Maulidur Rasul
Maulidur Rasul (Jawi: مولد الرسول) atau Maulud Nabi Muhammad SAW (مولود نبي محمد ﷺ) ialah hari keputeraan Nabi Muhammad, nabi terakhir yang diutus oleh Allah dalam Islam. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiulawal (bulan ketiga) dalam takwim Hijrah, atau dalam takwim Masihi, Isnin, 20 April 571 M. Tapak keputeraan baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Maulidur Rasul Maulud Nabi Muhammad SAW مولد الرسول مولود نبي محمد ﷺ | |
---|---|
Also called | Eid al-Mawlid an-Nabawī (المولد النبوي), Maulid, Maulud Nabi Muhammad SAW[1] |
Observed by | Pengikut Ahli Sunah Waljamaah, Syiah dan cabang dan mazhab Islam yang lain kecuali sedikit (Wahabi/Salafi dll.) |
Type | Islam |
Significance | Ulang tahun keputeraan Nabi Muhammad SAW |
Observances | berpuasa, perarakan awam, nyanyian keagamaan, perjumpaan keluarga dan masyarakat, perhiasan jalan dan rumah |
Date | 12 Rabiulawal |
Frequency | Tahunan qamari (setiap 12 bulan qamari) |
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya.
Sejarah Maulidur Rasul bermula sejak zaman awal Islam, ketika sebilangan tabi'in mula mengadakan penganjuran nyanyian syair dan lagu terhadap Rasulullah.[2] Penguasa Islam pertama yang diduga menyambut Maulidur Rasul secara rasmi ialah Muzaffar al-Din Gökböri (630 H/1233 M).[3] Pihak Uthmaniyah mengisytiharnya sebagai sambutan rasmi pada 1588,[4] dikenali sebagai Mevlid Kandil.[5]
Penyertaan dalam perayaan ini umumnya dipandang sebagai ekspresi rasa keimanan dan kebangkitan keagamaan bagi para penganutnya.[6] Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
Sebahagian besar warga Islam mengiktiraf sambutan Maulidur Rasul;[7][8] tetapi, dengan perkembangan aliran konservatif seperti Wahabi-Salaf (Timur Tengah), Deobandi dan Ahl-i Hadith (Asia Selatan),[9] sambutan Maulidur Rasul mula mendapat penentangan kerana disifatkan sebagai bidaah. Maulidur Rasul diiktiraf sebagai hari cuti di kebanyakan negara Islam, dengan Arab Saudi dan Qatar terkecuali. Beberapa negara bukan Islam dengan populasi Muslim ketara seperti India juga mengiktirafnya sebagai hari cuti.[10]
Etimologi
suntingPerkataan maulid berasal daripada akar Arab ولد (wa-la-da), dengan makna termasuk "lahir" dan "zuriat".[11] Dalam konteks kontemporari, perkataan ini juga merujuk kepada sambutan Maulidur Rasul.[12] Terdapat juga pelbagai nama disebut dalam bahasa lain bagi Maulidur Rasul.
Nama | Bahasa | Maksud |
---|---|---|
Mawlid an-Nabī | Arab Moden | "Kelahiran Nabi" |
Milād an-Nabī | Arab Klasik | "Kelahiran Nabi" |
Mevlid-i Şerif | Turki | "Hari Kelahiran yang dirahmati" |
Mevlud/Mevlid | Bosnia | "Kelahiran" |
Mawlūd-e Sharīf | Urdu dan Dari | "Kelahiran yang dirahmati" |
Zadruz-e Payambar-e Akram | Parsi | "Kelahiran yang agung/yang dirahmati" |
Eid al-Mawlid an-Nabawī | Arab Moden | "Pesta kelahiran Nabi" |
Eid-e-Milād-un-Nabī | Urdu | "Pesta kelahiran Nabi" |
Mawlid en-Nabaoui Echarif | Arab Magreb | "Kelahiran Nabi yang dirahmati" |
el Mūled (en-Nabawi)/Mūled en-Nabi | Arab Mesir | "Kelahiran (Nabi)/Kelahiran Nabi" |
Yawm an-Nabī | Arab Klasik | "Hari Nabi" |
Maulidur Rasul | Malaysia | "Kelahiran pesuruh Allah" |
Mulud | Jawa | "Kelahiran" |
Maulid Nabi | Indonesia | "Kelahiran Nabi" |
Maulud Nabi | Malaysia | "Kelahiran Nabi" |
Maulidi | Swahili | - |
Meeladu Nabi | bahasa Sinhala, Tamil, Malayalam, Telugu dan bahasa Divehi | "Kelahiran Nabi" |
Gamou | bahasa Wolof | - |
Nabi/Mahanabi Jayanti | Sanskrit dan Hindi | "Hari Kelahiran Nabi (yang agung)" |
Sejarah
suntingDalam zaman awal Islam, sambutan keputeraan Muhammad biasanya disambut secara tersembunyi, dan kemudiannya menjadi lebih terbuka, dengan lebih banyak pelawat yang hadir ke Baitul Maulid yang dibuka sepanjang hari Maulid.[13]
Asal-usul perayaan Maulid adalah sukar untuk dijejaki.[14] Menurut tulisan Festivals in World Religions (Perayaan-perayaan dalam Alam Agama) hari Maulid mula-mula diperkenalkan oleh pihak Abbasiyah di Baghdad.[15] Ibn Jubayr pada 1183 menulis bahawa perayaan keputeraan Muhammad disambut setiap Isnin pada Rabiul Awal di tempat keputeraannya yang menjadi satu tempat keramat dalam Abbasiyah.[14][16] Satu lagi teori menyatakan bahawa sambutan Maulid pada mulanya dianjurkan dalam masyarakat Fatimiyah.[17] Namun begitu, menurut Dr. Abdel Moneim Sultan, sambutan Fatimiyah dilihat terhad kepada pembuatan manisan, sedekah dan penyampaian khutbah, dan tidak sebesar perayaan Syiah.[18]
Pada 1207, Muẓaffar al-Dīn Gökburi, abang tiri Saladin menganjurkan perayaan awam tahunan Maulid buat julung kalinya di Erbil (kini di Iraq).[14] Dengan itu, perayaan Maulid mula tersebar di seluruh dunia Islam.[19] Oleh kerana Saladin dan Gokburi ialah golongan sufi, perayaan itu secara ketaranya menjadi masyhur dalam para sufi hingga sekarang.[20]
Waktu
suntingMaulidur Rasul pada jatuh pada Rabiulawal setiap tahun. Dalam fahaman Syiah, hari tersebut jatuh pada 17 Rabiulawal serentak dengan hari kelahiran Imam keenam iaitu Ja'far al-Sadiq,[21] sementara ketetapan Sunni pula ialah 12 Rabiulawal.[21][22] Sungguhpun begitu, sesetengah ulama Syiah juga mempercayai 12 Rabiulawal sebagai tarikh keputeraannya.[23][24]
Tahun Masihi | 12 Rabiulawal (Sunni dan segelintir orang Syiah) |
17 Rabiulawal (Syiah) |
---|---|---|
2008 | 20 Mac | 25 Mac |
2009 | 9 Mac | 14 Mac |
2010 | 26 Februari | 3 Mac |
2011 | 15 Februari | 20 Februari |
2012 | 4 Februari | 9 Februari |
2013 | 24 Januari | 29 Januari |
2014 | 13 Januari | 18 Januari |
2015 | 3 Januari dan 24 Disember | 8 Januari dan 29 Disember |
2016 | 12 Disember | 17 Disember |
2017 | 1 Disember | 6 Disember |
2018 | 20 November | 25 November |
2019 | 9 November | 14 November |
2020 | 29 Oktober | 3 November |
2021 | 19 Oktober | 24 Oktober |
2022 | 8 Oktober | 13 Oktober |
2023 | 27 September | 2 Oktober |
2024 | 15 September | 20 September |
2025 | 5 September | 10 September |
2026 | 25 Ogos | 30 Ogos |
2027 | 15 Ogos | 20 Ogos |
2028 | 3 Ogos | 8 Ogos |
2029 | 24 Julai | 29 Julai |
2030 | 13 Julai | 18 Julai |
2031 | 1 Julai | 6 Julai |
2032 | 20 Jun | 25 Jun |
2033 | 10 Jun | 15 Jun |
2034 | 30 Mei | 4 Jun |
Sambutan
suntingMaulidur Rasul disambut di hampir semua negara Islam, di samping negara-negara dengan komuniti Muslim yang ketara.[25] Negara-negara yang terkecuali ialah Qatar dan Saudi Arabia, di mana ia diisytiharkan haram.[26][27][28] Selain itu, penolakan terhadap sambutan Maulidur Rasul juga dilihat meningkat dalam abad ke-20.[29][30]
Masyarakat Muslim di Indonesia umumnya menyambut Maulidur Rasul dengan mengadakan perayaan-perayaan keagamaan seperti pembacaan selawat, pembacaan syair Barzanji dan pengajian. Dalam kebudayaan Jawa, takwim Jawa menetapkan bulan Rabiul Awal sebagai bulan Mulud, dan acara Muludan juga dirayakan dengan perayaan dan permainan gamelan Sekaten. Selain itu, tradisi endhog-endhogan dilaksanakan oleh masyarakat Jawa-Using di Banyuwangi, Jawa Timur. Satu catatan pada 1995 menyatakan bahawa sambutan Maulid di Jawa "tampak lebih penting dan gah" daripada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.[31]
Di Pakistan, hari Maulid disambut dengan tembakan meriam 31 das di ibu kota serta tembakan 21 das di ibu-ibu kota wilayah, dengan syair Islam dibacakan sepanjang hari.[32] India juga terkenal dengan sambutan Maulid sungguhpun bukan negara Islam majoriti.[33] Artifak-artifak Muhammad dipamerkan di Jammu dan Kashmir, yakni di keramat Hazratbal, di mana bacaan doa juga dilakukan sepanjang malam.[34] Hyderabad Telangana juga dikenali dengan sambutan Maulid secara besar-besaran, dengan kegiatan seperti perarakan, bacaan doa dan pemasangan perhiasan.[35]
Di Turki, Maulidur Rasul atau istilah tempatan, Mevlid Kandili, disambut meluas.[36] Syair-syair tradisional riwayat Muhammad dibaca di masjid serta rumah.[37] Dalam syair-syair ini, syair yang paling ketara ialah syair Süleyman Çelebi.[38][39][40] Sebilangan syair Maulid juga ditulis pada zaman Uthmaniyah.[41] Sejak 1989, pihak Turki telah mengasaskan satu sambutan rasmi seminggu sempena Maulidur Rasul, bernama Mevlid-i Nebi Haftası (minggu Maulidur Rasul). Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan sejarah Mevlid-i Nebi Haftası, ia ditetapkan disambut berdasarkan keputeraan baginda pada takwim Masihi (20 April) sehingga ditukar ke takwim Hijrah pada 2017, dengan pelaksaannya mencetuskan perdebatan.[42]
Di kawasan Tunisia, pujian-pujian kepada Muhammad dibunyikan umat Islam, dan pencuci mulut Assidat Zgougou juga biasanya disediakan untuk menyambut Maulid.[43][44]
Galeri
sunting-
Sambutan Mawlid an-Nabawi di Kaherah pada tahun 1878
-
Bendera Empayar Uthmaniyyah dinaikkan pada sambutan Mawlid an-Nabi keputeraan Nabi Muhammad SAW pada tahun 1896 di padang perbandaran kota Libya Benghazi
-
Bawah pengawasan Shaykh Sufi Riaz Ahmed Naqshbandi Aslami, 2007
Rujukan
sunting- ^ "Mawlid in Africa". Muhammad (pbuh) – Prophet of Islam. Dicapai pada 2016-02-2. Check date values in:
|access-date=
(bantuan) - ^ "Mawlid an-Nabi: Celebrating Prophet Muhammad's (s) Birthday". The Islamic Supreme Council of America (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 November 2018.
- ^ İbrahim Kafesoğlu (1994). Erdoğan Merçil; Hidayet Yavuz Nuhoğlu; dll. (penyunting). A Short History of Turkish-Islamic States (excluding the Ottoman State). Diterjemahkan oleh Ahmet Edip Uysal. Turkish Historical Society Printing House. m/s. 184. ISBN 9789751605719.
- ^ Shoup, John A. (1 Januari 2007). Culture and Customs of Jordan (dalam bahasa Inggeris). Greenwood Publishing Group. m/s. 35. ISBN 9780313336713.
- ^ Manuel Franzmann, Christel Gärtner, Nicole Köck Religiosität in der säkularisierten Welt: Theoretische und empirische Beiträge zur Säkularisierungsdebatte in der Religionssoziologie Springer-Verlag 2009 ISBN 978-3-531-90213-5 m/s 351
- ^ Saudi Islam Politics
- ^ Schussman, Aviva (1998). "The Legitimacy and Nature of Mawid al-Nabī: (analysis of a Fatwā)". Islamic Law and Society. 5 (2): 214–234. doi:10.1163/1568519982599535.
- ^ McDowell, Michael; Brown, Nathan Robert (3 Mac 2009). World Religions at Your Fingertips (dalam bahasa Inggeris). Penguin. m/s. 106. ISBN 9781101014691.
- ^ Observing Islam in Spain: Contemporary Politics and Social Dynamics BRILL, 09.05.2018 ISBN 9789004364998 m/s. 101
- ^ "Milad un-Nabi/Id-e-Milad in India". www.timeanddate.com.
- ^ قاموس المنجد – Moungued Dictionary (paper), or online: Webster's Arabic English Dictionary Diarkibkan 12 Februari 2009 di Wayback Machine
- ^ Mawlid. Reference.com
- ^ Fuchs, H.; Knappert J. (2007). "Mawlid (a.), or Mawlud". Dalam P. Bearman; T. Bianquis; C. E. Bosworth (penyunting). Encyclopedia of Islam. Brill. ISSN 1573-3912.
- ^ a b c Muhammad in History, Thought, and Culture: An Encyclopedia of the Prophet of God, ABC-CLIO, 2014, m/s. 365–368, ISBN 9781610691789
- ^ Festivals in World Religions, Longman, 1986, m/s. 230, 286, ISBN 9780582361966
- ^ The Princeton Encyclopedia of Islamic Political Thought, Princeton University Press, 2013, m/s. 335, ISBN 978-0691134840
- ^ Katz (2007), m/s. 2:On the basis of this data, Kaptein hypothesizes that the celebration of the mawlid was initiated by the Fatimid dynasty and spread to Syria and the Jazira by the time of its fall.
- ^ تاريخ الاحتفال بمولد النبي صلى الله عليه وسلم ومظاهره حول العالم (dalam bahasa Arab). m/s. 28.
- ^ Mawlid, Encyclopædia Britannica
- ^ "Eid-e-Milad-Un-Nabi 2020: Date, history and importance". The Indian Express (dalam bahasa Inggeris). 2020-10-28. Dicapai pada 2020-10-28.
- ^ a b Mahjubah, 16, 1997, m/s. 8
- ^ Tahir ul Qadri (2014), Mawlid Al-nabi: Celebration and Permissibility, Minhaj-ul-Quran Publications, m/s. 25, ISBN 9781908229144
- ^ Mohsen Kadivar, روز میلاد پیامبر بازگشت به رای متقدم تشیع
- ^ Rasool Jafariyan, ولادت رسول خدا (ص) در دوازدهم یا هفدهم ربیع الاول؟
- ^ "Mawlid celebration in Russia". Islamdag.info. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 September 2011. Dicapai pada 20 November 2011.
- ^ "Moon Sighting". Moon Sighting. 20 June 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 December 2018. Dicapai pada 20 November 2011.
- ^ Jestice, Phyllis G., penyunting (2004). Holy People of the World: A Cross-Cultural Encyclopedia. ABC-CLIO. m/s. 410. ISBN 9781576073551.
- ^ Elie Podeh (2011). The Politics of National Celebrations in the Arab Middle East (ed. illustrated). Cambridge University Press. m/s. 256–7. ISBN 9781107001084.
- ^ Reuven Firestone (2010). An Introduction to Islam for Jews (ed. revised). Jewish Publication Society. m/s. 132. ISBN 9780827610491.
- ^ Katz (2007), m/s. 184.
- ^ Herman Beck, Islamic purity at odds with Javanese identity: the Muhammadiyah and the celebration of Garebeg Maulud ritual in Yogyakarta, Pluralism and Identity: Studies in Ritual Behaviour, eds Jan Platvoet and K. van der Toorn, BRILL, 1995, m/s 262
- ^ Pakistan with Muslims world-over celebrate Eid Milad-un-Nabi tomorrow Diarkibkan 4 November 2005 di Wayback Machine
- ^ "Milad Celebrated". The Times of India. 14 May 2003. Dicapai pada 20 November 2011.
- ^ TajaNews Diarkibkan 14 Disember 2007 di Wayback Machine
- ^ "Celebrating the prophet: Religious nationalism and the politics of Milad-un-Nabi festivals in India". ResearchGate (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-10-28.
- ^ Schimmel, Annemarie (1985). And Muhammad Is His Messenger The Veneration of Prophet in Islamic Piety. The University of North Carolina Press. ISBN 0-8078-1639-6.
- ^ Kenan Aksu Turkey: A Regional Power in the Making Cambridge Scholars Publishing, 18.07.2014 ISBN 9781443864534 p. 231
- ^ LEVENT, Sibel ÜST ERDEM & Ramazan BÖLÜK-Mehmet Burak ÇAKIN-Sema. "Journal of Turkish Studies". turkishstudies.net (dalam bahasa Turki). Dicapai pada 2022-08-10.
- ^ "The Mawlid". Muhammad (pbuh) - Prophet of Islam (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-08-10.
- ^ "Süleyman Çelebi | Turkish poet | Britannica". www.britannica.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-08-10.
- ^ Mevlid Külliyyatı (ed. 2nd). Ankara: Diyanet İşleri Başkanlığı Yayınları. 2016. ISBN 978-975-19-6600-1.
- ^ "Mevlid-i Nebi Haftası Tarihçesi" (dalam bahasa Turki). 15 September 2018. Dicapai pada 5 Ogos 2021. Check date values in:
|archivedate=
(bantuan) - ^ Speight, Marston (1980). "The nature of Christian and Muslim festivals". The Muslim World. 70 (3–4): 260–266. doi:10.1111/j.1478-1913.1980.tb03417.x.
- ^ How Does Tunisia Celebrate Al Mawlid? Diarkibkan 18 Januari 2014 di Wayback Machine Tunisia Live