Gliserol kinase
Gliserol kinase (nama alternatif termasuk ATP:gliserol 3-fosfotransferase atau gliserokinase) yang dikodkan oleh gen GK ialah satu enzim fosfotransferase yang terlibat dalam sintesis trigliserida dan gliserofosfolipid.
Gliserol kinase | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pengenal pasti | |||||||||
Nombor EC | 2.7.1.30 | ||||||||
Pangkalan data | |||||||||
IntEnz | Lihat IntEnz | ||||||||
BRENDA | Entri BRENDA | ||||||||
ExPASy | Lihat NiceZyme | ||||||||
KEGG | Entri KEGG | ||||||||
MetaCyc | Laluan metabolik | ||||||||
PRIAM | Profil | ||||||||
Struktur PDB | RCSB PDB PDBj PDBe PDBsum | ||||||||
|
Gliserol kinase | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Pengenal pasti | |||||||
Simbol | GK | ||||||
Gen NCBI | 2710 | ||||||
HGNC | 4289 | ||||||
OMIM | 300474 | ||||||
RefSeq | NM_000167 | ||||||
UniProt | P32189 | ||||||
Other data | |||||||
Nombor EC | 2.7.1.30 | ||||||
Lokus | Kromosom X p21.3 | ||||||
|
Gliserol kinase memangkinkan pemindahan fosfat daripada ATP kepada gliserol lalu membentuk gliserol 3-fosfat:
- ATP + gliserol <=> ADP + sn-gliserol 3-fosfat
Adiposit tidak ada gliserol kinase, menyebabkan ia tidak dapat memetabolismekan gliserol yang dihasilkan semasa penguraian triasilgliserol. Gliserol ini sebaliknya dialihkan ke hati melalui darah di mana ia:
- Difosforilkan oleh gliserol kinase menjadi gliserol 3-fosfat.
- Ditukar daripada gliserol 3-fosfat menjadi dihidroksiaseton fosfat (DHAP) melalui gliserol-3-fosfat dehidrogenase. DHAP boleh mengambil bahagian dalam glikolisis atau glukoneogenesis.
Kawal atur enzim
suntingProtein ini mungkin menggunaan model morfein dalam kawal atur alosterik.[1]
Struktur
suntingGliserol kinase menggunakan lipatan seperti ribonuklease H yang terdiri daripada sandwic dwilapisan alfa-beta keluarga CATH 3.30.420.40. Setakat 2010, terdapat 20 struktur protein ini dalam PDB, dengan kebanyakannya adalah homodimer.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Selwood T, Jaffe EK (March 2012). "Dynamic dissociating homo-oligomers and the control of protein function". Archives of Biochemistry and Biophysics. 519 (2): 131–43. doi:10.1016/j.abb.2011.11.020. PMC 3298769. PMID 22182754.
Pautan luar
sunting- Glycerol+Kinase dalam Tajuk Subjek Perubatan (MeSH) di Perpustakaan Perubatan Negara AS