Hamdan Tahir
Tun (Dr.) Haji Hamdan bin Sheikh Tahir (27 April 1921 – 20 Januari 2005) merupakan Naib Canselor Kedua Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang. Beliau menjadi pengetua pertama Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak (1957–1960). Pelajar pertama sekolah itu seramai 360 orang. Seterusnya beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Beliau terpilih menjadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang (1989–2001).[1]
Hamdan Sheikh Tahir | |
---|---|
Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-6 | |
Dalam jawatan 1 Mei 1989 – 30 April 2001 | |
Didahului oleh | Tun Dr. Awang Hassan |
Digantikan oleh | Tun Abdul Rahman Abbas |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kuala Kangsar, Perak, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, British Malaya (kini Malaysia) | 27 April 1921
Mati | 20 Januari 2005 George Town, Pulau Pinang, Malaysia | (umur 83)
Tempat semadi | Makam Negeri, Masjid Negeri Pulau Pinang |
Pasangan | Toh Puan Siti Zainab Baharuddin |
Ibu bapa | Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin |
Tempat belajar | Universiti Nottingham Universiti Malaya, Singapura |
Keluarga
suntingBapanya Muhammad Tahir bin Syeikh Muhammad, seorang penulis agama , ulama dan pejuang kemerdekaan Tanah Melayu yang terkenal. Hamdan anak kelima kepada Sheikh Muhammad Tahir. Adik beradiknya yang lain ialah Rahmah, Muhammad, Ahmad, Azizah, Hamdan dan Hamid.
Ibunya Aishah binti Haji Mustafa, anak seorang saudagar dari Kuala Kangsar, Perak.
Beliau menerima gelaran Tun pada 1989.