Gunung berapi
Gunung berapi (Jawi: ݢونوڠ براڤي ) ialah bukaan atau rekahan pada permukaan atau kerak Bumi yang melepaskan gas, abu, dan batu cair panas bebas jauh dari dalam bawah permukaan bumi. Kegiatan muka bumi jenis ini membabitkan penyemperitan batu yang cenderung membentuk gunung atau ciri-ciri berbentuk gunung melalui tempoh masa.
Gunung-gunung berapi biasanya terdapat di mana terpisah atau bertembungnya plat-plat tektonik. Rabung tengah laut, seperti Rabung Tengah Atlantik (Mid-Atlantic Ridge) ialah contoh plak tetonik berpisah; Lingkaran Api Pasifik pula mempunyai contoh gunung berapi yang terhasil akibat pertembungan plak tetonik. Sebaliknya, gunung berapi biasanya tidak terhasil di mana dua plak tetonik bergesel sesama sendiri. Gunung berapi juga boleh terbentuk di kawasan di mana terdapat renggangan pada kerak Bumi dan di mana kerak Bumi menjadi nipis (dikenali sebagai gunung berapi antaraplat bukan titik panas), seperti di Lembah Rengkahan Afrika (African Rift Valley), Rhine Graben Eropah dengan gunung berapi Eifelnya, lapangan gunung berapi Wells Gray-Clearwater dan Rengkahan Rio Grande di Amerika Utara.
Akhir sekali, gunung berapi boleh dihasilkan melalui pluma mantel (mantle plumes), yang dikenali sebagai titik panas; titik panas ini boleh berlaku jauh dari sempadan plak, seperti kepulauan Hawaii. Menariknya, gunung berapi titik panas juga didapati di tempat lain di sistem suria, terutamanya pada bulan dan planet berbatu.
Ilmu mempelajari gunung berapi dipanggil bidang volkanologi.
Lokasi
suntingCapahan sempadan kepingan Bumi
suntingDi permatang tengah laut, dua keping tektonik mencapah sesama sendiri. Kerak lautan baru terbentuk dari batu cair yang perlahan-lahan menjadi sejuk dan mengeras. Di tempat ini, kerak Bumi agak nipis disebabkan tarikan kepingan tektonik. Pembebasan tekanan akibat kerak nipis mendorong kepada pengembangan Adiabatik, dan kerak menjadi separa cair. Pencariran ini menghasilkan gunung berapi dan menghasilkan kerak laut yang baru. Bahagian utama rabung tengah lautan terdapat didasar laut, dan kebanyakan kegiatan gunung berapi adalah dibawah laut. Perasap hitam (Black smoker) adalah contoh biasa kegiatan gunung berapi jenis ini. Di mana rabung tengah lautan muncul di atas permukaan laut, gunung berapi seperti Hekla di Iceland terbentuk. Capahan sempadan kepingan bumi menghasilkan dasar laut baru dan kepulauan gunung berapi.
Pertembungan sempadan kepingan Bumi
suntingZon subduksi, sebagaimana ia dikenali, adalah tempat di mana dua kepingan kerak Bumi, biasanya kepingan kerak lautan dan kepingan benua, bertembung. Dalam kes ini, kepingan lautan mendap, atau tenggelam di bawah kepingan benua membentuk jurang dalam lautan dipinggir pantai. Kerak ini kemudiannya dicairkan oleh haba dari kerak dan membentuk magma. Ini disebabkan kandungan air merendahkan tahap cair. Magma yang terhasil di sini cenderung menjadi amat likat disebabkan kandungan silikanya yang tinggi, dengan itu sering tidak sampai pada permukaan dan mengeras jauh di dalam Bumi. Apabila Sekiranya ia tiba pada permukaan, gunung berapi terhasil. Jenis biasa bagi gunung berapi jenis ini adalah gunung berapi di Lingkaran Api Pasifik, Gunung Etna.
Titik panas
suntingTitik panas tidak terletak pada rabung kepingan tektonik, tetapi pada pluma mantel, di mana perolakan Bumi mantel menghasilkan turus bahan panas yang naik sehingga sampai pada kerak, yang cenderung lebih nipis berbanding kawasan lain di Bumi. Suhu pluma menyebabkan kerak cair dan membentuk paip, yang membebaskan magma. Disebabkan kepingan tektonik bergerak, manakala turus mantel kekal pada tempat yang sama, setiap gunung berapi menjadi tidur selepas beberapa lama dan gunung berapi baru terbentuk setelah kepingan Bumi bergerak di atas titik panas. Kepulauan Hawai dipercayai terbentuk dalam bentuk itu, dan juga Dataran Sungai Ular (Snake River Plain), dengan Kawah Yellowstone merupakan bahagian terkini kepingan Amerika Utara berada atas titik panas.
Ciri-ciri gunung berapi
suntingGunung berapi sering digambarkan umum berupa suatu gunung berbentuk kon yang menghambur lava dan gas beracun dari suatu kawah di puncaknya. ia hanya satu gambaran dari pelbagai jenis gunung berapi yang wujud beraneka dan lebih rumut. Struktur dan perangai gunung berapi bergantung kepada beberapa faktor. Sesetengah gunung berapi mempunyai kemuncak bergerigih dibentuk oleh kubah lava dan bukannya kawah puncak, sementara yang lain menunjukkan ciri-ciri permukaan bumi seperti tanah tinggi rata yang besar. Lohong yang mengeluarkan bahan gunung berapi (lava, iaitu magma yang keluar kepermukaan, dan abu gunung berapi dan gas kebanyakannya wap dan gas magma boleh didapati dimana-mana sahaja di kawasan tersebut. Kebanyakan lohong ini menghasilkan kon lebih kecil seperti Pu'u 'Ō'ō di sisi gunung berapi Kīlauea, Hawai.
Gunung berapi jenis lain termasuk gunung berapi cryo (atau gunung berapi air batu), terutama di bulan bagi Musytari, Zuhal dan Neptun; dan gunung berapi lumpur, yang pembentukannya kebanyakannya tidak berkait dengan kegiatan magma yang diketahui. Kegiatan gunung berapi lumpur biasanya membabitkan suhu yang jauh lebih rendah berbanding gunung berapi igneous, kecuali apabila gunung berapi lumpur sebenarnya merupakan lohong gunung berapi igneous.
Gunung berapi perisai
suntingKepulauan Hawaii dan Iceland merupakan contoh tempat di mana gunung berapi mengeluarkan sejumlah besar lava batu basaltik yang beransur-ansur membina gunung lebar berbentuk perisai. Aliran lavanya biasanya amat panas dan cair, menyumbang kepada aliran jauh. Lava perisai terbesar di dunia, Mauna Loa, tersergam lebih 9,000 m dari aras laut, adalah 120 km diameter dan membentuk sebahagian Pulau Besar Hawai, bersama gunung berapi perisai lain seperti Mauna Kea dan Kīlauea. Olympus Mons adalah gunung berapi perisai terbesar di Marikh, dan gunung tertinggi yang diketahui dalam sistem suria. Versi lebih kecil gunung berapi perisai termasuk kon lava, dan timbunan lava.
Letupan senyap menyebarkan lava basaltik dalam lapisan rata. Mendakan lapisan ini membentuk gunung berapi lebar dangan sisi landai yang dikenali sebagai gunung berapi perisai. Contoh gunung berapi perisai adalah Kepulauan Hawai.
Kon bara (cinder)
suntingGunung berapi kon atau kon bara terhasil dari letupan yang melontar keluar kebanyakannya kepingan kecil scoria dan piroklastik (keduanya menyerupai bara, dengan itu nama gunung berapi jenis ini) yang bertimbun disekeliling lohong. Ia boleh membentuk letupan singkat yang membentuk bukit berbentuk kon setinggi 30 hingga 400 m. Kebanyakan kon bara meletus hanya sekali. Kon bara mungkin membentuk lohong sisi pada gunung berapi lebih besar, atau bersendirian. Parícutin di Mexico dan Kawah Sunset di Arizona adalah contoh kon bara.
Gunung berapi strato (stratovolcano)
suntingGunung berapi strato adalah gunung kon tinggi terdiri daripada aliran lava dan luahan lain dalam lapisan berselang, lapisan yang memberikan namanya. Gunung berapi Strato juga dikenali sebagai gunung berapi sebatian. Contoh klasik termasuk Gunung Fuji di Jepun, Gunung Mayon di FIlipina, dan Gunung Vesuvius dan Stromboli di Itali.
Gunung berapi super/Adigunung berapi (supervolcano)
suntingGunung berapi super atau adigunung berapi dalah istilah popular bagi gunung berapi besar yang biasanya mempunyai kawah yang besar dan mampu menghasilkan kemusnahan besar kadang-kala pada skala benua. Letupan sebegitu mampu menyebabkan penurunan suhu dunia bagi beberapa tahun berikutnya disebabkan jumlah besar belerang dan abu yang dikeluarkan. Ia mungkin gunung berapi jenis paling merbahaya. Contoh termasuk Kawah Yellowstone di Taman Negara Yellowstone, Tasik Taupo di New Zealand dan Tasik Toba di Sumatera, Indonesia. Gunung berapi super sukar dikenal pasti berabad berikutnya, disebabkan kawasan yang luas yang diselitupinya. Daerah batu igneous besar juga dianggap gunung berapi super disebabkan jumlah besar lava basalt yang terhasil.
Gunung berapi bawah laut (submarine)
suntingGunung berapi bawah laut di dasar laut. Sesetengah adalah aktif dan pada laut cetek, menunjukkan kehadirannya dengan melontar wap dan serpihan batu tinggi dari permukaan laut. Kebanyakan yang lain terletak amat dalam sehinggakan tekanan air yang amat berat di atas mereka menghalang letupan pembebasan wap dan gas, sungguhpun ia boleh dikesan melalui hidrofon dan petukaran warna air kerana gas gunung berapi. Letupan bawah laut yang besar sekalipun mungkin tidak mengocak permukaan laut. Disebabkan kesan menyejuk air yang pantas berbanding udara, dan peningkatan daya timbul, gunung berapi bawah laut seringkali membentuk tiang menegak pada lohong gunung berapinya berbanding gunung berapa di daratan. Setelah beberapa lama, ia mungkin timbul pada permukaan laut sebagai pulau yang baru. Lava bantal adalah hasil letupan biasa bagi gunung berapi bawah laut.
Gunung berapi subglasial
suntingGunung berapi subglasial terbentuk di bawah litupan air batu tebal. Ia terdiri dari lava rata mengalir atas lava bantal dan palagonit yang tebal. Apabila tutup air batu cair, lava bahagian atas roboh meninggalkan gunung rata dibahagian atas. Kemudian lava bantal turut roboh, memberikan sudut 37.5 darjah. Gunung berapi ini turut dikenali sebagai gunung meja, tuya atau (kurang biasa) mobergs. Contoh baik bagi gunung berapi jenis ini boleh dilihat di Iceland, bagaimanapun tuya turut terdapat di British Columbia. Asal istilah ini datang dari Tuya Butte, yang merupakan salah satu dari beberapa tuya di kawasan Sungai Tuya dan Banjaran Tuya di utara British Columbia. Tuya Butte merupakan salah satu bentuk mukabumi yang dianalisa dan dengan itu namanya digunakan dalam penulisan geologi bagi pembentukan gunung berapi jenis ini. (Tuya Mountains Provincial Park) baru-baru ini ditubuhkan bagi melindungi muka bumi yang luar biasa ini, yang terletak di utara Tasik Tuya dan selatan Sungai Jennings berhampiran sempadan Jajahan Yukon.
Bahan luahan
suntingKomposisi lava
suntingSatu cara lain mengelaskan gunung berapi adalah melalui komposisi bahan luahan (lava), kerana ia memberi kesan kepada bentuk gunung berapi. Lava boleh dikelaskan kepada 4 komposisi berlainan (Cas & Wright, 1987):
- Sekiranya magma letupan mengandungi peratusan besar (>63%) silica, lava ini dikenali sebagai felsik.
- Lava Felsik (atau rhyolite) cenderung menjadi amat likat (tidak begitu cair) dan meletup sebagai kubah atau aliran putung pendek. Lava likat cenderung membentuk gunung berapi strato atau kubah lava. Puncak Lassen di California merupakan contoh gunung berapi terbentuk oleh lava felsic dan merupakan kubah lava yang besar.
- Disebabkan magma bersilikon amat likat, ia cenderung memerangkap gas mudah meletup yang ada, yang menyebabkan magma meletup dengan dasyat, akhirnya membentuk gunung berapi strato. Aliran piroklastik (ignimbrite) merupakan hasil amat merbahaya dari gunung berapi sebegitu, disebabkan a terdiri dari abu gunung berapi cair yang terlalu berat untuk pergi tinggi keatmosfera, dengan itu ia mengikuti lereng gunung berapi dan bergerak jauh dari lohong asal semasa letupan besar. Suhu setinggi 1,200 °C diketahui berlaku dalam aliran piroklastik, yang akan menghanguskan semua benda yang boleh terbakar dalam laluannya dan lapisan tebal mendakan aliran piroklastik boleh terbentuk, sering kali sehingga ketebalan beberapa meter.
- Disebabkan magma bersilikon amat likat, ia cenderung memerangkap gas mudah meletup yang ada, yang menyebabkan magma meletup dengan dasyat, akhirnya membentuk gunung berapi strato. Aliran piroklastik (ignimbrite) merupakan hasil amat merbahaya dari gunung berapi sebegitu, disebabkan a terdiri dari abu gunung berapi cair yang terlalu berat untuk pergi tinggi keatmosfera, dengan itu ia mengikuti lereng gunung berapi dan bergerak jauh dari lohong asal semasa letupan besar. Suhu setinggi 1,200 °C diketahui berlaku dalam aliran piroklastik, yang akan menghanguskan semua benda yang boleh terbakar dalam laluannya dan lapisan tebal mendakan aliran piroklastik boleh terbentuk, sering kali sehingga ketebalan beberapa meter.
- Lembah Sepuluh Ribu Asap (Valley of Ten Thousand Smokes) di Alaska, terbentuk hasil letupan Novarupta berhampiran Katmai pada 1912, adalah satu contoh aliran piroklastik tebal atau mendakan ignimbrite. Debu gunung berapi yang cukup ringan untuk dihambur tinggi pada atmosfera Bumi mampu bergerak berkilometer sebelum jatuh ke bumi sebagai tuff.
- Sekiranya letupan magma mengandungi 52-63% silika, lava ini dikelaskan sebagai sebatian "serdahana".
- Gunung berapi "Andesite" biasanya hanya wujud di atas zon subduktion (contoh. Gunung Merapi, Jawa Tengah di Indonesia).
- Sekiranya letupan magma mengandungi <52% dan >45% silika, lava ini dikenali sebagai mafik (disebabkan kandungan magnesium (Mg) dan besi (Fe)) atau basalt yang berperatus lebih tinggi. Lava ini biasanya kurang likat berbanding lava rhyolitik, bergantung kepada suhu letupannya; ia juga cenderung lebih panas berbanding lava felsik. Lava Mafic wujud dalam keadaan yang luas:
- Pada rabung tengah lautan, di mana dua kepingan Tektonik lautan mencapah, lava basaltik keluar sebagai lawa bantal untuk menutup regangan;
- Gunung berapi perisai (Contoh. kepulauan Hawaii, termasuk Mauna Loa dan Kilauea), pada kerak lautan dan kerak benua;
- Sebagai basalt banjir benua.
- Sesetengah letupan magma mengandungi <=45% silika dan menghasilkan lava yang dikenali sebagai ultramafik. Aliran ultramafik, juga dikenali sebagai komatite, amat jarang; malah, hanya beberapa letusan pada permukaan Bumi semenjak Proterozoik, apabila suhu aliran planet adalah lebih tinggi. Ia adalah lava terpanas, dan kemungkinannya lebih cair berbanding lava mafik biasa.
Tekstur lava
suntingDua jenis lava dinamakan menurut tekstur permukaan: ʻAʻ (sebutan IPA [ʔaʔa]) dan pāhoehoe (sebutan [paːho͡eːho͡eː]), kedua perkataan berasal dari bahasa Hawai. ʻAʻ bercirikan permukaan kasar, berkedut (clinkery) dan merupakan bentuk kebanyakan lava paling likat dan panas. Bagaimanapun, aliran basaltik atau mafik boleh meletus sebagai aliran ʻaʻ, terutamanya sekiranya kadar letupan adalah tinggi dan lerengnya adalah tajam. Pāhoehoe bercirikan permukaan licin dan bertali atau berkedut dan biasanya terbentuk hasil aliran lava cair. Biasanya hanya aliran mafik akan meletus sebagai pāhoehoe, disebabkan ia sering meletus pada suhu lebih tinggi atau mempunyai kandungan kimia yang membenarkan ia mengalir dengan lebih cair.
Kegiatan gunung
sunting
Gunung berapi adalah suatu proses geologi yang melibatkan pembentukan daratan yang dijana daripada letusan menerusi permukaan planet dipanggil magma, batuan cair yang meleleh keluar dari bahagian dalam (interior) planet. Bentuk-bentuk gunung berapi yang lain termasuklah gunung berapi ais (seperti yang wujud pada bulan-bulan Musytari, Zuhal dan Neptun) dan bentuk gunung berapi lumpur. Di bumi,gunung berapi cenderung untuk wujud di permukaan plat-plat kerak bumi. Pengecualian penting yang wujud dalam tompok-tompok panas gunung berapi, yang wujud pada lokasi-lokasi yang jauh daripada sempadan-sempadan plat; tompok-tompok panas gunung berapi ini juga dijumpai dalam sistem solar, terutamanya pada planet-planet dan bulan-bulan yang berbatu-batu.
Gunung berapi terdapat di seluruh dunia, tetapi lokasi gunung berapi paling dikenali ialah gunung berapi yang berada di sepanjang Lingkaran Api Pasifik. Lingkaran Api Pasifik merupakan sempadan pertembungan antara dua plat tektonik.
Jenis-jenis gunung berapi
suntingGunung berapi terdapat dalam beberapa bentuk sepanjang kitaran hayatnya. Gunung berapi yang aktif mungkin bertukar menjadi separuh aktif, menjadi pendam, sebelum akhirnya menjadi tidak aktif atau mati. Bagaimanapun gunung berapi mampu menjadi pendam selama tempoh 610 tahun sebelum bertukar menjadi aktif semula. Oleh itu, sukar untuk menentukan keadaan sebenar sesuatu gunung berapi itu, samada sesebuah gunung berapi itu berada dalam tempoh pendam atau telah mati.
Apabila gunung berapi meletus, magma yang terkandung di dalam kamar magma di bawah gunung berapi meletus keluar sebagai lahar atau lava. Selain daripada aliran lava, kemusnahan oleh gunung berapi disebabkan melalui pelbagai cara seperti berikut :-
- Aliran lava.
- Letusan gunung berapi.
- Aliran lumpur.
- Abu.
- Kebakaran hutan.
- Gas beracun.
- Gelombang tsunami.
- Gempa bumi.
Hubungan dengan manusia
suntingKepercayaan
suntingMasyarakat Hindu Jawa dan Bali anggap Gunung Bromo sebagai jelmaan dewa Brahma, ziarah mendaki puncaknya dilakukan semasa perayaan Kasada setiap tanggal 14 haribulan 12 dalam penanggalan Jawa.[1]
Masyarakat-masyarakat serumpun Polinesia yang menduduki Lingkaran Api Pasifik banyak menggeruni gunung berapi yang dikatakan bersemangat tersendiri. Orang Māori percaya gunung-gunung berapi panas kerana dewa Rūaumoko yang disusukan Papatūānuku dibenamkan sekali ke dalam tanah tetapi diberikan api untuk memanaskan diri.[2][3] Orang Hawaii pula percaya bahawa lahar gunung berapi dikawal dewi Pele yang duduk di Kīlauea,[4] malah ada banyak persembahan tarian hula yang dilakukan untuk memuja dewi ini.[5]
Gunung Etna di pulau Sicilia dipercayai masyarakat Rom Purba sebagai tempat Vulcanus si dewa api bertukang senjata dan barangan untuk dewa-dewi dan manusia pahlawan terpilih.[6]
Lihat juga
suntingSenarai
sunting- Senarai gunung berapi
- Senarai kematian terkenal akibat letusan gunung berapi
- Indeks letupan gunung berapi (termasuk senarai letusan besar)
- Senarai bencana semulajadi pembawa maut
Jenis
sunting- Supervolkano
- Volkano prasejarah
- Asap hitam (lubang lautan dalam)
Kedudukan khusus
suntingFenomena berkait gunung berapi
suntingPerkara-perkara umum
suntingTokoh-tokoh
sunting- Haroun Tazieff (ahli kaji gunung berapi terkenal)
Rujukan
sunting- ^ "Kasada Dirayakan secara Meriah". KOMPAS. 14 Ogo 2014. Dicapai pada 9 Jul 2017. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ Te Papa. "Ruaumoko - God of Earthquakes". Wellington, New Zealand: Earthquake Commission. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 May 2012. Dicapai pada 8 May 2012.
- ^ McSaveney, Eileen (2 March 2009). "Historic earthquakes - Earthquakes in Māori tradition". Te Ara: The Encyclopedia of New Zealand. Wellington, New Zealand: Manatū Taonga | Ministry for Culture and Heritage. Dicapai pada 3 May 2012.
- ^ Martha Warren Beckwith, Hawaiian Mythology (Honolulu: University of Hawaiʻi Press, 1970).
- ^ "Ancient Hula Types Database," Hula Preservation Society. Retrieved on 6 April 2018. http://www.hulapreservation.org/hulatype.asp?ID=18 Diarkibkan 2021-04-11 di Wayback Machine
- ^ Thomaidis, Konstantinos; Troll, Valentin R.; Deegan, Frances M.; Freda, Carmela; Corsaro, Rosa A.; Behncke, Boris; Rafailidis, Savvas (2021). "A message from the 'underground forge of the gods': history and current eruptions at Mt Etna". Geology Today (dalam bahasa Inggeris). 37 (4): 141–149. doi:10.1111/gto.12362. ISSN 1365-2451. S2CID 238802288 Check
|s2cid=
value (bantuan).
Pautan luar
sunting- (Melayu) Lebih lanjut mengenai gunung berapi. Diarkibkan 2013-05-13 di Wayback Machine
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Gunung berapi. |
- (Inggeris) Smithsonian Institution - Program Gunung berapi Sedunia
- (Inggeris) Istilah Geologi dan Gunung berapi dari Volcano World
- (Inggeris) Maklumat Gunung berapi dari Deep Ocean Exploration Institute, Woods Hole Oceanographic Institution
- (Inggeris) Glossary mengenai IStilah Gunung berapi dari USGS
- (Inggeris) How Volcanoes Work oleh Tom Harris
- (Inggeris) How Volcanoes Work - Educational resource on the science and processes behind volcanoes, intended for university students of geology, volcanology and teachers of earth science.
- (Inggeris) Volcano Live - John Seach
- (Inggeris) Volcanic Materials Identification Diarkibkan 2005-12-16 di Wayback Machine
- (Inggeris) Erupting Volcano - Pyroclastic Flow Diarkibkan 2012-03-23 di Wayback Machine - Video
- (Inggeris) Natural Disasters - Volcano Great research site for kids.
- (Inggeris) Google Video: Erupting Volcano
- (Inggeris) Google Maps Plot of World Volcanoes
- (Inggeris) University of Washington Libraries: Digital Collections:
- (Inggeris) Mount St. Helens Post-Eruption Chemistry Database This collection contains photographs of Mount St. Helens, post-eruption, taken over the span of three years to provide a look at both the human and the scientific sides of studying the eruption of a volcano.
- (Inggeris) Mount St. Helens Succession Collection This collection consists of 235 photographs in a study of plant habitats following the May 18, 1980 eruption of Mount St. Helens.
- (Inggeris) Volcanic Features of Hawaii and Other Worlds