Harimau bintang salji
Harimau bintang salji (Panthera uncia syn. Uncia uncia) merupakan sejenis kucing berukuran besar, dengan panjang tubuh mencapai 130 cm, dan panjang ekor sekitar 100 cm. Spesies ini mempunyai bulu tebal berwarna putih kekelabuan dengan bintik-bintik berwarna hitam kecoklatan. Kucing betina serupa, dan berukuran lebih kecil dari jantan. Tidak seperti kucing-kucing besar yang lain, harimau tutul salji tidak dapat mengaum atau mendengkur, dan merupakan satu-satunya spesies di dalam marga tunggal Uncia sejak awal 1930-an.[3]
Harimau bintang salji هريماو بينتڠ ثلجي | |
---|---|
Harimau bintang salji di Taman Zoologi Cologne | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Mammalia |
Order: | Carnivora |
Suborder: | Feliformia |
Keluarga: | Felidae |
Genus: | Panthera |
Spesies: | P. uncia
|
Nama binomial | |
Panthera uncia (Schreber, 1775)
| |
Subspesies | |
Peta taburan | |
Sinonim | |
Daerah taburan spesies ini ialah di pegunungan salji Asia Tengah, dari Afghanistan hingga bahagian timur Tibet. Mangsa utamanya terdiri dari kambing gunung, arnab dan binatang-binatang lain yang terdapat di sekitar habitat harimau bintang salji.
Harimau bintang salji merupakan haiwan penyendiri, jantan dan betina memburu mangsa berpasangan hanya pada musim membiak. Harimau bintang salji betina biasanya mempunyai dua hingga tiga anak, yang tinggal bersama induknya hingga harimau bintang muda berumur sekurang-kurangnya satu tahun.
Walaupun dilindungi di hampir semua negara tempat spesies ini berada, Harimau bintang salji masih diburu secara liar kerana memangsa haiwan ternakan dan terutamanya untuk diambil bulunya. Harimau Tutul Salji dinilai Terancam Pupus di dalam Senarai Merah IUCN dan tersenarai di dalam CITES Appendix I.
Rujukan
sunting- ^ McCarthy, T., Mallon, D., Jackson, R., Zahler, P. & McCarthy, K. (2017). "Panthera uncia". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN Versi 2017-2. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa.CS1 maint: multiple names: authors list (link) CS1 maint: ref=harv (link)
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamamsw3
- ^ Don E. Wilson; DeeAnn M. Reeder (2005). Mammal Species of the World: A Taxonomic and Geographic Reference. JHU Press. m/s. 548. ISBN 978-0-8018-8221-0.