF). FIFA. 4 June 2018. Dicapai pada 10 June 2018.
  2. ^ Rej, Arindam (4 July 2016). "Chucky Lozano to sign for Manchester United after Olympics - father-in-law". ESPN FC. Dicapai pada 9 November 2016.
  3. ^ Sanchez, Alejandro (27 March 2016). "Mexico Finds A New Star In Chucky "Chucky" Lozano". Thestoppagetime.com. Dicapai pada 31 October 2018.[pautan mati kekal]
  4. ^ Terán, Juan Manuel (8 February 2014). "Debutante tuzo 'chamaqueó' al América en el Azteca". Medio Tiempo (dalam bahasa Spanish). Dicapai pada 4 July 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ Montes, Juan Martín (15 May 2014). "El Tuzo sacó su 'fiera' y tomó ventaja en la Final". Medio Tiempo (dalam bahasa Spanish). Dicapai pada 4 July 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "Golazos del 'Chucky' Lozano vencieron a León". Medio Tiempo. 30 August 2014. Dicapai pada 15 October 2018.
  7. ^ "Pachuca perdonó a Xolos". Fox Sports. 13 September 2014. Dicapai pada 15 October 2018.
  8. ^ "Dorados 1-2 Pachuca: Tuzos toma oxígeno, Sinaloa se hunde". Univision. 19 September 2015. Dicapai pada 15 October 2018.
  9. ^ "Tuzos se pone como el líder general de la Liga MX". Mexico.as.com (dalam bahasa Spanish). AS. 27 February 2016. Dicapai pada 15 October 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  10. ^ "Tuzos golean a Tiburones y los hunden en la tabla general". AS. 19 March 2016. Dicapai pada 9 October 2018.
  11. ^ "Pachuca y León 1-1 en la ida de semifinales del Clausura 2016". Proceso. 19 May 2016. Dicapai pada 15 October 2018.
  12. ^ Marshall, Tom (22 May 2016). "Chucky Lozano sends Pachuca into the Liga MX Clausura 2016 final". ESPN. Dicapai pada 15 October 2018.
  13. ^ Juárez, Daniel Blumrosen (29 May 2016). "¡Pachuca, campeón del Clausura 2016!". El Universal (dalam bahasa Spanish). Dicapai pada 4 July 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  14. ^ "Lo Mejor del Clausura 2016". LigaMX.net (dalam bahasa Spanish). Liga Bancomer MX. Dicapai pada 6 June 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  15. ^ Fleming, Connor (17 July 2016). "Chucky Lozano Kicks Off Liga MX Apertura With An Almighty Bang". The18.com. Dicapai pada 16 October 2018.[pautan mati kekal]
  16. ^ "Chucky Lozano stars as Pachuca sets record with 11-0 win in Belize". FMF State of Mind. 13 September 2016. Dicapai pada 31 October 2018.
  17. ^ "Pachuca no tuvo piedad y hundió más a Santos". ESPN. 16 October 2016. Dicapai pada 16 October 2018.
  18. ^ "Lozano, Corona, Guardado or Layun - who was the Mexican player of 2016?". ESPN. 29 December 2016. Dicapai pada 9 October 2018.
  19. ^ "El 11 ideal del Apertura 2016". Aztecadeportes.com (dalam bahasa Spanish). Azteca TV. 27 December 2016. Dicapai pada 16 October 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  20. ^ Diaz, Rafael (7 January 2017). "Watch: Chucky Lozano scores hat-trick as Pachuca beat Leon 4-2". FMF State of Mind. Dicapai pada 9 October 2018.
  21. ^ Flemming, Connor (4 April 2017). "Chucky Lozano's Two Goals Lift Pachuca Over FC Dallas At The Death". The18.com. Dicapai pada 31 October 2018.
  22. ^ "Pachuca's Lozano captures SCCL Golden Boot". CONCACAF.com. 27 April 2017.
  23. ^ "Pachuca's Lozano wins Scotiabank Best Young Player Award". CONCACAF.com. 27 April 2017.
  24. ^ "PSV reach agreement with Pachuca for Chucky Lozano transfer". PSV. 19 June 2017. Dicapai pada 20 June 2017.[pautan mati kekal]
  25. ^ "PSV y 'Chucky' Lozano se quedan fuera de la Europa League" (dalam bahasa Spanish). SDP Noticias. Dicapai pada 3 August 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  26. ^ "Lozano brings fans to their feet; Hernandez struggles in Prem debut". ESPNFC.com. ESPN. Dicapai pada 13 August 2017.
  27. ^ "PSV Eventually Overcome NAC Breda". Football-Oranje. Dicapai pada 20 August 2017.
  28. ^ Templat:Cit web
  29. ^ "Video: Hirving Lozano weird red card vs Heerenveen!". wittyfutty.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 10 September 2017.
  30. ^ "Lozano suspended three matches after PSV red card". Goal. Dicapai pada 23 February 2018.
  31. ^ "Hirving Lozano, el regreso del 'terror' de un mexicano en el futbol de Holanda (FOTOS)" (dalam bahasa Spanish). Mundo Hispánico. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 18 March 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  32. ^ "PSV Eindhoven beat Ajax to seal title". BBC Sport. Dicapai pada 15 April 2018.
  33. ^ Pritchard, Charlie (20 April 2018). "The Coming of Chucky: Hirving Lozano and the Road to the Top". These Football Times. Dicapai pada 28 September 2018.
  34. ^ Diaz, Rafael (5 October 2018). "Hirving "Chucky" Lozano named in Eredivisie's best XI for month of September". FMF State of Mind. Dicapai pada 9 October 2018.
  35. ^ "PSV lose Dutch Super Cup on penalties". PSV. Dicapai pada 4 August 2018.
  36. ^ "Chucky Lozano se estrenó esta temporada en la goleada del PSV". ESPN. Dicapai pada 21 August 2018.
  37. ^ "Mexicans Abroad: Lozano scores ahead of PSV's Champions League test, Araujo debuts in La Liga". Goal. Dicapai pada 21 August 2018.
  38. ^ "Hirving Lozano helps fire PSV to win against BATE; Benfica held by PAOK". ESPN. Dicapai pada 21 August 2018.
  39. ^ Arnold, Jon (15 September 2018). "Move over, Canelo! Lozano and Gutierrez get Mexican Independence Day party rolling early at PSV". Goal.com. Dicapai pada 24 September 2018.
  40. ^ "Barcelona 4-0 PSV Eindhoven". BBC Sport. 18 September 2018.
  41. ^ Diaz, Rafael (7 October 2018). ""Chucky", Guti on target as PSV Eindhoven thump VVV-Venlo". FMF State of Mind. Dicapai pada 8 October 2018.
  42. ^ "Eredivisie round-up: PSV hit Emmen for six to continue perfect start". Sky Sports. 20 October 2018. Dicapai pada 22 October 2018.
  43. ^ "VP's Elftal van de Week: PSV en Ajax bewijzen overmacht met 'hattrick'". Voetbalprimeur.nl (dalam bahasa Dutch). 22 October 2018. Dicapai pada 22 October 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  44. ^ Bullin, Matt (24 October 2018). "PSV Eindhoven 2-2 Tottenham". BBC Sport. Dicapai pada 25 October 2018.
  45. ^ Arnold, Jon (26 November 2018). "Mexicans Abroad: Lozano scores double, Moreno getting bigger role in La Liga". Goal.com. Dicapai pada 12 December 2018.
  46. ^ Ridge, Patric. "Sainsbury starts as PSV send Inter Milan out". Goal.com. Dicapai pada 11 December 2018.
  47. ^ "Champions League breakthrough team of 2018". UEFA.com. Dicapai pada 22 December 2018.
  48. ^ "Mexico star Lozano stretchered off after injury for PSV". Goal.com. Dicapai pada 25 April 2019.
  49. ^ Burton, Chris. "Lozano sees season ended by injury but has Gold Cup hope with Mexico". Goal.com. Dicapai pada 29 April 2019.
  50. ^ "Napoli confirm signing of Hirving Lozano from PSV Eindhoven". S.S.C. Napoli. 23 August 2019.
  51. ^ McMahon, Bobby. "Hirving Lozano's $46.5 Million Move To Napoli Sets Three Transfer Records". Forbes. Dicapai pada 23 August 2019.
  52. ^ "Lozano scores first Serie A goal in Napoli's painful loss to Juventus". Yahoo! Sports. Dicapai pada 31 August 2019.
  53. ^ "Almaguer define a sus guerreros para el Mundial Sub 20". Excelsior. 8 May 2015. Dicapai pada 12 October 2018.
  54. ^ "Lozano instrumental in Mexico win". Concacaf.com. CONCACAF. 11 January 2015. Dicapai pada 15 October 2018.
  55. ^ "En penales, México se proclama campeón de Premundial sub 20". Excelsior. 25 January 2015. Dicapai pada 12 October 2018.
  56. ^ Diaz, Alejandro (25 January 2015). "TSG announces CU20 Best XI, Awards". Concacaf.com. CONCACAF. Dicapai pada 15 October 2018.
  57. ^ "México Sub 20, listo para el Mundial en Nueva Zelanda". Milenio. 8 May 2015. Dicapai pada 12 October 2018.
  58. ^ Diaz, Rafael (18 September 2015). "MEXICO NAMES SQUAD FOR OLYMPIC QUALIFYING CHAMPIONSHIP". Mexicanfut.com. Dicapai pada 10 October 2018.
  59. ^ Salcedo, Carlos (11 October 2015). "Mexico tops Canada, will defend Olympic crown". Concacaf.com. Dicapai pada 10 October 2018.
  60. ^ "Mexico 2, Honduras 0". MLSsoccer.com. Dicapai pada 14 October 2015.
  61. ^ "Definida la convocatoria del Tri para Juegos Olímpicos". Medio Tiempo (dalam bahasa Spanish). Dicapai pada 7 July 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  62. ^ "South Korea vs. Mexico 2016: Final score 1-0, El Tri out of men's Olympic soccer tournament". SBNation.com. Dicapai pada 10 August 2016.
  63. ^ Marshal, Tom (11 February 2016). "Mexico make low-key start to 2016 in friendly win over Senegal". ESPN FC. Dicapai pada 4 July 2016.
  64. ^ "Watch: Chicharito scores for Mexico in win over Canada". Sports Illustrated. Dicapai pada 25 March 2016.
  65. ^ "Los 23 de Osorio para la Confederaciones". Marca. 8 June 2017. Dicapai pada 10 October 2018.
  66. ^ "Hirving Lozano seals Mexico win to send Russia out of Confederations Cup". The Guardian. Dicapai pada 24 June 2017.
  67. ^ Marshall, Tom (1 September 2017). "Mexico books ticket to Russia 2018 after 'Chucky' seals win vs. Panama". ESPN. Dicapai pada 10 October 2018.
  68. ^ Hernandez, Cesar (10 November 2017). "Hirving Lozano earns 9/10 with two goals in Mexico draw against Belgium". ESPN. Dicapai pada 10 October 2018.
  69. ^ Arnold, Jon (10 November 2017). "Hirving Lozano solidifies Mexico star status with double vs. Belgium". Goal. Dicapai pada 10 October 2018.
  70. ^ "Convocatoria de la Selección Nacional de México". MiSeleccion.mx (dalam bahasa Spanish). Dicapai pada 4 June 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  71. ^ Ronay, Barney. "Mexico's Hirving Lozano stuns world champions Germany for brilliant win". The Guardian. Dicapai pada 17 June 2018.
  72. ^ "Germany v Mexico – Man of the Match". FIFA. 17 June 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-24. Dicapai pada 17 June 2018.
  73. ^ Watson, Jack. "South Korea vs Mexico, World Cup 2018: Does Barcelona transfer make sense for Hirving Lozano? Scouting report". The Independent. Dicapai pada 25 June 2018.
  74. ^ "Hirving Lozano". FIFA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-23. Dicapai pada 9 July 2018.
  75. ^ "Mexico's Lozano out for summer's Gold Cup". ESPN FC. Dicapai pada 27 May 2019.
  76. ^ "Hermano de 'Chucky' Lozano jugará con el primer equipo de Pumas". Publimetro (dalam bahasa Spanish). 6 June 2018. Dicapai pada 18 September 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  77. ^ "¿Quién es la esposa de Hirving Lozano?". Goal (dalam bahasa Spanish). 15 January 2018. Dicapai pada 18 September 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  78. ^ "Mexico's 'Chucky' haunts Uruguay". FIFA. 3 June 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-18. Dicapai pada 18 September 2018.
  79. ^ Hirving Lozano Club Stats
  80. ^ (Inggeris) Profil Lozano, Hirving di National-Football-Teams.com
  81. ^ "Hirving Rodrigo Lozano Bahena – Awards and honours". Soccerway.com. Dicapai pada 11 July 2016.
  82. ^ "TSG announces CMOQ Best XI, Awards". CONCACAF. 14 October 2015. Dicapai pada 3 July 2016.
  83. ^ "Se Llevó a Cabo la Entrega del Balón de Oro 2016". LigaMX.net (dalam bahasa Spanish). Liga Bancomer MX. Dicapai pada 9 July 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  84. ^ "ELFTAL VAN HET SEIZOEN 2017/2018 BEKEND" (dalam bahasa Dutch). Eredivisie. Dicapai pada 9 May 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  85. ^ "Lozano caps brilliant 2018 with Concacaf Male Player of the Year Award". www.concacaf.com. 15 January 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-15. Dicapai pada 15 January 2019.
  86. ^ "Bryan Ruiz and Alex Morgan Named 2016 CONCACAF Players of the Year". CONCACAF. 18 January 2017. Dicapai pada 18 January 2017.
  87. ^ "2017 CONCACAF Award Winners Announced". CONCACAF. 19 December 2017. Dicapai pada 19 December 2017.
  88. ^ "Mexico leads way in Concacaf Men's Best XI". www.concacaf.com. 15 January 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-17. Dicapai pada 16 January 2019.

Pautan luar

sunting