Stesen Titiwangsa
Stesen Titiwangsa adalah stesen bagi Laluan Ampang, Laluan Sri Petaling dan Monorel KL yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Stesen ini merupakan stesen pertukaran bagi dua laluan RapidKL, iaitu Laluan Ampang dan Sri Petaling dengan Monorel KL. Stesen ini merupakan salah satu daripada dua stesen pertukaran berbayar bagi LRT dengan Monorel, satu lagi adalah stesen Hang Tuah.
Lokasi | Stesen Titiwangsa, Jalan Tun Razak, Titiwangsa, 53000 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia | ||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 3°10′23″N 101°41′43″E / 3.17306°N 101.69528°EKoordinat: 3°10′23″N 101°41′43″E / 3.17306°N 101.69528°E | ||||||||||||||||||||||||
Laluan | 3 Laluan Ampang 4 Laluan Sri Petaling 8 KL Monorail 12 Laluan Putrajaya (Dibuka Julai 2022) | ||||||||||||||||||||||||
Platform | 4 platform sisi | ||||||||||||||||||||||||
Trek | 3 | ||||||||||||||||||||||||
Pengendali kereta api | 3 4 8 RapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia) | ||||||||||||||||||||||||
Sambungan | Hab Titiwangsa | ||||||||||||||||||||||||
Pembinaan | |||||||||||||||||||||||||
Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||||||||||||||||
Templat letak kenderaan | Tiada | ||||||||||||||||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||||||||||||||||
Kod stesen | AG3 SP3 MR11 | ||||||||||||||||||||||||
Sejarah | |||||||||||||||||||||||||
Dibuka | 3 4 11 Julai 1998 8 31 Ogos 2003 | ||||||||||||||||||||||||
Akan dibuka | 12 Julai 2022 | ||||||||||||||||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
Lokasi | |||||||||||||||||||||||||
Ciri-ciri stesen
suntingSejarah
suntingStesen LRT STAR (kini Laluan Ampang dan Sri Petaling) dibuka pada 11 Julai 1998 sebagai sebahagian daripada segmen kedua Laluan STAR dari stesen Sultan Ismail ke stesen Sentul Timur. Laluan KL Monorail pula mula berkhidmat di stesen ini pada 31 Ogos 2003.[1] Laluan Sungai Buloh–Serdang–Putrajaya (SSP) akan mula berkhidmat di stesen ini pada bulan Julai 2022.[2]
Lokasi
suntingStesen LRT Titiwangsa terletak di sepanjang Jalan Pahang berhampiran Jalan Tun Razak di Pekeliling, Kuala Lumpur dan Stesen Monorel Titiwangsa terletak di atas Jan Tun Razak. Disepanjang barat stesen LRT adalah Sungai Gombak manakala di selatan stesen Monorel adalah Terminal Bas Pekeliling. Juga terletak berhampiran stesen adalah Masjid Bulatan Pahang, tokong Buddha Wat Meh Liew, kuil Dewi Sree Karumariamman, Wisma Koperasi Tentera, Institut Perubatan Respiratori, hotel Vistana Kuala Lumpur, Hospital Veterinar Sentul, Hospital KPJ Sentosa KL, Pejabat Pertubuhan Perubatan Malaysia, Plaza Permata, Kompleks Damai dan Pekeliling Business Centre.
Pelan stesen
suntingL2 Platform LRT |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | |
AG/SP Arah Selatan | → 3 Laluan Ampang menghala ke AG18 Ampang (PWTC) → 4 Laluan Sri Petaling menghala ke SP31 Putra Heights (PWTC) | |
AG/SP Arah Utara | ← 3 Laluan Ampang menghala ke AG1 Sentul Timur (Sentul) ← 4 Laluan Sri Petaling menghala ke SP1 Sentul Timur (Sentul) | |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | ||
L1 | Aras Legar LRT | Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, laluan pejalan kaki berbayar ke ruang legar berbayar Monorel |
L1 Platform Monorel |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di kedua-dua belah | |
MR Arah Selatan | → 8 KL Monorail menghala ke MR1 KL Sentral (Chow Kit) | |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di kedua-dua belah | ||
M | Aras Legar Monorel | Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, laluan pejalan kaki berbayar ke ruang legar berbayar LRT |
G | Aras Tanah | Pintu masuk/keluar, Hab Bas Pekeliling, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
Stesen ini terdiri daripada dua stesen berbeza yang disambungkan oleh laluan pejalan kaki: stesen LRT Titiwangsa dan stesen Monorel Titiwangsa. Stesen LRT Titiwangsa adalah stesen bertingkat di sepanjang Sungai Gombak. Stesen Monorel Titiwangsa pula adalah stesen bertingkat di atas Jalan Tun Perak. Kedua-dua stesen mempunyai tiga tingkat: aras platform, aras legar dan aras tanah. Sebuah laluan pejalan kaki disediakan menghubungkan kesemua platform di stesen Titiwangsa. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif di kedua-dua stesen.
Stesen LRT Hang Tuah mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar LRT untuk perkhidmatan Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling manakala stesen Monorel Hang Tuaah mempunyai dua platform sisi di atas Jalan Tun Perak untuk perkhidmatan KL Monorail.
Perkhidmatan Bas
suntingBas Rapid KL laluan 254, 302, 402 dan laluan percuma GOKL iaitu Merah, Biru, Jingga berkhidmat di hub Titiwangsa, juga dikenali sebagai hentian bas utama Terminal Pekeliling yang berlokasi sebelah utara Sungai Gombak. Terdapat perkhidmatan bas antara bandar dari sini ke bandar utama di Pahang Barat termasuk Genting Highlands, Bentong, Raub, Kuala Lipis, Cameron Highlands, Jerantut, Temerloh dan Triang.
Rujukan
sunting- ^ "Monorail operations to start on National Day". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). 24 Jul 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Jan 2020. Dicapai pada 5 Jan 2020.
- ^ "SSP MRT line 41% done: MRT Corp". theSundaily (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2019. Dicapai pada 5 Jan 2020.