Himachal Pradesh (Hindi: हिमाचल प्रदेश, IPA: [hɪmaːtʃəl prəd̪eːʃ]] Mengenai audio inisebutan ) ialah sebuah negeri di barat laut India. Himachal Pradesh terbentang lebih 55,780 kilometer persegi (21,537 bt2)[1] dan bersempadan dengan negeri-negeri Jammu dan Kashmir di utara, Punjab di barat dan barat daya, Haryana dan Uttar Pradesh di selatan, Uttarakhand di tenggara serta kawasan Tibet, China di timur. Himachal Pradesh secara harfiahnya bererti "Tanah gunung bersalji".[2]
Himachal Pradesh pernah dikenali sebagai Deva Bhoomi (tanah dewa-dewi). Pengaruh Arya di rantau ini dipercayai bermula pada zaman sebelum Rigveda. Selepas perang Inggeris-Gorkha, kerajaan penjajah British merampas kuasa. Mula-mula Himachal Pradesh terlingkung dalam Punjab, kecuali Negeri Siba Bukit Punjab, di bawah pemerintahan Maharaja Ranjit Singh sehingga tahun 1857 [3] Pada tahun 1950, Himachal diisytiharkan sebagai wilayah kesatuan, tetapi setelah wujudnya Akta Negeri Himachal Pradesh Act 1971, Himchal menjadi negeri ke-18 Kesatuan India.

Himachal Pradesh
—  state  —
Shimla
Lokasi Himachal Pradesh
Koordinat 31°06′40″N 77°09′14″E / 31.111°N 77.154°E / 31.111; 77.154Koordinat: 31°06′40″N 77°09′14″E / 31.111°N 77.154°E / 31.111; 77.154
Negara  India
Daerah 12
Tarikh ditubuhkan 25 Januari 1971
Ibu negeri Shimla
Bandar terbesar Shimla
Gabenor V. S. Kokje
Ketua menteri Virbhadra Singh
Perundangan (kerusi) Unicameral (68)
Penduduk

Kepadatan

6,077,248 (20)

109/km2 (282/sq mi)

Bahasa rasmi Hindi, Pahari
Zon masa IST (UTC+5:30)
Keluasan 55780 km2 (21537 sq mi)
ISO 3166-2 IN-HP
Portal Portal: Himachal Pradesh  
Laman web himachal.nic.in
Mohor Himachal Pradesh

Negeri ini terletak di altitud-altitud dari 450 meter (1,476 ka) hingga 6,500 meter (21,325 ka) atas paras laut. Ibu negerinya ialah Shimla (dahulunya pusat pentadbiran musim panas India British bernama Simla); bandar-bandar utama lain termasuk Una, Solan, Dharamsala, Kangra, Mandi, Chamba, Hamirpur, Dalhousie dan Manali.

Himachal Pradesh menikmati antara hasil pendapatan per kapita tertinggi di kalangan semua negeri di India. Oleh sebab kaya dengan sungai sepanjang tahun, Himachal juga menjual bekalan hidroelektrik ke negeri-negeri lain seperti Delhi, Punjab dan Rajasthan.[4] Ekonomi negeri ini banyak bergantung pada tiga sumber, iaitu kuasa hidroelektrik, pelancongan dan pertanian.[4][5][6]
95% populasi negeri beragama Hindu. Komuniti-komuniti utama termasuk Brahmin, Rajput, Kannet, Rathi dan Koli.[7] Menurut pantauan pada tahun 2005 oleh Transparency International, Himachal Pradesh ialah negeri kedua paling kurang korupsi di negera, mengekori Kerala.[8]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Statistical Facts about India". www.indianmirror.com. Dicapai pada 2006-10-26.
  2. ^ "Literal meaning of Himachal Pradesh". www.himachalpradesh.us. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-06-10. Dicapai pada 2007-05-20.
  3. ^ "History section". Suni system (P). Dicapai pada 2007-04-28.
  4. ^ a b "Economy of Himachal Pradesh". Suni System (P). Dicapai pada 2006-04-28.
  5. ^ "Power". Suni System (P). Dicapai pada 2007-05-22.
  6. ^ "Agriculture". Suni System (P). Dicapai pada 2007-05-22.
  7. ^ "Ethnicity". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-04-02. Dicapai pada 2007-05-24.
  8. ^ "India Corruption Study - 2005". Transparency International. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-07-05. Dicapai pada 2007-05-29.