Hari Pembebasan Kebangsaan Korea
Hari Pembebasan Kebangsaan Korea adalah hari perayaan yang disambut setiap tahun pada 15 Ogos di Korea Utara dan Selatan. Ia memperingati Hari Kemenangan ke atas Jepun, ketika pasukan tentera A.S. dan Soviet mengakhiri penjajahan Jepun selama hampir 3 dekad di Korea. Ia terkenal sebagai satu-satunya cuti umum di semenanjung Korea yang disambut oleh Korea Utara dan Korea Selatan.[1]
Gwangbokjeol(광복절) | |
---|---|
Official name | Gwangbokjeol (Korea Selatan) Jogukhaebangŭi nal (Korea Utara) |
Also called | Liberation Day of Korea |
Observed by | Orang Korea (seperti di Korea Utara, Korea Selatan) |
Type | Kebangsaan, umum |
Significance | Menyambut Hari Kemenangan ke atas Jepun, dimana Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet membebaskan Korea dari cengkaman Empayar Jepun dan pemerintahannya di Korea dari 1910 hingga 1945. |
Date | Ogos 15 |
Hari Pembebasan Korea | |
---|---|
Hangul | 광복절 |
Hanja | 光復節 |
Perumian Semakan | Gwangbokjeol |
McCune–Reischauer | Kwangbokchŏl |
Nama di Korea Utara | |
Hangul | 조국해방의 날 |
Hanja | 祖國解放의 날 |
Perumian Semakan | Jogukhaebangui nal |
McCune–Reischauer | Chogukhaebang'ŭi nal |
Etimologi
suntingDi Korea Selatan ia dikenali sebagai Gwangbokjeol (secara harfiah, "hari cahaya itu kembali"), dan merupakan salah satu cuti umum di Korea Selatan. Di Korea Utara ia dikenali sebagai Chogukhaebangŭi nal (조국 해방 의 날 secara harfiah: Hari Pembebasan Tanah Air), dan juga salah satu cuti umum di Korea Utara. Hari Gwangbokjeol merupakan hari penting bagi identiti Bangsa Korea.[2]
Sejarah
suntingSelepas Semenanjung Korea dibebaskan oleh pihak Bersekutu pada tahun 1945, kerajaan Korea yang bebas diwujudkan tiga tahun kemudian, pada 15 Ogos 1948, ketika tokoh pro-Amerika Syngman Rhee dipilih sebagai Presiden pertama Korea Selatan dan pro-Soviet Kim Il-sung menjadi Pemimpin pertama Korea Utara. Gwangbokjeol secara rasmi ditetapkan sebagai cuti umum pada 1 Oktober 1949 di Korea Selatan dan dikenali sebagai Chogukhaebangŭi nal (조국 해방 의 날 secara harfiah "Hari Pembebasan Tanah Air") di Korea Utara.[3]
Budaya pop
suntingThe Peak atau Life of Lee Youk-sa, the Poet Who Embraced Epoch, yang dibintangi oleh Kim Dong-wan dari boyband Shinhwa adalah siaran drama khas dua bahagian dari MBC untuk memperingati peristiwa Gwangbokjeol. Ia adalah mengenai kehidupan penyair dan aktivis kemerdekaan, Lee Youk-sa, yang hidup semasa Zaman Kolonial Jepun, dan meninggal dunia di penjara pada umur 40 tahun. Beliau meninggalkan 40 keping puisi tentang perjuangan Korea.[4]
Rujukan
sunting- ^ Seol Song Ah (7 Disember 2015). "Kim Jong Un's birthday still not a holiday". Daily NK. Dicapai pada 13 Januari 2017.
- ^ Belajar Bagaimana Korea Mencipta Identiti Dari Legenda Sejarah The Patriots Malaysia Dicapai 9 Oktober 2019.
- ^ (Korea) Thinking of reunification through Gwangbokjeol, official blog of the Ministry of Unification
- ^ Ho, Stewart (24 April 2012). "Kim Dong Wan's MBC Drama Receives Award at Houston International Film Festival". enewsWorld. CJ E&M. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-29. Dicapai pada 16 Disember 2012.
Bacaan lanjut
sunting- South Korea Independence Day di Independenceday.com
- South Korea Independence Day di laman Holidays around the World
Pautan luar
sunting- Kategori berkenaan Hari Pembebasan Kebangsaan Korea di Wikimedia Commons
- Karya berkenaan Pengisytiharan Kemerdekaan Korea di Wikisumber
- The Independence Hall of Korea
- Gwangbokjeol Song, video clip made in 1958 di blog rasmi Kementerian Pentadbiran Awam dan Keselamatan (Korea)
- Gwangbokjeol Song di Kementerian Hal Ehwal Patriot dan Veteran (Korea)