Mohammad Natsir (lahir di Alahan Panjang, Solok, Sumatera Barat, 17 Julai 1908 – meninggal di Jakarta, 6 Februari 1993 pada umur 84 tahun) adalah perdana menteri kelima, pengasas sekaligus pemimpin parti politik Majlis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi), dan salah seorang tokoh Islam terkemuka di Indonesia.

Mohammad Natsir
Perdana Menteri Indonesia kelima
Dalam jawatan
5 September 1950 – 26 April 1951
PresidenSukarno
Didahului olehMohammad Hatta
Abdul Halim
Digantikan olehSoekiman Wirjosandjojo
Menteri Komunikasi dan Maklumat Republik Indonesia
Dalam jawatan
12 Mac 1946 – 26 Jun 1947
PresidenSukarno
Didahului olehAmir Sjarifuddin
Digantikan olehSetiadi
Dalam jawatan
29 Januari 1948 – 4 Ogos 1949
PresidenSukarno
Didahului olehSjahbudin Latif
Digantikan olehSjafruddin Prawiranegara
Maklumat peribadi
LahirMenteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat
(1908-07-17)17 Julai 1908
Belanda Alahan Pandjang, Hindia Timur Belanda
Mati14 Mac 1993(1993-03-14) (umur 84)
Indonesia Jakarta, Indonesia
Tempat semadiMenteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat
KewarganegaraanIndonesia Indonesia
Parti politikPartai Masyumi
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali
  • Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat
Bidang pengkhususanahli politik

Kehidupan

sunting

Muhammad Natsir, dalam tulisan lain ada yang menulisnya Mohammad Natsir / Mohd. Natsir / M. Natsir, adalah putra kelahiran Alahan Panjang, Solok, Sumatera Barat 17, Julai 1908, dengan gelar Datuk Sinaro Panjang. Natsir adalah orang yang bercakap penuh sopan santun, rendah hati dan bersuara lembut walaupun terhadap lawan-lawan politiknya. Ia juga sangat bersahaja dan kadang-kadang gemar bercanda dengan siapa saja yang menjadi teman bicaranya.

Ayah Natsir bekerja sebagai pegawai pemerintah di Alahan Panjang, sedangkan datuknya seorang ulama. Natsir merupakan pemangku adat untuk kaumnya yang berasal dari Maninjau, Tanjung Raya, Agam dengan gelaran Datuk Sinaro Panjang. Ketika kecil, Natsir belajar di HIS Solok serta di sekolah agama Islam yang dipimpin oleh para pengikut Haji Rasul. Tahun 1923-1927 Natsir mendapat biasiswa untuk sekolah di MULO, dan kemudian melanjutkan pelajaran ke AMS Bandung hingga tamat pada tahun 1930. Di Bandung, Natsir berinteraksi dengan para aktivis pergerakan nasional antara lain Syafruddin Prawiranegara, Mohammad Roem dan Sutan Syahrir. Pada tahun 1932, Natsir berguru pada Ahmad Hassan, yang kelak menjadi tokoh organisasi Islam Persis. Dengan keunggulan spritualnya, beliau banyak menulis soal-soal agama, kebudayaan, dan pendidikan.

Mosi Integral

sunting

Tanggal 5 April 1950, Natsir mengajukan usul intergral dalam sidang pleno parlimen, yang sebulat suara diterima oleh seluruh fraksi. Mosi ini memulihkan keutuhan bangsa Indonesia dalam Negara Kesatuan RI (NKRI), yang sebelumnya berbentuk kesatuan. Kerana prestasi inilah Natsir diangkat menjadi perdana menteri. Bung Karno menganggap Natsir mempunyai konsep untuk menyelamatkan Republik melalui perlembagaan.[1]

Jabatan

sunting

Pada masa revolusi kemerdekaan, Natsir pernah menjawat jawatan Naib Ketua KNIP (Jawatankuasa Nasional Indonesia Pusat), yang waktu itu ketuanya dijabat oleh Assaat Datuk Mudo, dan beberapa kali menjadi Menteri Penerangan.

Natsir banyak berjasa untuk perkembangan dakwah Islam dan termasuk di antara sedikit tokoh Indonesia dengan reputasi antarabangsa. Dia pernah menjawat jawatan presiden Liga Muslim se-Dunia (World Moslem Congress), ketua Dewan Masjid se-Dunia, dan ahli Lembaga Eksekutif Rabithah Alam Islamy yang berpusat di Makkah. Sebagai mubaligh, Natsir mendirikan Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia, yang menghantar mubaligh ke seluruh Indonesia.

Natsir sempat menjadi Perdana Menteri Indonesia setelah pembubaran RIS. Namun penentangan Natsir terhadap sikap Presiden dalam Irian Barat, dan maraknya pemberontakan pemisah mengganggu kestabilan kabinetnya. Manjelang akhir masa jabatanya sebagai perdana menteri, Bung Karno selaku Presiden dan ketua PNI meminta para menteri dan ahli parlimen dari PNI untuk tidak menyokong pemerintahan terutama PM Natsir dan wapres Mohammad Hatta. Tak lama selepas itu Kabinet Natsir menghadapi aneka goyangan dari Parti Nasional Indonesia di parlimen. Menurut Hatta, Soekarno mendesak Manai Sophiaan dan teman-temannya menjatuhkan Kabinet Natsir. Dua kali ahli Parti Nasional Indonesia di parlimen memboikot sidang sehingga tak memenuhi kuorum. Hari itu juga Natsir mengembalikan mandatnya sebagai perdana menteri.

Gelaran Kehormatan

sunting

Gelar Pahlawan Nasional

sunting

Gelar pahlawan nasional diberikan kepada Muhammad Natsir bertepatan pada peringatan Hari Pahlawan 10 November 2008.[2]

Gelaran Akademik

sunting

Akhir tahun 1979 Raja Fahd dari Arab Saudi memberi anugerah Faisal Award melalui King Faisal Foundation di Riyadh, bersama mufti Palestin. Sebelumnya tahun 1967, Universiti Islam Lubnan memberi gelar Doctor Honoris Causa bidang politik Islam. Tahun 1991, gelaran kehormatan yang sama dianugerahkan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Catatan

sunting

Bibliografi

sunting

Pautan luar

sunting