Jenis pembunyiannya adalah bersuara mengah, atau berdesir, iaitu tali vokal bergetar dengan longgar, dengan lebih banyak udara keluar berbanding bunyi bersuara modus.
Dalam sesetengah bahasa, cara artikulasinya adalah geseran yang disempitkan. Walaupun begitu, selalunya ia merupakan keadaan peralihan glotis tanpa cara artikulasi selain jenis pembunyiannya. Ramai ahli fonetik tidak menerimanya sebagai geseran kerana tiadanya penyempitan lain bagi menggeserkan rongga vokal. Konsonan geseran sebenar boleh berbunyi desir-desir di samping menghasilkan geseran di tempat lain. Apapun, istilah "geseran" dikekalkan atas sebab-sebab kebiasaan.
Daerah artikulasinya dianggap sebagai glotis, tetapi mungkin tiada penyebutan geseran, maka istilah "glotis" ini bemaksud sebutan pada lipatan vokal, tetapi ini sebenarnya sifat pembunyiannya, bukannya artikulasi yang berlainan. Semua konsonan kecuali glotis, dan semua vokal, ada daerah artikulasit sendiri di samping keadaan glotis. Seperti konsonan-konsonan yang lain, sebutan [ɦ] dipengaruhi oleh vokal-vokal sebelum dan selepasnya, dan [ɦ] adakalanya disampaikan sebagai vokal bersuara mengah yang sedaerah artikulasi dengan vokal-vokal di sebelum dan selepasnya.
Ini ialah sejenis konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
Disebabkan tidak disebut dengan lidah, maka tiada ertinya menentukan sama ada konsonan ini adalah konsonan tengah atau sisian.