Gerhana bulan
Gerhana bulan terwujud ketika bulan melalui sebagian daripada bayang-bayang bumi. Terjadinya gerhana bulan ini hanya bisa berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir terjajar. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya. Gerhana bulan terkini ialah pada 8 November 2022.[1]
Gerhana 2007
suntingPada 3 hingga 4 Mac 2007. Suatu gerhana bulan telah berlaku yang dikategorikan pada L=3 hingga L=4 pada skala Danjon. Gerhana ini boleh dilihat secara penuh dari keseluruhan Eropah dan Afrika dan paling kurang sebahagiannya boleh dilihat di timur Amerika, Asia, Australia Barat dan negara-negara Caribbean seperti Trinidad dan Tobago dan Grenada di mana ia sedikit merah. Bulan telah memasuki bayangan penumbra pada 20:18 UTC 3 Mac, dan bayangan umbra pada pukul 21:30 UTC. Jumlah fasa berakhir di antara pukul 22:44 UTC dan 23:58 UTC. Bulan meninggalkan bayangan shadow pada 01:11 UTC dan meninggalkan penuh penumbra pada pukul 02:24 UTC 4 Mac.
Peristiwa gerhana bulan era moden yang telah terjadi dan akan datang
sunting- Gerhana bulan Mac 2007 ― Merupakan peristiwa gerhana bulan penuh pertama terjadi pada tahun 2007 yakni pada tanggal 3 Mac 2007, kelihatan separa di benua Amerika, Asia dan Australia. Gerhana penuh kelihatan di Afrika dan Eropah. Peristiwa tersebut berlaku selama 01 jam:15m, bermula jam 20:16 UTC, dan klimaks pada jam 22:43 UTC.[2]
- Gerhana bulan Ogos 2007 ― Tanggal 28 Ogos 2007, gerhana bulan penuh kedua pada tahun 2007. Bermula pada pukul 07:52 UTC, dan klimaks pada pukul 09:52 UTC. Gerhana ini boleh dilihat dari Asia Timur, Australia dan New Zealand menghadap Lautan Pasifik, dan Amerika.[3]
- Gerhana bulan Februari 2008 ― Satu-satunya gerhana bulan penuh berlaku pada tahun 2008, berlaku pada 21 Februari 2008, bermula jam 01:43 UTC, kelihatan jelas di Eropah, Amerika, dan Afrika.[4]
- Gerhana bulan Disember 2009 - Gerhana bulan separa berlaku pada 31 Disember 2009.
- Gerhana bulan Jun 2010 - Gerhana bulan separa berlaku pada 26 Jun 2010.
- Gerhana bulan Disember 2010 - Gerhana bulan penuh berlaku pada 21 Disember 2010.
- Gerhana bulan Jun 2011 - Gerhana bulan penuh dijangka berlaku pada 15 Jun 2011.
- Gerhana bulan Disember 2011 - Gerhana bulan penuh dijangka akan berlaku pada 10 Disember 2011 bermula jam 7.31 malam.
Lihat juga
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Gerhana bulan |
Rujukan
sunting- ^ Greg. "Total Lunar Eclipse of December 21, 2010". Outer Space Universe. Dicapai pada 20 Disember 2010.
- ^ "Total Lunar Eclipse: March 3, 2007". NASA Eclipse Page. NASA. 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-11. Dicapai pada 2008-02-20.
- ^ "Total Lunar Eclipse: August 28, 2007". NASA Eclipse Page. NASA. 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-21. Dicapai pada 2008-02-20.
- ^ "Total Lunar Eclipse: February 20, 2008". NASA Eclipse Page. NASA. 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-18. Dicapai pada 2008-02-20.