Geoffrey Bryson Fisken(1916-2011) adalah seorang juruterbang pesawat pejuang kelahiran New Zealand yang menjadi jaguh udara (ace) terulung Komanwel dalam kawasan medan Pasifik semasa Perang Dunia II.

Geoffrey Bryson Fisken

Fisken yang dilahirkan di Gisborne adalah anak seorang petani. Setelah dewasa, dia mengikut jejak ayahnya dan menjadi petani dengan menternak bebiri di Masterton. Dia belajar terbang sendirian dengan sebuah pesawat Gypsy Moth.

Setelah Perang Dunia II meletus, Fisken cuba secara sukarela menyertai Tentera Udara Diraja New Zealand (RNZAF) tetapi tidak diterima kerana di new Zealand, pertanian dikelaskan sebagai profesion penting. Hanya dalam tahun 1940 barulah Fisken dapat menyertai RNZAF. Dia mendapat latihan di Bell Block dan Ohakea, dan berjaya lulus sebagai seorang Sarjan Juruterbang dalam tahun 1941.

Singapura dan Semenanjung Tanah Melayu

sunting

Dalam bulan Februari 1941, Fisken ditukarkan ke Singapura untuk menyertai 205 Skuadron Tentera Udara Diraja (RAF) untuk mengendalikan kapal terbang laut jenis Short Singapore. Apabila dia tiba di Singapura, dia mendapati pesawat-pesawat itu sedang dipindahkan kepada 5 Skuadron RNZAF. Fisken kemudian dihantar untuk membuat kursus peralihan menjadi juruterbang pesawat pejuang menggunakan pesawat CAC Wirraway dan Brewster Buffalo milik Tentera Udara Diraja Australia (RAAF). Selepas menamatkan kursus peralihan, Fisken dihantar bertugas dengan 67 Skuadron RAF yang sedang ditubuhkan di Kallang bersama-sama dengan 243 Skuadron RAF.

Walaupun pesawat Buffalo yang melengkapkan 67 Skuadron menunjukkan kejayaan dalam kendalian oleh juruterbang Ilmavoimat di Finland, pesawat Buffalo ini menghadapi banyak masalah kendalian. Dalam perkhidmatan RAF, pesawat ini dikira tidak sesuai untuk kegunaan di medan Eropah di mana ia tidak setanding pesawat Jerman seperti Messerschmitt Bf.109 dan dengan sebab itu dihantarkan untuk perkhidmatan di Timur Jauh di mana pesawat jenis ini dijangkakan dapat menandingi pesawat kegunaan Jepun.

Dalam bulan Oktober 1941, 67 Skuadron berpindah ke medan operasi Burma tetapi Fisken tidak berpindah kerana ditukarkan ke 243 Skuadron di Kallang. Apabila Jepun membuat pendaratan Jepun di Kota Bharu pada 8 Disember 1941, 243 Skuadron ditugaskan memberikan perlindungan udara kepada HMS Prince of Wales dan HMS Repulse. Tetapi apabila Jepun melancarkan serangan udara ke atas Singapura, tugas 243 Skuadron dialihkan untuk memberikan perlindungan udara kepada Singapura.

Pada 12 Januari 1942 Fisken membuat tuntutan kemenangannya yang pertama ke atas sebuah pesawat Nakajima Ki-27. Dua hari kemudian, Fisken membuat tuntutan ke atas kemusnahan sebuah pesawat Mitsubishi Zero walaupun dia sendiri bernasib baik kerana dapat mendaratkan pesawatnya selepas terkena serpihan pesawat yang ditembaknya. Pada 17 Januari 1942 Fisken menembak jatuh 3 buah pesawat pengebom Mitsubishi G3M Nell. Empat hari kemudian, Fisken menembak jatuh sebuah pesawat pejuang lagi.

Pada ketika ini, 243 Skuadron sudah kehilangan kebanyakan daripada pesawatnya dan digabungkan dengan skuadron 453 RAAF. Skuadron ini meneruskan perjuangan bersama-sama 488 Skuadron RNZAF. Pada 1 Februari 1942, Fisken diserang hendap oleh dua buah pesawat pejuang Jepun tetapi Fisken berjaya menembak jatuh salah satu daripadanya. Tetapi Fisken sendiri mendapat cedera terkena peluru meriam di bahagian lengan dan kaki. Fisken dipindahkan ke New Zealand untuk rawatan pemulihan sebelum Kejatuhan Singapura.

Lewat bukan Mac 1942, RNZAF mengumpulkan juruterbang yang terselamat dari 243 Skuadron dan 488 Skuadron untuk menubuhkan 14 Skuadron RNZAF. Pada masa ini, Fisken menerima tauliah sebagai pegawai berpangkat Pilot Officer (bersamaan Leftenan) dan menyertai 14 Skuadron dalam bulan April 1943. Skuadron itu ditugaskan menyokong operasi di Espiritu Santo dan kemudiannya pada 11 Jun 1942 ke Guadalcanal. Keesokan harinya Fisken berjaya menembak jatuh dua buah pesawat Zero. Pada 4 Julai 1942, semasa menggunakan pesawatnya P-40 yang dinamakan "Wairarapa Wildcat", Fisken berjaya menembak jatuh dua buah pesawat Zero dan sebuah Mitsubishi G4M.

Pada bulan Disember 1943, Fisken diberikan pelepasan ilat kerana kesakitan yang ditanggung akibat kecederaan yang dialami di Singapura. Fisken kembali ke New Zealand untuk bertani. Dalam tahun 2005, Fisken dan pesawat "Wairarapa Wildcat" disatukan semasa pertunjukan udara Masterton.

Dia meninggal pada 12 Jun 2011.

Pautan Luar

sunting