Halitosis, juga dirujuk sebagai "penyakit nafas berbau", merupakan suatu keadaan di mana terdapatya bau yang tidak menyenangkan dari nafas seseorang. Ia lazimnya terjadi akibat aktiviti tindak balas bakteria dengan makanan yang tertinggal di dalam mulut. Halitosis dianggarkan menjadi sebab ketiga terkerap orang mendapatkan bantuan pergigian, mengikuti karies gigi dan penyakit periodontium.[1]

Halitosis
ICD-10R19.6
ICD-9784.99
DiseasesDB5603
MedlinePlus003058

Halitosis biasanya berlaku kepada pesakit ataupun orang sihat pada saat bangun dari tidur pada waktu pagi. Ia terjadi disebabkan tindak balas bakteria yang berada di sekitar mulut terhadap bahan/sisa makanan yang tertinggal di dalam mulut, yakni di sekitar celah-celah gigi, kerongkong, lelangit, sekitar lidah dan gusi. Pakar pergigian berpandangan bahawa bakteria biasanya akan lebih aktif dalam mulut manusia ketika manusia itu sedang tidur, ini kerana pada waktu itu, nutrien di dalam mulut adalah banyak, selain pH air liur yang lebih berasid dan kurang aktiviti mengunyah dan bercakap menyebabkan persekitaran dalam mulut manusia baik untuk aktiviti kemandirian bakteria yang lebih aktif.

Halitosis merupakan suatu penyakit yang mudah untuk dicegah dari terjadi dan mudah untuk dirawat, namun ia juga mudah berlaku jika kesihatan dan kebersihan mulut tidak dijaga rapi pada setiap masa. Terdapat juga kes yang lebih serius melibatkan halitosis kronik misalnya gangguan pada sistem penghadaman, kegagalan buah pinggang, kerosakan hati, masalah pernafasan dan sinusitis (jangkitan pada rongga tulang wajah), di mana setiap penyakit tersebut memerlukan rawatan yang lebih teliti.

Gejala

sunting

Nafas berbau dapat dihidu dan dirasa bau keasidannya apabila pesakit berbual, bernafas atau bercakap dengan orang lain.

Penyebab utama

sunting

Kelemahan dalam menjaga kesihatan dan kebersihan mulut dan oral. Termasuklah ketidakkebersanan dalam memberus gigi, membiarkan celah-celah gigi dipenuhi dengan sisa makanan dan plak kotoran.

Nafas pada waktu pagi berbau kerana terdapat kesan air liur basi yang tidak dibersihkan dengan baik.

Makan larut malam dan tidak membersihkan mulut sesudah makan.

Kotoran atau sisa makanan pada lendir mulut seperti kahak, air liur dan hingus yang tidak dibersihkan.

Penyakit gusi seperti kebengkakan gusi dan gusi berdarah.

Enggan meminum air suam dengan secukupnya.

Berpuasa secara berlebih lebihan

Kurang penggerakan mulut seperti bercakap dan banyak diam dan tidur.

Besi penyusun gigi kotor dan tidak dibersihkan degan baik.

Kerongkong dipenuhi dengan sisa makanan dan kahak terendap pada dinding kerongkong.

Penyakit paru-paru.

Gemar menghisap rokok dan meminum minuman manis, berkafein atau beralkohol. Memakan makanan tenusu dan berlemak tanpa mencuci mulut selapas itu. Gemar memakan makanan berbau seperti herba, ulam-ulaman, petai, durian dan bawang.

Sinusitis.

Mengambil ubatan yang mengeluarkan bau tidak meyenangkan seperti Anti-histamine, Diuretic dan Tranquillesers.

Pencegahan dan rawatan

sunting
  • Mencegah dari melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan gejala penyakit nafas berbau terjadi seperti diatas.
  • Sentiasa meminum air masak yang mencukupi, sekurang-kurangnya 8 (lapan) gelas sehari.
  • Mengurangkan pengambilan makanan tinggi kandungan gula dan bau.
  • Sentiasa memberus gigi dengan ubat gigi anti-bakteria sebelum dan selepas tidur dan makan.
  • Sentiasa berkumur dengan air bersih setiap kali selepas bercakap banyak dan makan dan minum.
  • Elakkan merokok dan memium arak.
  • Kawal dan belajar cara bernafas degan betul. Seperti menarik nafas dengan menggunakan hidung dan hembus nafas dengan mulut, Nafas dengan perlahan, berterusan dan selamat, beljar mearik dan menahan nafas dengan selamat dan berkesan. Amalkan selalu.
  • Rujuk doktor gigi dan pakar pernafasan selalu.
  • Jika perlu, kunyahlah chewing gum yang berasa pudina untuk nafas yang lebih segar.

Rujukan

sunting
  1. ^ Loesche WJ, Kazor C. Microbiology and treatment of halitosis. Periodontology 2000. 2002;28:256–79. PMID 12013345.
  • Health Guide Malaysia terbitan Medi Media International Group 1998, M/S 189 & 190. Sebuah buku panduan kesihatan umum dan pertolongan cemas yang diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.