Sri Sultan Hamengkubuwana IX (12 April 1912 - Oktober 1988) adalah Gabenor pertama Daerah Istimewa Yogyakarta, Sultan ke-9 Kesultanan Ngayogyakarta Hadiningrat (Kesultanan Yogyakarta) dan naib presiden Indonesia yang kedua.

Hamengkubuwana IX
Sri Sultan Hamengkubuwana IX
Sri Sultan Hamengkubuwana IX
Sultan Yogyakarta ke-9
Bertakhta1940–1988
Ditabalkan18 Mac 1940[1]
Didahului olehSultan Hamengkubuwana VIII
Diikuti olehSultan Hamengkubuwana X
Naib Presiden Indonesia ke-2
Tempoh menjawat23 Mac 1973–23 Mac 1978
PresidenSoeharto
Didahului olehMohammad Hatta
Diikuti olehAdam Malik
Menteri Penyelaras Perekonomian Republik Indonesia ke-1
Tempoh menjawat25 Julai 1966–29 Mac 1973
PresidenSoeharto
Didahului olehTiada
Diikuti olehWidjojo Nitisastro
Timbalan Perdana Menteri Indonesia ke-5
Tempoh menjawat6 Sept 1950–27 Apr 1951
PresidenSoekarno
Didahului olehAbdul Hakim
Diikuti olehSuwiryo
Perdana menteriMohammad Natsir
Menteri Pertahanan Indonesia ke-3
Tempoh menjawat15 Juli 1948–20 Des 1949
PresidenSoekarno
Didahului olehMohammad Hatta (a.i.)
Perdana menteriMohammad Hatta
Tempoh menjawat3 April 1952–2 Jun 1953
PresidenSoekarno
Didahului olehSewaka
Diikuti olehWilopo
Perdana menteriWilopo
Menteri Negara Indonesia
Tempoh menjawat2 Okt 1946–20 Dis 1949
PresidenSoekarno
Perdana menteriSutan Sjahrir
Amir Sjarifuddin
Mohammad Hatta
Gabenor Daerah Istimewa Yogyakarta ke-1
Tempoh menjawat4 Mac 1950–2 Okt 1988
PresidenSoekarno
Soeharto
Diikuti olehPaku Alam VIII
KeputeraanGusti Raden Mas Dorodjatun
(1912-04-12)12 April 1912
Ngasem, Yogyakarta
Kemangkatan2 Oktober 1988(1988-10-02) (umur 76)
Washington, D.C., Amerika Syarikat[1]
PemakamanAstana Saptorenggo, Imogiri, Yogyakarta
Nama diraja
Sampeyan Dalem Ingkang Sinuhun Kanjeng Sultan Hamengkubuwana Senapati-ing-Ngalaga Abdurrahman Sayidin Panatagama Khalifatullah ingkang Jumeneng Kaping Sanga
KerabatMataram
AyahandaSultan Hamengkubuwana VIII
BondaRaden Ajeng Kustilah[1]
AgamaIslam
Tanda tanganTandatangan Hamengkubuwana IX
Kerjaya ketenteraan
PerkhidmatanTNI Angkatan Darat
Tahun perkhidmatan1945–1953
PangkatLeftenan Jeneral
Pertempuran

Beliau dilahirkan di Sompilan Ngasem, Yogyakarta dan adalah anak kepada Sri Sultan Hamengkubuwono VIII dan Raden Ajeng Kustilah. Beliau menuntut di HIS di Yogyakarta, MULO di Semarang dan AMS di Bandung. Pada tahun 1930 beliau melanjutkan pelajarannya di Universiti Leiden di Belanda. Sultan muda ini telah menerima pendidikan cara Barat tetapi beliau tidak melupakan asal-usul Jawanya. Beliau ditabalkan sebagai Sultan Yogyakarta pada 18 Mac 1940 dan digelar: "Sampeyan Dalem Ingkang Sinuwun Kanjeng Sultan Hamengkubuwono Senopati Ing Alogo Ngabdurrakhman Sayidin Panotogomo Kholifatullah Ingkang Kaping Songo".

Sri Sultan Hamengkubuwono IX terkenal sebagai seorang yang memberi sokongan kuat kepada gerakan kemerdekaan di Indonesia. Beliau juga terkenal sebagai pendukung prinsip reformasi. Sebagai contoh, salah satu dasar kerajaan yang diperkenalnya adalah untuk memberi lebih banyak kuasa kepada ketua-ketua kampung dan juga membaharui pentadbiran kratonnya.

Jurus selepas pengisytiharan kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945, beliau dan Sri Paku Alam VIII memutuskan untuk menyokong penubuhan republik yang baru itu. Pada awal 1946, ibu kota Indonesia dengan cara senyap dipindahkan ke Yogyakarta dan Sri Sultan telah memberi dana untuk membangunkan mekanisme kerajaan itu. Pihak Belanda pula tidak berani untuk menggulingkan Sri Sultan. Semasa pendudukan selama enam bulan oleh Belanda pada 1949, mereka cuba untuk memujuk Sri Sultan untuk mengetuai sebuah kerajaan seluruh Jawa yang mereka reka tetapi tidak berjaya. Sewaktu masa pendudukan, Sri Sultan sering berhubung dengan gerila republik Indonesia yang beroperasi di kampung yang sekitaran. Disebabkan peranan aktif yang diambilnya semasa waktu pendudukan ini, kesultanannya dinaikkan taraf ke sebuah "dearah istimewa" dengan Sri Sultan sebagai Gabenor dan Sri Paku Alam VIII sebagai Naib Gabenor seumur hidup dan melapor langsung kepada kerajaan pusat di Jakarta dan bukan kepada Gabenor Jawa Tengah.

Selain menjadi Gabenor Yogyakarta, beliau juga dilantik sebagai Menteri Pertahanan pada tahun 1950an dan juga Menteri Penyelaras bagi Ekonomi, Perindustrian dan Pembangunan semasa pemerintahan Suharto, sebelum dinaikkan menjadi Naib Presiden Indonesia pada 1973. Sri Sultan terkenal sebagai seorang yang menolak tawaran untuk melanjutkan penggalnya ke peringkat kedua untuk membantah kuasa authoritarian yang dipegang oleh Suharto.

Sri Sultan Hamengkubuwono IX meninggal dunia di George Washington University Medical Center, Amerika Syarikat, semasa dirawat disana pada Oktober 1988 dan dikebumikan di pemakaman diraja di Imogiri, Yogyakarta. Di kraton diraja di sana terdapat sebuah muzium yang didirikan untuk memperingati sumbangan beliau.

Lihat juga

sunting
  1. ^ a b c Biografi singkat HB IX. Website resmi kraton Yogya. 2019. Diakses tanggal 21/07/2019