Kh-59
Kh-59 Ovod, nama pengenalan NATO AS-13 Kingbolt adalah peluru berpandu kruis taktikal Rusia yang dikeluarkan oleh syarikat Raduga, pertama kali dipamerkan pada November 1991 di Pameran Pertahanan Dubai.
Kh-59ME Ovod-ME | |
---|---|
Panjang | 5.7 m |
Diameter | 0.38 m |
Rentang sayap | 1.26 m |
Berat peluru berpandu | 930 kg |
Berat kepala peledak | 315 kg |
Enjin | Penggalak bahan dorong pepejal, penahan kipas turbo |
Kelajuan | 285 meter sesaat (Mac 0.86) |
Ketinggian penerbangan | 50 - 1,100 m (dari permukaan) atau 7 m (dari aras laut) |
Jarak | 120 km (65 batu nautika) |
Panduan | Kawalan TV |
Fius | Hentaman |
Platfom pelancaran | Su-24M, Su-27, Su-30, Su-34, Su-35, MiG-29 |
Peluru berpandu ini digerakkan oleh enjin yang menggunakan bahan api serbuk, dan mengabungkan pemecut bahan api serbuk di bahagian ekor. Penstabil lipat diletakkan di bahagian depan peluru berpandu, manakala sayap dan kemudi di bahagian belakang.
Kelainan lain bagi Kh-59ME (nama pengenalan NATO AS-18 Kazoo), mempunyai kepala peledak yang lebih besar dan menggunakan enjin kipas turbo dan bukannya enjin bahan api serbuk, tetapi ia masih mengekalkan alat pemecut bahan api serbuk. Ia juga mempunyai 2 sistem panduan. Sebaik dilancarkan, peluru berpandu ini akan menggunakan sistem panduan inersia untuk memandunya ke kawasan sasaran dan kemudiannya juruterbang akan menggunakan sistem TV untuk menghala peluru berpandu ini menuju ke sasaran.