Her Private Life (siri TV Korea Selatan)
Her Private Life (Hangul: 그녀의 사생활 ; RR: Geunyeo-ui Sasaenghwal) adalah sebuah siri televisyen Korea Selatan 2019, yang ditulis oleh Kim Hye-young dan diarahkan oleh Hong Jong-chan, yang dibintangi oleh Park Min-young, Kim Jae-wook, dan Ahn Bo-hyun. Dikembangkan oleh Studio Dragon dan dihasilkan oleh Bon Factory Worldwide, drama ini didasarkan dari sebuah novel Korea berjudul Noona Fan Dot Com ( Korean ) yang ditulis oleh Kim Sung-yeon dan diterbitkan pada tahun 2007. [2] Siri ini disiarkan di tvN dari 10 April hingga 30 Mei 2019. [3] [4]
Her Private Life | |
---|---|
Fail:Her Private Life.jpeg | |
Genre | Komedi romantik[1] |
Dibangunkan oleh | Studio Dragon |
Ditulis oleh | Kim Hye-young |
Pengarah | Hong Jong-chan |
Dibintangi oleh | |
Negara asal | Korea Selatan |
Bahasa | Korea |
Bilangan episod | 16 |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 60 minit |
Syarikat penerbitan | Bon Factory Worldwide |
Syarikat pengedaran | tvN |
Penyiaran | |
Saluran asal | tvN |
Format gambar | 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 10 April 2019 | – 30 Mei 2019
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Sinopsis
suntingSung Deok-mi (Park Min-young) adalah seorang ketua kurator berbakat di Muzium Seni Cheum, yang kebetulan mempunyai rahsia: dia adalah peminat fanatik Cha Shi-an (Jung Jae-won) dari kumpulan White Ocean. Di samping itu, dia juga merupakan pengurus untuk sebuah laman web peminat bernama "The Road to Sian" yang terkenal (Hangul: 시안은 나의 길 ; RR: Si-an-eun Na-ui Gil; lit. Shi-an is My Way). Ryan Gold (Kim Jae-wook) adalah seorang artis yang sombong yang menghidap sindrom Stendhal, akhirnya bersara sebagai artis. Selepas pengurus sekarang, Uhm So-hye (Kim Sun-young), disiasat kerana menggelapkan wang, Ryan Gold menjadi Pengarah Seni Muzium Seni Cheum yang baru. Setelah khabar angin muncul mendakwa Deok-mi dan Shi-an berpacaran, Ryan mencadangkan bahawa dia dan Deok-mi berpura-pura berpacaran untuk menangkis ugutan peminat Shi-an yang mengancam akan mencederakannya. Namun, Sindy (Kim Bo-ra), pengurus laman web peminat Cha Shi-an yang lain, berjaya mendapatkan pekerjaan sebagai pelatih di muzium itu untuk membuktikan bahawa Ryan dan Deok-mi adalah pasangan palsu, memaksa Ryan dan Deok-mi untuk meneruskan pembohongan tersebut sehingga ke tempat kerja.
Barisan Pelakon
suntingUtama
sunting- Park Min-young sebagai Sung Deok-mi / Sinagil [5] [6]
- Park So-yi sebagai Sung Deok-mi muda
- Ketua kurator di Muzium Seni Cheum yang sering tidak mendapat penghargaan atas pekerjaan yang dilakukannya di bawah Pengarah Uhm, seorang sosialit yang tidak cekap. Dia menguruskan laman web peminat bernama "The Road to Sian" yang dia berhasrat untuk merahsiakannya. Dia kemudian jatuh cinta dengan Ryan.
- Kim Jae-wook sebagai Ryan Gold / Heo Yoon-je [5] [7]
- Choi Go sebagai Ryan Gold muda
- Pengarah seni baru untuk Muzium Seni Cheum yang tegas dan alergi terhadap kafein. Setelah melihat lukisan Lee Sol, dia menghidap sindrom Stendhal yang membuatkan beliau tidak mampu untuk melukis lagi, akhirnya menyebabkan dia bersara. Dia juga terkenal di New York kerana perspektifnya mengenai artis baru. Dia akhirnya mendapati dirinya jatuh cinta dengan Deok-mi.
Pelakon pembantu
suntingOrang di sekitar Sung Deok-mi
sunting- Ahn Bo-hyun sebagai Nam Eun-gi [8]
- Yang Hee-won sebagai Nam Eun-gi muda
- Pemenang pingat perak Olimpik dalam judo yang membuka gim sendiri dan menjadi tenaga pengajar. Setelah ibu tunggalnya merancang untuk meninggalkannya di hospital semasa kecil, ibu Deok-mi mengambil dia dan membesarkannya dengan Deok-mi, yang memandangnya sebagai keluarga. Setelah mengetahui tentang hubungan palsu Deok-mi dengan Ryan, dia menyedari bahawa dia jatuh cinta pada Deok-mi.
- Park Jin-joo sebagai Lee Seon-joo [8]
- Sahabat Deok-mi yang merupakan pemilik kafe fiksyen bernama CocoMoco yang sering dikunjungi oleh Deok-mi, Ryan, dan Eun-gi. Sama seperti Deok-mi, dia juga peminat Cha Shi-an yang sering menyuarakan kesedihannya bahawa dia tidak lagi dapat menjadi peminat sepenuh masa setelah menjadi seorang ibu. Dia juga membantu menjalin hubungan palsu Ryan dan Deok-mi untuk menolong rakannya. Setelah melihat pekerjanya, Joo-hyuk, dalam sebuah konsert, dia menjadi peminat Joo-hyuk dan terus menubuhkan laman web peminat didekasikan kepada Joo-hyuk.
- Kim Mi-kyung sebagai Go Young-sook [9]
- Ibu Deok-mi yang obses terhadap seni mengait yang sering digambarkan sebagai ketua rumah tangga. Dia mendesak Deok-mi untuk berhenti menjadi peminat, dengan alasan bahawa sukar untuk dia berpacaran kerana lelaki akan menganggap hobinya tidak menarik. Tidak mengetahui bahawa hubungan Ryan dan Deok-mi adalah palsu, dia menjadi gembira dan menganggap Ryan sebagai bakal menantunya, sentiasa mengundangnya untuk makan malam dan memberinya hidangan sampingan.
- Maeng Sang-hoon sebagai Sung Geun-ho [9]
- Ayah Deok-mi yang merupakan seorang lelaki yang pendiam dan lemah lembut mula mengumpulkan batu suiseki setelah perniagaannya gagal. Walaupun kadangkala dia marah, dia sering digambarkan memberi sepenuh perhatian dalam penjagaan koleksi batunya yang mengjengkelkan isterinya.
- Park Myung-shin sebagai Nam Se-yeon[9]
- Ketua editor majalah seni yang juga ibu kepada Nam Eun-gi. Setelah mengalami masalah peribadi, dia membiarkan Young-sook menjaga anaknya sejak dia masih bayi. Young-sook dan Se-yeon menjadi kawan dan telah menerima bahawa mereka berdua adalah ibu kepada Eun-gi. Walaupun dia mempunyai hubungan baik dengan anaknya, dia sering memanggilnya sebagai "Editor Nam" dan Young-sook sebagai "Ibu", yang sepertinya dia tidak keberatan.
Orang di sekitar Ryan Gold
sunting- Hong Seo-young sebagai Choi Da-in[8]
- Seorang pengarah seni visual dari New York yang jatuh cinta dengan Ryan, rakannya selama sepuluh tahun. Dia mengikuti Ryan dan juga berpindah ke Korea Selatan untuk berasa sentiasa di samping Ryan. Dia bekerjasama dengan Muzium Seni Cheum untuk kolaborasi album baru Cha Shi-an dan pameran seni yang bakal diadakan. Dia merasa kecewa apabila mengetahui tentang hubungan Ryan dan Deok-mi, namun kemudia menjadi gembira setelah Eun-gi memberitahunya bahawa hubungan mereka adalah palsu.
- Jung Jae-won sebagai Cha Shi-an / Sian (nama pentas) [10]
- Seorang Idola dan ahli kumpulan penyanyi fiksyen paling popular, White Ocean. Dia memuja laman web peminat bernama "The Road to Sian", dengan menyatakan bahawa ia adalah satu-satunya laman web peminat yang pemiliknya seakan memahami dirinya. Dia adalah peminat artis Lee Sol dan merancang untuk mengumpulkan kesemua sembilan lukisannya. Dia menjadi lebih rapat dengan Ryan Gold setelah mengetahui bahawa mereka berjiran.
- Lee Il-hwa sebagai Gong Eun-young / Lee Sol
- Seorang artis yang telah bersara yang menyebabkan sindrom Stendhal Ryan Gold dan juga ibu kandung Ryan.
Muzium Seni Cheum
sunting- Kim Sun-young sebagai Uhm So-hye [9]
- Seorang bekas pengarah seni di Muzium Seni Cheum yang kaya dan eksentrik yang meletakkan jawatan setelah penyiasatannya mengenai penyelewengan wang dan menggelapkan dana. Walaupun telah meletakkan jawatan, dia merancang untuk mengambil kembali kedudukannya setelah siasatan selesai. Dia tetap berkuasa di muzium setelah menjadi ketua pengarah Yayasan Kebudayaan TK, yang membiayai muzium tersebut. Dia menggunakan hubungannya untuk mendapatkan anak perempuannya, Sindy, pekerjaan di Muzium Seni Cheum sebagai pelatih.
- Kim Bo-ra sebagai Sindy / Kim Hyo-jin [11]
- Seorang pelatih penyiasatan di Muzium Seni Cheum dan anak perempuan kepada bekas pengarah seni, Uhm So-hye. Dia adalah peminat Cha Shi-an dan mempunyai laman web peminat yang bernama "Sindy" di mana dia menyebut Deok-mi sebagai teman wanita Shi-an. Setelah sebuah artikel keluar melaporkan bahawa Ryan dan Deok-mi berpacaran, Hyo-jin menggunakan hubungan ibunya untuk mendapatkan pekerjaan di Muzium Seni Cheum. Dia membuat laman web lain yang disebut "CUPATCH" di mana dia menyiasat kesahihan hubungan Ryan dan Deok-mi. Akhirnya, ditunjukkan bagaimana dia menjadi sebahagian daripada keluarga Muzium Cheum melalui kesungguhan, kreativiti dan kerja kerasnya.
- Kim Chang-hoi sebagai Setiausaha Kim
- Setiausaha So-hye yang sering membantu menyembunyikan aktiviti peminat Hyo-jin dari ibunya.
- Seo Ye-hwa sebagai Yoo Kyung-ah[perlu rujukan]
- Jung Won-chang sebagai Kim Yoo-seob[perlu rujukan]
Lain-lain
sunting- Im Ji-kyu sebagai Kang Seung-min [9]
- Suami Seon-joo yang merupakan pengarah siri dokumentari televisyen yang berharap dapat beralih ke rancangan hiburan selepas penerbitan dokumentari terbarunya.
- Jung Si-yul sebagai Kang Geon-woo
- Anak Seon-joo
- Yoo Yong-min sebagai Joo-hyuk [12]
- Pekerja sambilan Seon-joo yang sering memecahkan cawan semasa bekerja. Dia juga vokalis dan gitaris kumpulan indie bernama Fade.
Penampilan khas
sunting- IN2IT sebagai ahli kumpulan White Ocean (Ep. 1) [13]
- Hyunuk
- Inho
- Inpyo
- Jiahn
- Kim Ho-chang sebagai senior dan ahli psikiatri Ryan Gold (Ep. 1) [14]
- Kim Young-ok sebagai nenek Deok-mi (Ep. 4) [15]
- Seo Sang-won sebagai Noh Suk, seorang penulis yang merupakan rakan Yoon Tae-hwa (Ep. 5)
- Hwang Hyo-eun sebagai Latte, avatar Ryan Gold (Ep. 5, 9)
- Jung Soo-young sebagai peramal yang dirasuk oleh semangat Perancis (Ep. 7)
- Park Seul-gi sebagai MC sesi autograf Cha Shi-an (Ep. 7) [16]
- Lee Han-wi sebagai Kim Moo-san, suami Uhm So-hye (Ep. 16)
Produksi
sunting- Pembacaan skrip pertama diadakan pada 25 Februari 2019 dengan kehadiran barisan pelakon dan kru. [17]
- Ini adalah kali kedua Kim Mi-kyung memegang watak sebagai ibu Park Min-young dalam siri televisyen, selepas Sungkyunkwan Scandal (2010). [18]
Runut bunyi
suntingHer Private Life OST | |
---|---|
Runut bunyi oleh Pelbagai artis | |
Dilancarkan pada | 2019 |
Tempat | Korea Selatan |
Genre | Soundtrack |
Bahasa | |
Syarikat | Stone Music Entertainment |
Pengedar | TVN |
sunting · sunting di Wikidata |
Bahagian 1
suntingDilancarkan pada 11 April 2019[19] | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Artis | Masa | |||||||
1. | "Help Me" | (G)I-DLE | 3:58 | |||||||
2. | "Help Me" (Inst.) | 3:58 | ||||||||
Jumlah masa: 7:56 |
Bahagian 2
suntingDilancarkan pada 18 April 2019[20] | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Artis | Masa | |||||||
1. | "Floating" (둥둥) | Hong Dae-kwang | 3:22 | |||||||
2. | "Floating" (Inst.) | 3:22 | ||||||||
Jumlah masa: 6:44 |
Bahagian 3
suntingDilancarkan pada 25 April 2019[21] | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Artis | Masa | |||||||
1. | "Shining Star" | IN2IT | 2:56 | |||||||
2. | "Shining Star" (Inst.) | 2:56 | ||||||||
Jumlah masa: 5:52 |
Bahagian 4
suntingDilancarkan pada 2 Mei 2019[22] | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Artis | Masa | |||||||
1. | "Maybe" | Lee Hae-ri (Davichi) | 3:48 | |||||||
2. | "Maybe" (Inst.) | 3:48 | ||||||||
Jumlah masa: 7:36 |
Bahagian 5
suntingDilancarkan pada 9 Mei 2019[23] | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Artis | Masa | |||||||
1. | "Happy" | 1415 | 3:05 | |||||||
2. | "Happy" (Inst.) | 3:05 | ||||||||
Jumlah masa: 6:10 |
Bahagian 6
suntingDilancarkan pada 16 Mei 2019[24] | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Artis | Masa | |||||||
1. | "Think of You" | Ha Sung-woon | 4:18 | |||||||
2. | "Think of You" (Inst.) | 4:18 | ||||||||
Jumlah masa: 8:36 |
Bahagian 7
suntingDilancarkan pada 23 Mei 2019[25] | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Artis | Masa | |||||||
1. | "Smile Again" | RUNY | 3:21 | |||||||
2. | "Smile Again" (Inst.) | 3:21 | ||||||||
Jumlah masa: 6:42 |
Disc 2: | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Artist | Masa | |||||||
1. | "Starstruck Accident" | Various Artists | 2:14 | |||||||
2. | "Hello!Ryan gold Hello!" | Various Artists | 2:08 | |||||||
3. | "Romance of Deokhoo" | Various Artists | 2:25 | |||||||
4. | "Mr. Wolf" | Various Artists | 1:53 | |||||||
5. | "Trauma" | Various Artists | 3:37 | |||||||
6. | "Ddu Ddu" | Various Artists | 2:22 | |||||||
7. | "Thinking Lion" | Various Artists | 2:22 | |||||||
8. | "Lazy Violin" | Various Artists | 2:27 | |||||||
9. | "Code name Sinagil" | Various Artists | 2:38 | |||||||
10. | "Rabbit Couple" | Various Artists | 2:55 | |||||||
11. | "Photo Zone" | Various Artists | 1:30 | |||||||
12. | "Water Drops" | Various Artists | 2:50 | |||||||
13. | "The goddess of cannon" | Various Artists | 2:07 | |||||||
14. | "U, Who?" | Various Artists | 2:03 | |||||||
15. | "Good and Gone" | Various Artists | 3:20 | |||||||
16. | "The Age of Deokhoo" | Various Artists | 2:15 | |||||||
17. | "Draw the Line" | Various Artists | 1:57 | |||||||
18. | "Home Master" | Various Artists | 2:32 | |||||||
19. | "Story of us" | Various Artists | 4:45 | |||||||
20. | "The best golden lion" | Various Artists | 1:58 | |||||||
21. | "The Picture of the Water drops" | Various Artists | 2:13 | |||||||
22. | "Idol fan club" | Various Artists | 2:50 | |||||||
23. | "I like you" | Various Artists | 4:00 | |||||||
24. | "Deokjil Mate" | Various Artists | 2:06 | |||||||
25. | "Sweet Day" | Various Artists | 1:08 | |||||||
26. | "Crayon" | Various Artists | 1:49 | |||||||
27. | "Deokhoo's song" | Various Artists | 1:59 | |||||||
28. | "Busy Day" | Various Artists | 1:27 | |||||||
29. | "The game of wit" | Various Artists | 1:46 | |||||||
30. | "Like this" | Various Artists | 2:14 | |||||||
31. | "Missing" | Various Artists | 4:08 | |||||||
32. | "Deokming out" | Various Artists | 1:53 | |||||||
Kadar tontonan
suntingMusim | Nombor episod | Purata | ||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | |||
1 | 624 | 596 | 656 | 677 | 688 | 644 | 672 | 739 | 787 | 691 | 703 | 747 | 658 | 610 | 636 | 629 | 672 |
Ep. | Tarikh siaran asal | Taburan purata penonton | |||
---|---|---|---|---|---|
AGB Nielsen[27] | TNmS | ||||
Seluruh negara (Korea Selatan sahaja) | Seoul | Seluruh negara (Korea Selatan sahaja) | |||
1 | 10 April 2019 | 2.661% | 3.572% | 3.395%[28] | |
2 | 11 April 2019 | 2.410% | 2.921% | 3.504%[29] | |
3 | 17 April 2019 | 2.432% | 2.576% | 3.153%[30] | |
4 | 18 April 2019 | 2.347% | 2.600% | 3.120%[31] | |
5 | 24 April 2019 | 2.539% | 3.079% | 3.091%[32] | |
6 | 25 April 2019 | 2.675% | 3.392% | 2.986%[33] | |
7 | 1 Mei 2019 | 2.716% | 3.364% | 3.213%[34] | |
8 | 2 Mei 2019 | 2.808% | 3.246% | 3.608%[35] | |
9 | 8 Mei 2019 | 3.085% | 3.381% | 3.814%[36] | |
10 | 9 Mei 2019 | 2.730% | 3.243% | 3.368%[37] | |
11 | 15 Mei 2019 | 2.697% | 3.250% | 3.808%[38] | |
12 | 16 Mei 2019 | 2.793% | 3.587% | 3.570%[39] | |
13 | 22 Mei 2019 | 2.655% | 3.008% | 3.346%[40] | |
14 | 23 Mei 2019 | 2.735% | 2.888% | 3.478%[41] | |
15 | 29 Mei 2019 | 2.474% | 2.618% | 3.495%[42] | |
16 | 30 Mei 2019 | 2.864% | 3.341% | 3.279%[43] | |
Purata | 2.664% | 3.129% | 3.389% | ||
Anugerah dan pencalonan
suntingTahun | Anugerah | Kategori | Penerima | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
2019 | 12th Korea Drama Awards | Runut bunyi Asli Terbaik | "Maybe" (Lee Hae-ri) | Tercalon | [44] |
Rujukan
sunting- ^ Kang, Seo-jeong (April 15, 2019). “박민영이 곧 장르”..‘그녀의 사생활’ 봄 물들인 로코여신의 로맨스. News Chosun (dalam bahasa Korea). Dicapai pada April 25, 2019.
- ^ Shin, Young-eun (February 2, 2019). [설기획] ‘진심이 닿다’→‘좋아하면 울리는’…원작 웹툰·웹소설 정주행 어때요?. Star MK (dalam bahasa Korea). Dicapai pada February 10, 2019.
- ^ Jeong, Yu-na (January 29, 2019). "[공식]'그녀의 사생활' 박민영X김재욱, 캐스팅 확정…본격 덕질 로맨스 예고". Sports Chosun (dalam bahasa Korea). Dicapai pada February 10, 2019.
- ^ Lee, Gyu-lee (March 22, 2019). "TvN reveals poster for new romantic comedy". The Korea Times. Dicapai pada May 2, 2019.
- ^ a b Yeo, Ye-rim (January 30, 2019). "tvN romantic comedy names cast". Korea JoongAng Daily. Korea JoongAng Daily. Dicapai pada February 10, 2019. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "Cast" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Kim, Na-hwi (December 20, 2018). "[단독] 박민영 물망 '그녀의 사생활', tvN 수목 편성→홍종찬 PD 메가폰 확정". OSEN (dalam bahasa Korea). Dicapai pada February 10, 2019.
- ^ Baek, Sol-mi (December 20, 2018). 김재욱, 그토록 원하던 로코 주연. Sports Donga (dalam bahasa Korea). Dicapai pada February 10, 2019.
- ^ a b c Kim, Na-young (February 28, 2019). 안보현-박진주-정제원-홍서영, ‘그녀의 사생활’ 출연 확정 (공식). MK Sports (dalam bahasa Korea). Dicapai pada May 2, 2019. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "supporting" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b c d e Park, Pan-seok (March 6, 2019). '그녀의사생활' 김선영김미경맹상훈박명신임지규 합류 확정..베테랑 배우 총집합. News Chosun (dalam bahasa Korea). Dicapai pada May 2, 2019. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "cast" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Park, Jin-young (February 13, 2019). [단독] 정제원, '그녀의 사생활' 캐스팅..박민영·김보라 덕질 아이돌 변신. Osen (dalam bahasa Korea). Dicapai pada May 2, 2019.
- ^ Jeong, Hui-yeon (February 13, 2019). "김보라, tvN '그녀의 사생활' 출연…박민영과 '덕질' 라이벌 [공식입장]". Sports Donga (dalam bahasa Korea). Dicapai pada May 2, 2019.
- ^ Jeong, Da-hoon (March 15, 2019). "[공식] 유용민, tvN 새 수목 '그녀의 사생활' 캐스팅". News Nate (dalam bahasa Korea). Dicapai pada May 2, 2019.
- ^ Tae, Yu-na (March 21, 2019). 인투잇, ‘그녀의 사생활’ 인기 아이돌 멤버로 출연...박민영 ‘덕心’ 자극. Hankyung (dalam bahasa Korea). Dicapai pada May 2, 2019.
- ^ Kim, Na-hwi (April 10, 2019). "첫방 D-day '그녀의 사생활', 김호창특별출연..김재욱 주치의 役 [공식입장]". News Chosun (dalam bahasa Korea). Dicapai pada May 2, 2019.
- ^ Yoon, Seung-yeol (April 14, 2019). [단독]김영옥 '그녀의사생활' 특별 출연..박민영 할머니 된다. Sportal Korea (dalam bahasa Korea). Dicapai pada May 2, 2019.
- ^ Kim, Na-hwi (April 30, 2019). [단독] 박슬기, '그녀의 사생활' 특별 출연..정제원과 호흡. Osen (dalam bahasa Korea). Dicapai pada May 2, 2019.
- ^ Jung, An-ji (March 7, 2019). '그녀의 사생활' 박민영-김재욱, '특급 케미' 첫 대본리딩. Sports Chosun (dalam bahasa Korea). Dicapai pada May 2, 2019.
- ^ Kim, Joon-seok (March 11, 2019). '그녀의 사생활' 김미경, 첫 등장부터 박민영과 '특급 모녀 케미'. News Chosun (dalam bahasa Korea). Dicapai pada April 27, 2019.
- ^ Woo, Bin (April 10, 2019). "(여자)아이들, '그녀의 사생활' OST 첫 주자…데뷔 첫 OST 도전". Hankyung (dalam bahasa Korea). Dicapai pada April 11, 2019.
- ^ Yoo, Chang-hee (April 17, 2019). "홍대광, '그녀의 사생활' 두 번째 OST 주자 발탁…'둥둥' 18일 공개". Hankyung (dalam bahasa Korea). Dicapai pada April 19, 2019.
- ^ Kim, Joo-hyun (April 24, 2019). "인투잇, '그녀의 사생활' 출연 이어 OST 가창까지... 'Shining Star'". Beff Report (dalam bahasa Korea). Dicapai pada April 24, 2019.
- ^ Woo, Bin (May 1, 2019). "다비치 이해리, '그녀의 사생활' OST 참여…김재욱♥박민영 키스신 삽입곡". Hankyung (dalam bahasa Korea). Dicapai pada May 2, 2019.
- ^ Kim, Ha-jin (May 8, 2019). "남성듀오 1415, '그녀의 사생활' OST 참여…오는 9일 '해피' 발표". Hankyung (dalam bahasa Korea). Dicapai pada May 8, 2019.
- ^ Kim, So-yeon (May 13, 2019). "하성운 '그녀의 사생활' OST 합류…김재욱·박민영 엇갈리던 장면, 그 노래". Hankyung (dalam bahasa Korea). Dicapai pada May 17, 2019.
- ^ Kim, Han-na (May 22, 2019). "러니, '그녀의 사생활' OST 'Smile Again' 참여…연인들의 설렘". Hankookilbo (dalam bahasa Korea). Dicapai pada May 23, 2019.
- ^ "Nielsen Korea". AGB Nielsen Media Research (dalam bahasa Korea). Dicapai pada July 29, 2020.
- ^ "Nielsen Korea". AGB Nielsen Media Research (dalam bahasa Korea). Dicapai pada April 10, 2019.
- ^ Jung, Heon-hee (April 11, 2019). "PP 드라마·예능·뉴스 시청률 순위 1위 그녀의사생활 외 수미네반찬·스페인하숙·애들생각·문제적보스". Lecturer News (dalam bahasa Korea). Dicapai pada April 25, 2019.
- ^ Jung, Heon-hee (April 12, 2019). "PP 드라마·예능·뉴스 시청률 순위 1위 그녀의 사생활 외 어서와한국은처음이지·어쩌다어른·스페인하숙·수미네반찬". Lecturer News (dalam bahasa Korea). Dicapai pada April 25, 2019.
- ^ Jung, Heon-hee (April 18, 2019). "PP 드라마·예능·뉴스 시청률 순위 1위 그녀의사생활 외 수미네반찬·스페인하숙·문제적보스·삼시세끼". Lecturer News (dalam bahasa Korea). Dicapai pada April 25, 2019.
- ^ Jung, Heon-hee (April 19, 2019). "PP 드라마·예능·뉴스 시청률 순위 1위 그녀의사생활 외 현지에서먹힐까미국편·어서와한국은처음이지·스페인하숙". Lecturer News (dalam bahasa Korea). Dicapai pada April 25, 2019.
- ^ Jung, Heon-hee (April 25, 2019). "PP 드라마·예능·뉴스 시청률 순위 1위 수미네반찬 외 그녀의사생활·왼손잡이아내·스페인하숙·삼시세끼". Lecturer News (dalam bahasa Korea). Dicapai pada April 25, 2019.
- ^ Jung, Heon-hee (April 26, 2019). "PP 드라마·예능·뉴스 시청률 순위 1위 현지에서먹힐까미국편 외 그녀의사생활·왼손잡이아내·스페인하숙·한국은처음이지". Lecturer News (dalam bahasa Korea). Dicapai pada April 26, 2019.
- ^ Jung, Heon-hee (May 2, 2019). "PP 드라마·예능·뉴스 시청률 순위 1위 그녀의사생활 외 수미네반찬·현지에서먹힐까미국편·수미네반찬·애들생각". Lecturer News (dalam bahasa Korea). Dicapai pada May 2, 2019.
- ^ Jung, Heon-hee (May 3, 2019). "PP 드라마·예능·뉴스 시청률 순위 1위 그녀의사생활 외 현지에서먹힐까미국편·어서와한국은처음이지·어쩌다어른". Lecturer News (dalam bahasa Korea). Dicapai pada May 3, 2019.
- ^ Jung, Heon-hee (May 9, 2019). "PP 드라마·예능·뉴스 시청률 순위 1위 그녀의사생활 외 수미네반찬·스페인하숙·왼손잡이아내·세상에서제일예쁜내딸". Lecturer News (dalam bahasa Korea). Dicapai pada May 9, 2019.
- ^ Jung, Heon-hee (May 10, 2019). "PP 드라마·예능·뉴스 시청률 순위 1위 현지에서먹힐까미국편 외 그녀의사생활·스페인하숙·어서와한국은처음이지·수미네반찬". Lecturer News (dalam bahasa Korea). Dicapai pada May 10, 2019.
- ^ Jung, Heon-hee (May 16, 2019). "PP 드라마·예능·뉴스 시청률 순위 1위 그녀의사생활 외 스페인하숙·수미네반찬·애들생각·왼손잡이아내". Lecturer News (dalam bahasa Korea). Dicapai pada May 16, 2019.
- ^ Jung, Heon-hee (May 17, 2019). "PP 드라마·예능·뉴스 시청률 순위 1위 현지에서먹힐까미국편 외 그녀의사생활·스페인하숙·수미네반찬·왼손잡이아내". Lecturer News (dalam bahasa Korea). Dicapai pada May 17, 2019.
- ^ Jung, Heon-hee (May 23, 2019). "PP 드라마·예능·뉴스 시청률 순위 1위 그녀의사생활 외 수미네반·현지에서먹힐까미국편·스페인하숙·왼손잡이아내". Lecturer News (dalam bahasa Korea). Dicapai pada May 23, 2019.
- ^ Jung, Heon-hee (May 24, 2019). "PP 드라마·예능·뉴스 시청률 순위 1위 현지에서먹힐까미국편 외 그녀의사생활·스페인하숙·어서와한국은처음이지". Lecturer News (dalam bahasa Korea). Dicapai pada May 24, 2019.
- ^ Jung, Heon-hee (May 30, 2019). "PP 드라마·예능·뉴스 시청률 순위 1위 그녀의사생활 외 수미네반찬·백종원의골목식당·현지에서먹힐까미국편". Lecturer News (dalam bahasa Korea). Dicapai pada May 30, 2019.
- ^ Jung, Heon-hee (May 31, 2019). "PP 드라마·예능·뉴스 시청률 순위 1위 현지에서먹힐까미국편 외 그녀의사생활·어서와한국은처음이지·수미네반찬". Lecturer News (dalam bahasa Korea). Dicapai pada May 31, 2019.
- ^ "'2019코리아드라마어워즈(KDA)' 연기대상 후보..김해숙·최수종·염정아·조정석 등". Sedaily (dalam bahasa Korea). September 27, 2019.
Pautan luaran
sunting- Tapak web rasmi (dalam bahasa Korea)
- Her Private Life at HanCinema
- Her Private Life di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)