HTMS Pattani
HTMS Pattani[nb 1] adalah salah sebuah daripada dua buah kapal peronda luar pantai kelas-Pattani yang kini telah ditauliahkan ke dalam Tentera Laut Diraja Thailand.
HTMS Narathiwat (512) semasa Latihan Milan 2018
| |
Sejarah | |
---|---|
Thailand | |
Nama: | HTMS Pattani |
Bersempena dengan: | Wilayah Pattani |
Pengguna: | Tentera Laut Diraja Thailand |
Pembina: | China State Shipbuilding Corporation, Shanghai |
Ditauliah: | 2005 |
Pengenalan: | Nombor IMO: 9291808 |
Status: | Aktif |
Ciri-ciri umum | |
Kelas dan jenis: | Kapal peronda luar pantai kelas-Pattani |
Sesaran: | 1,440 long ton (1,460 t) muatan penuh |
Panjang: | 95.5 m (313 ka 4 in) |
Lunas: | 11.6 m (38 ka 1 in) |
Draft: | 3.0 m (9 ka 10 in) |
Jana kuasa: | 2 × enjin diesel Ruston16RK270, yang memacu dua aci dengan bebaling pitch boleh kawal |
Halaju: | 25 knot (46 km/j; 29 mph) |
Jarak: | 3,500 nmi (6,500 km; 4,000 bt) pada 15 kn (28 km/j; 17 mph) |
Anak kapal: | 84 |
Sistem penderia dan pemprosesan: |
|
Persenjataan: |
|
Di bawah satu penjanjian pada bulan Mei 2002, the China State Shipbuilding Corporation akan membina Pattani dan HTMS Naratiwat di Hudong-Zhonghua Shipyard di Shanghai.[1] Pattani telah dilancarkan pada tahun 2004 dan diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Thailand pada 16 Disember 2005.[1]
Pada 10 September 2010, Pattani dan kapal sokongan HTMS Similan telah berlepas daripada Pangkalan Tentera Laut Sattahip bersama dengan "351 kelasi dan 20 trup peperangan khas" untuk menyertai usaha-usaha menghapuskan pelanunan di Teluk Aden.[2] "Misi ini menandakan buat pertama kalinya Thailand telah menghantar tentera ke luar negara untuk melindungi kepentingannya."[2] Sebagai sebahagian daripada Pasukan Tugas Gabungan 151 pelbagai negara 151, Pattani dan terutamanya Similan "mengganggu aktiviti pelanunan" dalam dua kejadian berasingan pada 23 Oktober 2010.[3] Pada 20 Januari 2011, kedua-dua kapal telah kembali ke Thailand selepas menyelesaikan misi selama 137 hari.[4]
Pada 9 Mac 2014, Pattani telah diaturgerak bersama dengan AgustaWestland Super Lynx 300 dalam operasi mencari dan menyelamat Malaysia Airlines Flight 370.
Nota
sunting- ^ His Thai Majesty's Ship; see Ship prefix.
Rujukan
sunting- ^ a b Prasun K. Sengupta (18 January 2006). "Thailand Acquires Chinese OPVs & APCs". indiadefence.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 August 2011. Dicapai pada 7 December 2011.
- ^ a b "Hunt begins for Somali pirates". Bangkok Post. 11 September 2010.
- ^ "Royal Thai Navy Disrupts Piracy". Combined Maritime Forces site. 29 October 2010. Dicapai pada 6 December 2011.
- ^ "Back From Pirate Hunting". Bangkok Post. 20 January 2011.