Gunung Liang Timur
Gunung Liang Timur merupakan sebuah gunung yang terletak berhampiran Behrang Ulu dan Tanjung Malim, Perak, Malaysia.[1] Gunung ini mempunyai ketinggian setinggi 1,934 meter (6,343 kaki).[2]
Gunung Liang Timur | |
---|---|
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 1,934 m (6,345 ka) |
Geografi | |
Lokasi | Daerah Muallim, Perak |
Induk banjaran | Banjaran Titiwangsa |
Gunung Liang Timur merupakan salah satu dari puncak berkembar dengan Gunung Liang Barat 6342 kaki dari paras laut. Kedua-dua puncak gunung ini terletak berdekatan dan berkongsi kaki gunung.
Jenis hutan
suntingGunung Liang Timur mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.
Rujukan
sunting- ^ "17 anak muda teruskan perjuangan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-07. Dicapai pada 2017-08-07.
- ^ "Khemah digoncang lembaga". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-02-17. Dicapai pada 2017-08-12.