Gempa bumi Turki–Syria 2023

Pada 6 Februari 2023, sebuah gempa bumi besar melanda bahagian tengah dan selatan Turki dan utara Syria. Ia merupakan antara gempa bumi terkuat yang pernah dicatatkan dalam sejarah Turki dan Syria. Gempa bumi berlaku 34 km (21 bt) di barat dari bandar Gaziantep pada 04:17 waktu Turki (01:17 UTC, 09:17 waktu Malaysia),[5] menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan ramai mangsa terkorban di Turki Tenggara dan Syria Barat Laut. Dengan keamatan Mercalli maksimum XI (Melampau) dan magnitud tidak kurang daripada Mww 7.8, kejadian ini menyamai Gempa bumi Erzincan 1939 sebagai gempa bumi terkuat yang pernah tercatat secara radas yang pernah melanda Turki pada zaman moden, mungkin hanya di belakang gempa bumi Anatolia Utara 1668.[6][7] Ia juga merupakan gempa bumi yang menyebabkan kematian terbanyak di Turki semenjak gempa bumi İzmit 1999.[8]

Gempa bumi Turki–Syria 2023
Mengikut arah jam dari kiri atas: Sebuah kampung di Syria, Adıyaman, Istana Gaziantep, Diyarbakır, Hatay, Hatay
Gempa bumi Turki–Syria 2023 yang terletak di Turki
Gempa bumi Turki–Syria 2023
MagnitudMww 7.8 (USGS)[1]
Mw 7.7 (KOERI)[2]
Kedalaman17.9 km (11 bt)
KoordinatPertama:
Şehitkamil, Gaziantep
37°09′58″N 37°01′55″E / 37.166°N 37.032°E / 37.166; 37.032Koordinat: 37°09′58″N 37°01′55″E / 37.166°N 37.032°E / 37.166; 37.032
Kedua:
Ekinözü, Kahramanmaraş
38°04′54″N 37°10′38″E / 38.0818°N 37.1773°E / 38.0818; 37.1773
LerengSesaran Anatolia Timur[3]
JenisJurus-gelincir
Kawasan terjejasTurki dan Syria
Jumlah kerosakan$84.1 bilion USD (anggaran)
Keamatan maksimumXI (Melampau)
Pecutan tanah kemuncak1.62 g
Tsunami0.17 m (6.7 in)
Gegaran susulan2,109 (setakat 12 Februari)
200+ dengan Mw   4.0 ke atas
Terbesar: Mw  7.7 pada 13:24 waktu Turki (UTC+3), 6 Februari 2023
Korban> 53,560 maut, lebih 122,500+ cedera
  • > 45,080 maut, 108,000+ cedera di Turki
  • > 8,470 maut, 14,500 cedera di Syria
Petikan[4]

Gempa bumi ini diikuti oleh banyak gegaran susulan, termasuk gegaran kuat luar biasa dengan Mww 7.5 yang terjadi selepas gempa utama. Setakat 1 Mac 2023, telah disahkan lebih 53,500 kematian: lebih 43,500 di Turki dan 8,400 di Syria.[9][10] Usaha menyelamat terjejas akibat ribut salji lebat yang melitupi runtuhan serta menyebabkan suhu jatuh mendadak.[11] Disebabkan suhu membeku di kawasan terbabit, sesiapa yang terselamat amat terdedah kepada hipotermia, lebih-lebih lagi yang tersepit dalam runtuhan.[12][13] Kemusnahan harta akibat gempa dianggarkan sebanyak AS$84.1 bilion,[14] menjadikannya kerugian gempa bumi keempat paling besar dalam catatan sejarah. Inilah bencana alam yang meragut paling banyak nyawa dalam sejarah Turki moden.[15]

Huraian tektonik

sunting

Geologi

sunting
 
Peta Plat Anatolia dengan Sesaran Anatolia Timur.

Lokasi awal gempa menempatkannya di sekitar simpang tiga plat iaitu Anatolia, Arab dan Afrika. Mekanisme dan lokasi gempa konsisten dengan gempa yang terjadi di kawasan Sesar Anatolia Timur atau Sesar Jelmaan Laut Mati. Sesar Anatolia Timur menyebabkan gerakan Turki ke arah barat (Laut Aegea), sedangkan Transformasi Laut Mati membawa gerakan Semenanjung Arab ke arah utara relatif terhadap plat Afrika dan Eurasia.[1]

Seismos

sunting

Wilayah tempat terjadinya gempa 6 Februari secara relatif tenang secara seismologi. Hanya tiga gempa berkekuatan 6 atau lebih besar yang terjadi dalam jarak 250 km dari gempa 6 Februari sejak 1970. Yang terbesar, dengan kekuatan 6.7, terjadi di timur laut gempa 6 Februari pada 24 Januari 2020. Semua gempa ini terjadi sepanjang atau di sekitar sesar Anatolia Timur. Meskipun ketenangan seismos relatif dari daerah pusat pada 6 Februari, Turki selatan dan Syria utara telah mengalami gempa bumi yang signifikan dan ketara pada masa lalu. Aleppo di Syria pernah hancur beberapa kali dalam catatan sejarah oleh gempa bumi besar, meskipun lokasi tepat dan kekuatan gempa ini hanya dapat diduga semata-mata. Aleppo dilanda gempa berkekuatan 7.1 pada 1138 dan gempa berkekuatan 7.0 pada 1822. Perkiraan korban gempa pada 1822 mencecah 20 hingga 60 ribu orang.[1]

Gempa bumi

sunting

Gegaran induk

sunting
Gegaran induk
Peta gerakan tanah

Gempa bumi melanda pada waktu 01:17 UTC (9.17 pagi waktu Malaysia), diukur oleh pihak USGS, GCMT, dan GEOSCOPE masing-masing pada momen magnitud Mww 7.8, Mw  7.8,[16] dan Mw 8.0.[17] Pusat gempanya terletak di koordinat 37°9′57.6″N 37°1′55.2″E / 37.166000°N 37.032000°E / 37.166000; 37.032000, 34 km (21 bt) di barat bandar Gaziantep di Wilayah Gaziantep berdekatan sempadan Syria. Hipopusat gempa terletak sedalam 17.9 km (11 bt).[1]

Gegaran ini mempunyai mekanisme fokus yang sepadan sesar jurus-gelincir cetek.[1] Pecahan berlaku pada sesaran jurus timur laut–barat daya dan junam timur laut, ataupun sesaran jurus timur laut–barat daya dan junam barat laut.[17]

Ini merupakan antara gempa bumi terkuat pernah dicatat di Turki, menyamai gempa bumi Erzincan 1939,[18] mungkin hanya di belakang gempa bumi Anatolia Utara 1668.[19][20] Secara global, ia merupakan yang terkuat dicatat sejak Ogos 2021.[21]

Gegaran depan dan susulan

sunting

Gegaran depan berukuran mb  4.2 melanda 5 km (3.1 bt) di barat Bahçe, Wilayah Osmaniye pada 3 Februari.[22]

Gegaran susulan Mw 7.7
Peta gerakan tanah

Setakat 20 Februari, telah tercatatnya lebih 6,000 gegaran susulan.[23][24] Gegaran susulan berukuran Mww 6.7 berlaku kira-kira 11 minit selepas gegaran induk.[25] Tercatatnya 25 gegaran susulan Mw  4.0 ke atas dalam enam jam setelah gegaran induk, menurut USGS. Lebih 12 jam kemudian, USGS melaporkan sekurang-kurangnya 54 gegaran susulan dengan magnitud 4.3 ke atas manakala Kepimpinan Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turki (Afet ve Acil Durum Yönetimi Başkanlığı, AFAD) mencatatkan sekurang-kurangnya sejumlah 120 gegaran susulan.[26] Pada 20 Februari, sebuah gegaran susulan Mww  6.3 melanda berdekatan Uzunbağ di Wilayah Hatay pada 20 Februari, terhasil daripada sesar serong-normal.[27]

Terdapat satu gegaran susulan besar sebanyak Mww 7.5 atau Mw 7.7 menurut GEOSCOPE[28] dan GCMT,[16] melanda pada waktu 10:24 UTC dengan pusat gempa 4 km (2.5 bt) di utara timur laut Elbistan di Wilayah Kahramanmaraş. Pecahan berlaku di sepanjang sesaran jurus-gelincir yang menjurus timur–barat menjunam utara, atau menjurus utara–selatan menjunam timur.[28] Malahan, ia disifatkan oleh banyak laporan awal sebagai gempa berasingan daripada gegaran susulan. Ia disusuli oleh dua lagi gegaran mb 6.0.

Seorang ahli sains di Pusat Penyelidikan Seismologi di Australia berkata dijangka gegaran susulan magnitud kecil akan berlarutan selama setahun. Akan tetapi, mungkin terjadinya gegaran susulan yang boleh menyebabkan goncangan kencang dalam berhari-hari hingga berminggu-minggu selepas gegaran induk.[29]

Gegaran susulan Mw 5.0 ke atas
Tarikh Waktu (UTC) M MMI Kedalaman Ruj.
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali6 Februari 01:26 5.6 VII 17.0 km (10.6 bt) [30]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali6 Februari 01:28 6.7 VIII 14.5 km (9.0 bt) [31]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali6 Februari 01:36 5.6 VII 10.0 km (6.2 bt) [32]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali6 Februari 01:58 5.1 10.0 km (6.2 bt) [33]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali6 Februari 02:03 5.5 VII 10.0 km (6.2 bt) [34]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali6 Februari 02:23 5.2 IV 11.4 km (7.1 bt) [35]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali6 Februari 04:18 5.0 VI 14.5 km (9.0 bt) [36]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali6 Februari 10:24 7.7 X[37] 10.0 km (6.2 bt) [16]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali6 Februari 10:26 6.0 VII 20.1 km (12.5 bt) [38]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali6 Februari 10:35 5.8 VII 10.0 km (6.2 bt) [39]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali6 Februari 10:51 5.7 VII 10.0 km (6.2 bt) [40]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali6 Februari 11:01 5.0 VI 10.0 km (6.2 bt) [41]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali6 Februari 11:05 5.2 IV 10.0 km (6.2 bt) [42]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali6 Februari 12:02 6.0 VII 10.0 km (6.2 bt) [43]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali6 Februari 13:07 5.0 VII 17.1 km (10.6 bt) [44]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali6 Februari 13:39 5.1 VII 10.0 km (6.2 bt) [45]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali6 Februari 13:44 5.0 VI 10.0 km (6.2 bt) [46]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali6 Februari 15:14 5.3 V 10.0 km (6.2 bt) [47]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali6 Februari 15:33 5.2 8.8 km (5.5 bt) [48]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali6 Februari 16:43 5.0 VI 10.0 km (6.2 bt) [49]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali6 Februari 18:04 5.3 VI 10.0 km (6.2 bt) [50]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali6 Februari 20:38 5.3 III 10.0 km (6.2 bt) [51]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali6 Februari 20:44 5.0 10.0 km (6.2 bt) [52]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali6 Februari 21:58 5.1 II 10.0 km (6.2 bt) [53]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali7 Februari 03:13 5.5 VII 10.0 km (6.2 bt) [54]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali7 Februari 07:11 5.4 VII 10.0 km (6.2 bt) [55]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali7 Februari 10:18 5.4 VII 10.0 km (6.2 bt) [56]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali7 Februari 15:48 5.0 VII 8.3 km (5.2 bt) [57]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali7 Februari 18:10 5.3 IV 18.1 km (11.2 bt) [58]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali8 Februari 11:11 5.4 VI 7.5 km (4.7 bt) [59]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali8 Februari 14:20 5.1 VI 5.9 km (3.7 bt) [60]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali16 Februari 19:47 5.2 V 10.0 km (6.2 bt) [61]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali18 Februari 22:31 5.0 III 10.1 km (6.3 bt) [62]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali20 Februari 17:04 6.3 IX 16.0 km (9.9 bt) [63]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali20 Februari 17:07 5.5 VI 10 km (6.2 bt) [64]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali25 Februari 10:27 5.3 VII 17.0 km (10.6 bt) [65]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali27 Februari 02:51 5.0 II 10 km (6.2 bt) [66]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali27 Februari 09:04 5.2 VI 10 km (6.2 bt) [67]
Nota
  Magnitud 7.0 ke atas
  Magnitud 6.0–6.9
  Magnitud 5.4–5.9

Seismologi

sunting
Sesaran terbatas Mw  7.8
Agihan gelinciran sepanjang rekahan
Unjuran permukaan sesaran terbatas
Sesaran terbatas Mw  7.7
Agihan gelinciran sepanjang rekahan
Unjuran permukaan sesaran terbatas

Menurut Harold Tobin, pengarah Pacific Northwest Seismic Network dan profesor Universiti Washington, Sesaran Anatolia Timur mempunyai rekod gegaran bumi yang lama dan dikenal pasti sebagai kawasan yang amat terdedah kepada gempa. Tidak pernah tercatat gempa melebihi magnitud 7.0 pada sesaran tersebut semenjak zaman peralatan diperkenalkan. Akan tetapi, pada zaman-zaman sejarah pula pernah berlaku gempa sekuat magnitud 7.4. Menurut Tobin lagi, gempa-gempa 6 Februari "lebih hebat daripada kemungkinan yang paling dijangka", malah biasanya pecahan di sebelah sesaanr akan mencetuskan pecahan di sebelah lagi sesaran. Gempa bumi Ridgequest di California pada tahun 2019 terjadi daripada pecahan sepanjang dua sesaran.[68]

Pecahan gempa magnitud 7.8 ini adalah antara pecahan jurus-gelincir pedalaman terbesar di dunia, setanding dengan gempa bumi San Francisco 1906 yang terpecah di sepanjang Sesar San Andreas. Seorang profesor geofizik di Universiti Sains dan Teknologi Raja Abdullah, Arab Saudi berkata bahawa gempa mungkin berpecah sepanjang 300 km (190 bt) pada sesaran.[21] Dipercayai bahawa gempa telah memecahkan sebahagian Sesar Anatolia Timur dan Sesar Jelmaan Laut Mati.[69] Shinji Toda, seorang ahli seismologi di Universiti Tohoku, menggelar kejadian ini "gempa bumi cetek pedalaman paling dahsyat" pada abad ke-21.[70]

Model sumber yang dihasilkan oleh USGS menunjukkan bahawa gempa Mww 7.8 memecahkan tiga segmen sesaran dengan ukuran panjang × lebar berikut: Segmen 1 > 50 km (31 bt) × 30 km (19 bt); Segmen 2 >175 km (109 bt) × 30 km (19 bt); dan Segmen 3 >140 km (87 bt) × 30 km (19 bt). Pecahan bermula sepanjang Segmen 1—Segmen 1 bercabang dari Segmen 2 menghala ke barat daya. Pecahan tersebar ke timur laut sepanjang Segmen 2 dan ke barat daya sepanjang Segmen 3. Gegaran induk menghasilkan gelinciran maksimum 6.0 m (19.7 ka) sepanjang Segmen 2 di titik pertemuannya dengan Segmen 1.[1]

Pernah terjadinya gempa bumi jurus-gelincir pedalaman yang besar pada zaman lampau. Pada tahun 1905, dua gempa pedalaman Mw 8.0+ melanda Mongolia dan menghasilkan pecahan permukaan berjumlah 676 km (420 bt), bermula dengan gempa Tsetserleg, disusuli 14 hari kemudian dengan gempa Bulnay yang menghasilkan pecahan permukaan sepanjang 388 km (241 bt) menjurus timur–barat.[71] Pada tahun 2002, gempa Mw 7.9 berlaku di Alaska, memecahkan sesaran Denali dan Totschunda dan menghasilkan pecahan permukaan sepanjang 340 km (210 bt) di kedua-dua sasaran.[72] Sebuah gempa Mw  7.5 earthquake memecahkan bahagian Sesaran Motagua di Guatemala sepanjang 250 km (160 bt) ke atas; sesaran ini menandakan sempadan antara plat-plat Amerika Utara dan Caribbean.[73]

Gempa Mw 7.7 yang melanda 9 jam kemudian memecahkan suatu kekasapan (asperity) pada sesaran yang berukuran panjang ~120 km (75 bt) dan lebar ~18 km (11 bt), menghasilkan gelinciran sebanyak 10.9 m (36 ka) menurut USGS.[74] Sesaran yang melakukannya bukan sebahagian daripada Sesaran Anatolia Timur.[69] Ahli sains Ross Stein berkata gempa bumi ini boleh dianggap sebagai "peristiwa bergantung" yang tidak mungkin berlaku seandainya gempa induk tidak terjadi.[75] Pindahan tekanan Coulomb dari gempa pertama mendorong sesaran Sürgü dan Çardak ke arah kerosakan yang memecah pada gempa kedua.[76]

Keamatan maksimum Mercalli Terubah Suai untuk gempa-gempa Mw 7.8 dan 7.7 masing-masing dianggarkan pada takat XI dan X.[37] Tiga pangkalan seismik USGS, dua di Antakya dan satu di Hassa, mencatatkan pecutan dan halaju tanah yang tinggi. Hassa mencatatkan pecutan tanah sebanyak 0.9082 g dan halaju sebanyak 215.34 cm/s (84.78 in/s), bersamaan dengan keamatan Mercalli Terubah Suai XI di takat (Melampau). Pecutan anah kemuncak ialah 1.62 g yang dicatat oleh stesen di Fevzipaşa.[77]

Kesan geologi

sunting

Berlakunya ambelasan tanah besar-besaran di İskenderun, menyebabkan beberapa bahagian bandar ditenggelami laut sejauh 200 m (660 ka) ke pedalaman. Ambelasan ini mungkin berpunca daripada pecahan di sepanjang sesaran kembang yang menyebabkan anjakan tanah secara menegak. Pengarah eCoast Marine Consulting and Research di New Zealand, Jose Borrero berkata bahawa ambelasan sebanyak ini adalah terjangka daripada gempa bumi besar. Kejadian-kejadian ambelasan sedemikian juga pernah berlaku di Gölcük sewaktu gempa bumi İzmit 1999, dan juga di Kaikōura sewaktu gempa bumi New Zealand 2016. Kesan-kesan yang diperhatikan di İskenderun mungkin didatangkan oleh ksan-kesan daripada pencecairan, ombak-ombak besar daripada cuaca buruk dan juga tsunami.[78]

Tercatatnya ombak-ombak tsunami kecil di pesisir pantai Famagusta, Cyprus, berukuran 0.17 m (6.7 in) dan tidak meninggalkan sebarang kerosakan.[79] Ombak tsunami juga dicatatkan pada 0.12 m (4.7 in) di İskenderun dan 0.13 m (5.1 in) di Erdemli.[80]

Amaran tsunami dikeluarkan oleh Jabatan Pertahanan Awam Itali untuk pesisir timur dan selatan, kemudian ditarik balik.[81][82][83] Amaran tsunami juga dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan Astronomi dan Geofizik Kebangsaan Mesir untuk kawasan Laut Mediterranean termasuk pantai-pantai Mesir, dan itu pun ditarik balik akhirnya.[84]

Mangsa dan kemusnahan

sunting

Di Turki

sunting

Dilaporkan terdapat sekurang-kurangnya 43,556 kematian[9] dan 108,068 kecederaan di Turki.[85] Sekurang-kurangnya 13.5 juta orang dan 4 juta bangunan terjejas. Ribuan orang terperangkap di bawah runtuhan ketika bangunan runtuh.[86] Ada mangsa yang menyiarkan rayuan untuk pertolongan di media sosial.[87] Kementerian Alam Sekitar, Urbanisasi dan Perubahan Iklim menjalankan pemeriksaan kerosakan pada 763,000 bangunan; sekurang-kurangnya 41,791 bangunan di 10 wilayah Turki ranap atau hancur teruk,[88] mengakibatkan seramai 150,000 orang kehilangan tempat tinggal.[89][90] Gempa bumi telah menyebabkan rekahan lebar pada jalan raya.[91] Sewaktu usaha menyelamat, sering dijumpai anggota-anggota mayat dari runtuhan.[92]

Di Syria

sunting

Lebih 8,476 orang terbunuh,[10] dan lebih 14,500 orang lagi cedera di Syria.[93] Kementerian Kesihatan Syria telah mencatatkan lebih 2,234 kematian dan 2,950 kecederaan berkaitan gempa bumi di kawasan-kawasan kawalan kerajaan,[94][95] kebanyakannya di Aleppo dan Latakia.[96] Di kawasan yang dikuasai pemberontak, sekurang-kurangnya 4,526 orang terkorban[97] dan 2,200 lagi cedera.[98][99] Dianggarkan seramai 5.37 juta orang di seluruh Syria kehilangan tempat tinggal,[100] manakala sejumlah 10.9 juta orang, iaitu hampir separuh daripada jumlah penduduk Syria terjejas.[101]

Bantuan kemanusiaan

sunting

Pemimpin banyak negara mengucapkan takziah kepada Turki dan Syria. Menjelang 9 Februari, tiga hari selepas gempa bumi, 95 negara dan 16 organisasi antarabangsa menawarkan bantuan kepada Turki, dan 6,479 anggota penyelamat dari 56 negara telah dikerahkan ke Turki.[102] Sebaliknya, jangkauan ke Syria dilihat kurang memberangsangkan disebabkan oleh situasi politik di Syria.[103][104]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d e f National Earthquake Information Center (6 Februari 2023). "M 7.8 - 23 km E of Nurdağı, Turkey" (dalam bahasa Inggeris). United States Geological Survey. Dicapai pada 6 Februari 2023.   Rencana ini mengandungi teks dari suatu penerbitan yang kini berada dalam domain awam: Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "anss7.8" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ "Kandilli Rasathanesi depremi 7.7 olarak revize etti" [Balai Cerap Kandilli telahmeminda gempa bumi kepada 7.7]. cumhuriyet.com.tr (dalam bahasa Turki). Cumhuriyet. Dicapai pada 16 Februari 2023.
  3. ^ "Why Turkey and Syria's calamitous earthquakes were decades in the making". Financial Times. 6 Februari 2023.
  4. ^ USGS (6 Februari 2023). "USGS earthquake catalog". Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Februari 2023. Dicapai pada 7 Februari 2023.
  5. ^ "Major magnitude 7.8 earthquake - 34 km west of Gaziantep, Turkey, on Monday, Feb 6, 2023, at 3:17 am (GMT +2)". Volcanodiscovery.com. 6 Februari 2023. Dicapai pada 6 Februari 2023.
  6. ^ "Historic Worldwide Earthquakes". United States Geological Survey. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 August 2009.
  7. ^ Ambraseys, N. (2009). Earthquakes in the Mediterranean and Middle East: A Multidisciplinary Study of Seismicity up to 1900. Cambridge University Press. m/s. 512–515. ISBN 9781316347850.
  8. ^ "Timeline: Turkey hit by most devastating earthquake since 1999". Al Jazeera. 6 Februari 2023. Dicapai pada 6 Februari 2023.
  9. ^ a b "Kahramanmaraş merkezli depremlerde 45 bin 89 kişi hayatını kaybetti" [45 thousand 89 people lost their lives in Kahramanmaraş-centered earthquakes] (dalam bahasa Turki). Net Haber. 1 March 2023. Dicapai pada 1 March 2023.
  10. ^ a b "UN Delegation Visits City in Northwest Syria to Inspect Damage Following Deadly Earthquake". The Herald and Weekly Times. 22 February 2023. Dicapai pada 28 February 2023.
  11. ^ Hubbard, Ben (8 Februari 2023). "Live Updates: Erdogan Visits Quake Area as Death Toll Passes 11,600 in Turkey and Syria". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Februari 2023. Dicapai pada 8 Februari 2023.
  12. ^ https://globalnews.ca/news/9467528/turkey-syria-earthquake-extreme-cold-risks/
  13. ^ Middle East Eye https://www.middleeasteye.net/news/turkey-earthquake-survivors-trapped-under-rubble-face-hypothermia-threat. Missing or empty |title= (bantuan)
  14. ^ "TÜRKONFED raporu: Depremlerin mali hasarının 84,1 milyar dolar olması bekleniyor" [TÜRKONFED report: The financial damage of earthquakes is expected to be 84.1 billion dollars] (dalam bahasa Turkish). Bloomberg HT. 12 Februari 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Februari 2023. Dicapai pada 12 Februari 2023.CS1 maint: unrecognized language (link)
  15. ^ "The town that didn't collapse: How a tiny Turkish city avoided the earthquake's destruction" (dalam bahasa Inggeris). NBC News. Dicapai pada 16 Februari 2023.
  16. ^ a b c "Global CMT Catalog Search". Global Centroid Moment Tensor. 6 Februari 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Februari 2023. Dicapai pada 6 Februari 2023.
  17. ^ a b "TURKEY 2023/02/06 01:17:35 UTC, Mw=8.0". GEOSCOPE Observatory. 6 Februari 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2023. Dicapai pada 6 Februari 2023.
  18. ^ Baker, J.A. (6 Februari 2023). "Impact of Turkey earthquake on local population, economy will be 'massive': Expert" (dalam bahasa Inggeris). Channel NewsAsia. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2023. Dicapai pada 6 Februari 2023.
  19. ^ "Historic Worldwide Earthquakes". United States Geological Survey. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 August 2009.
  20. ^ Ambraseys, N. (2009). Earthquakes in the Mediterranean and Middle East: A Multidisciplinary Study of Seismicity up to 1900. Cambridge University Press. m/s. 512–515. ISBN 9781316347850.
  21. ^ a b Ozkan, M.; Makieh, K. (6 Februari 2023). "Major earthquake kills 3,700 in Turkey and Syria, weather hits survivors". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2023. Dicapai pada 6 Februari 2023.
  22. ^ National Earthquake Information Center (3 February 2023). "M 4.2 - Central Turkey". United States Geological Survey. Dicapai pada 10 Februari 2023.
  23. ^ Bicker, Laura; Slow, Oliver (20 Februari 2023). "New Turkey earthquake leaves people trapped under rubble in Hatay". BBC News. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  24. ^ "AFAD: Şu ana kadar 3 bin 858 artçı oldu, bu çok ciddi bir rakam" [AFAD: There have been 3,858 aftershocks so far, this is a very serious figure] (dalam bahasa Turki). Halk541. 15 Februari 2023. Dicapai pada 15 Februari 2023.
  25. ^ National Earthquake Information Center (6 Februari 2023). "M 6.7 – Central Turkey". United States Geological Survey. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2023. Dicapai pada 6 Februari 2023.
  26. ^ "Turkey reports at least 120 aftershocks following Monday's powerful earthquake". CNN. 6 Februari 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2023. Dicapai pada 6 Februari 2023.
  27. ^ National Earthquake Information Center (20 Februari 2023). "M 6.3 - 3 km WSW of Uzunbağ, Turkey". United States Geological Survey.
  28. ^ a b "TURKEY 2023/02/06 10:24:49 UTC, Mw=7.7". GEOSCOPE Observatory. 6 Februari 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2023. Dicapai pada 6 Februari 2023.
  29. ^ Ng, D. (7 Februari 2023). "Relief workers brave Türkiye-Syria aftershocks to aid quake response". Channel NewsAsia. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Februari 2023. Dicapai pada 7 Februari 2023.
  30. ^ National Earthquake Information Center. "M 5.6 – 23 km NE of Musabeyli, Turkey". United States Geological Survey. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2023. Dicapai pada 6 Februari 2023.
  31. ^ National Earthquake Information Center (6 Februari 2023). "M 6.7 – Central Turkey". United States Geological Survey. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2023. Dicapai pada 6 Februari 2023.
  32. ^ National Earthquake Information Center. "M 5.6 – 16 km S of Nurdağı, Turkey". United States Geological Survey. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2023. Dicapai pada 6 Februari 2023.
  33. ^ National Earthquake Information Center. "M 5.1 – 6 km ESE of Hasanbeyli, Turkey". United States Geological Survey. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2023. Dicapai pada 6 Februari 2023.
  34. ^ National Earthquake Information Center. "M 5.5 – 2 km S of Tut, Turkey". United States Geological Survey. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2023. Dicapai pada 6 Februari 2023.
  35. ^ National Earthquake Information Center. "M 5.2 – 21 km E of Nurdağı, Turkey". United States Geological Survey. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2023. Dicapai pada 6 Februari 2023.
  36. ^ National Earthquake Information Center. "M 5.0 – eastern Turkey". United States Geological Survey. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2023. Dicapai pada 6 Februari 2023.
  37. ^ a b AFAD (9 Februari 2023). Kahramanmaraş Depremleri Değerlendirme Raporu [Kahramanmaraş Earthquakes Evaluation Report] (PDF). Disaster and Emergency Management Presidency (Laporan) (dalam bahasa Turki). Dicapai pada 10 Februari 2023.
  38. ^ National Earthquake Information Center. "M 6.0 – 10 km SE of Doğanşehir, Turkey". United States Geological Survey. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Februari 2023. Dicapai pada 6 Februari 2023.
  39. ^ National Earthquake Information Center. "M 5.8 – 13 km SW of Doğanşehir, Turkey". United States Geological Survey. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2023. Dicapai pada 6 Februari 2023.
  40. ^ National Earthquake Information Center. "M 5.7 – eastern Turkey". United States Geological Survey. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2023. Dicapai pada 6 Februari 2023.
  41. ^ National Earthquake Information Center. "M 5.0 – 6 km W of Pazarcık, Turkey". United States Geological Survey. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2023. Dicapai pada 6 Februari 2023.
  42. ^ National Earthquake Information Center. "M 5.2 – 20 km ESE of Göksun, Turkey". United States Geological Survey. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2023. Dicapai pada 6 Februari 2023.
  43. ^ National Earthquake Information Center. "M 6.0 – 5 km NE of Göksun, Turkey". United States Geological Survey. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2023. Dicapai pada 6 Februari 2023.
  44. ^ National Earthquake Information Center. "M 5.0 – 3 km NNW of Nurhak, Turkey". United States Geological Survey. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Februari 2023. Dicapai pada 6 Februari 2023.
  45. ^ National Earthquake Information Center. "M 5.1 – 3 km ENE of Kahramanmaraş, Turkey". United States Geological Survey. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Februari 2023. Dicapai pada 6 Februari 2023.
  46. ^ National Earthquake Information Center. "M 5.0 – 7 km SE of Nurhak, Turkey". United States Geological Survey. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Februari 2023. Dicapai pada 6 Februari 2023.
  47. ^ National Earthquake Information Center. "M 5.3 – 12 km NE of Gölbaşı, Turkey". United States Geological Survey. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Februari 2023. Dicapai pada 6 Februari 2023.
  48. ^ National Earthquake Information Center. "M 5.2 – 15 km NNW of Çelikhan, Turkey". United States Geological Survey. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Februari 2023. Dicapai pada 6 Februari 2023.
  49. ^ National Earthquake Information Center. "M 5.0 – 6 km SSW of Göksun, Turkey". United States Geological Survey. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Februari 2023. Dicapai pada 7 Februari 2023.
  50. ^ National Earthquake Information Center. "M 5.3 – 6 km SW of Göksun, Turkey". United States Geological Survey. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2023. Dicapai pada 7 Februari 2023.
  51. ^ National Earthquake Information Center. "M 5.3 – 29 km WNW of Gaziantep, Turkey". United States Geological Survey. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2023. Dicapai pada 7 Februari 2023.
  52. ^ National Earthquake Information Center. "M 5.0 – 6 km SE of Göksun, Turkey". United States Geological Survey. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2023. Dicapai pada 7 Februari 2023.
  53. ^ National Earthquake Information Center. "M 5.1 – 10 km E of Göksun, Turkey". United States Geological Survey. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2023. Dicapai pada 7 Februari 2023.
  54. ^ National Earthquake Information Center. "M 5.5 – 9 km ESE of Gölbaşı, Turkey". United States Geological Survey. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Februari 2023. Dicapai pada 7 Februari 2023.
  55. ^ National Earthquake Information Center. "M 5.4 – eastern Turkey". United States Geological Survey. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Februari 2023. Dicapai pada 7 Februari 2023.
  56. ^ National Earthquake Information Center. "M 5.4 – eastern Turkey". United States Geological Survey. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Februari 2023. Dicapai pada 7 Februari 2023.
  57. ^ National Earthquake Information Center. "M 5.0 – central Turkey". United States Geological Survey. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Februari 2023. Dicapai pada 7 Februari 2023.
  58. ^ National Earthquake Information Center. "M 5.3 – 8 km ESE of Göksun, Turkey". United States Geological Survey. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Februari 2023. Dicapai pada 8 Februari 2023.
  59. ^ "M 5.4 – 18 km N of Gölbaşı, Turkey". earthquake.usgs.gov. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Februari 2023. Dicapai pada 8 Februari 2023.
  60. ^ "M 5.1 – 1 km E of Nurhak, Turkey". earthquake.usgs.gov. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Februari 2023. Dicapai pada 8 Februari 2023.
  61. ^ National Earthquake Information Center. "M 5.2 - 19 km WNW of Uzunbağ, Turkey". United States Geological Survey. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Februari 2023. Dicapai pada 16 Februari 2023.
  62. ^ National Earthquake Information Center. "M 5.0 - 9 km ENE of Göksun, Turkey". United States Geological Survey. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Februari 2023. Dicapai pada 18 Februari 2023.
  63. ^ National Earthquake Information Center (20 Februari 2023). "M 6.3 – 3 km WSW of Uzunbağ, Turkey". United States Geological Survey.
  64. ^ National Earthquake Information Center. "M 5.5 - 11 km W of Uzunbağ, Turkey". United States Geological Survey. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  65. ^ National Earthquake Information Center. "M 5.3 - central Turkey". United States Geological Survey. Dicapai pada 25 February 2023.
  66. ^ National Earthquake Information Center. "M 5.0 - 11 km NNW of Gölbaşı, Turkey". United States Geological Survey. Dicapai pada 27 February 2023.
  67. ^ National Earthquake Information Center. "M 5.2 - 8 km SSE of Yeşilyurt, Turkey". United States Geological Survey. Dicapai pada 27 February 2023.
  68. ^ "UW experts discuss the earthquake in Turkey and Syria". University of Washington. 9 Februari 2023. Dicapai pada 9 Februari 2023.
  69. ^ a b Hernandez, J.; Brumfiel, G. (7 Februari 2023). "Here's what we know about what caused the Turkey earthquake". NPR. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Februari 2023. Dicapai pada 7 Februari 2023.
  70. ^ Khaliq, R. u.; Calli, E. (8 Februari 2023). "Türkiye suffered 'worst' inland shallow earthquake in 21st century: Seismologist". Anadolu Agency. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Februari 2023. Dicapai pada 8 Februari 2023.
  71. ^ Choi, J.-H.; Klinger, Y.; Ferry, M.; Ritz, J.-F.; Kurtz, R.; Rizza, M.; Bollinger, L.; Davaasambuu, B.; Tsend-Ayush, N.; Demberel, S. (2018). "Geologic Inheritance and Earthquake Rupture Processes: The 1905 M 8 Tsetserleg-Bulnay Strike-Slip Earthquake Sequence, Mongolia" (PDF). Journal of Geophysical Research: Solid Earth. 123 (2): 1925–1953. doi:10.1002/2017JB013962. S2CID 133839725.
  72. ^ E.-P., Donna; Haeussler, P. J.; Freymueller, J. T.; Frankel, A. D.; Rubin, C. M.; Craw, P.; Ratchkovski, N. A.; Anderson, G.; Carver, G. A.; Crone, A. J.; Dawson, T. E. (2003). "The 2002 Denali Fault Earthquake, Alaska: A Large Magnitude, Slip-Partitioned Event". Science (dalam bahasa Inggeris). 300 (5622): 1113–1118. Bibcode:2003Sci...300.1113E. doi:10.1126/science.1082703. ISSN 0036-8075. PMID 12750512. S2CID 33375651.
  73. ^ Matumoto, Tosimatu; Latham, Gary V. (1976). "Aftershocks of the Guatemalan Earthquake of February 4, 1976". Geophysical Research Letters. 3 (10): 599–602. doi:10.1029/GL003i010p00599.
  74. ^ National Earthquake Information Center. "M 7.5 – 4 km SSE of Ekinözü, Turkey". United States Geological Survey. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2023. Dicapai pada 6 Februari 2023.
  75. ^ "Turkey and Syria devastated by earthquake". Temblor, Inc. 13 Februari 2023. Dicapai pada 13 Februari 2023. 6 February 2023
  76. ^ Toda, Shinji; Stein, Ross S.; Özbakir, Ali Deger; Gonzalez-Huizar, Hector; Sevilgen, Volkan; Lotto, Gabriel; Sevilgen, Serkan (8 Februari 2023). "Stress change calculations provide clues to aftershocks in 2023 Türkiye earthquakes". Temblor, Inc. Dicapai pada 13 Februari 2023.
  77. ^ National Earthquake Information Center (6 Februari 2023). "M 7.8 - Central Turkey - ShakeMap". United States Geological Survey. Dicapai pada 11 Februari 2023.
  78. ^ Ravilious, K. (10 Februari 2023). "Geological impact of Turkey-Syria earthquake slowly comes into focus". The Guardian. Dicapai pada 11 Februari 2023.
  79. ^ Damaskinos, I. (6 Februari 2023). "Earthquake in Turkey caused 'small tsunamis' off Famagusta coast". Cyprus Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2023. Dicapai pada 6 Februari 2023.
  80. ^ Rasathanesi, Kandilli (6 Februari 2023). "SOFALACA ŞEHİTKAMİL GAZİANTEP DEPREMİ" (PDF). B.Ü. KANDİLLİ RASATHANESİ ve DAE. BÖLGESEL DEPREM-TSUNAMİ İZLEME ve DEĞERLENDİRME MERKEZİ. Dicapai pada 9 Februari 2023.
  81. ^ "Allerta maremoto: possibili onde in arrivo sulle coste italiane" [Tsunami alert: possible waves arriving on the Italian coasts] (dalam bahasa Itali). Dipartimento della Protezione Civile. 6 Februari 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2023. Dicapai pada 6 Februari 2023.
  82. ^ Maccion, F. (6 Februari 2023). Cristina Carlevaro; Tom Hogue (penyunting). "Italy withdraws tsunami warning after Turkey, Syria earthquake". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2023. Dicapai pada 6 Februari 2023.
  83. ^ "Sono morte più di 1.700 persone nel terremoto al confine tra Turchia e Siria". Il Post. 6 Februari 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2023. Dicapai pada 6 Februari 2023.
  84. ^ Abueish, T. (7 Februari 2023). "Tsunami alert: Egypt's geophysics body weighs in on possibility after Turkey quake". Al Arabiya. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Februari 2023. Dicapai pada 7 Februari 2023.
  85. ^ "Depremde can kaybı 39 bin 672, yaralı sayısı 108 bin 68'e yükseldi" [Loss of life in the earthquake increased to 39 thousand 672, the number of injured increased to 108 thousand 68] (dalam bahasa Turki). Ege Telgraf. 17 February 2023. Dicapai pada 1 March 2023.
  86. ^ Temoçin, R. (8 Februari 2023). "Deprem sonrası moloz yığınına dönen binalar 'yasadışı yapıları' tekrar gündeme getirdi: 'İmar affı öldürdü'" [Buildings that turned into rubble after the earthquake brought 'illegal structures' to the agenda again: 'The construction amnesty killed it'] (dalam bahasa Turki). Cumhuriyet. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Februari 2023. Dicapai pada 8 Februari 2023.
  87. ^ "Kahramanmaraş'ta 7.4 şiddetinde deprem! 'Enkaz altındayız yardım edin...'" [7.4 magnitude earthquake in Kahramanmaraş! 'We are under the rubble, help...'] (dalam bahasa Turki). Bursada Bugün. 6 Februari 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2023. Dicapai pada 6 Februari 2023.
  88. ^ "Deprem sonrası hasar tespit çalışması: 41 bin 791 bina ağır hasarlı" [Damage assessment work after the earthquake: 41 thousand 791 buildings were heavily damaged] (dalam bahasa Turki). NTV. 14 Februari 2023. Dicapai pada 14 Februari 2023.
  89. ^ United Nations Office for the Coordination of Humanitarian Affairs (13 Februari 2023). "Türkiye Earthquake February 2023, Daily Highlights - 13/02/2023". ReliefWeb. Dicapai pada 13 Februari 2023.
  90. ^ "Kahramanmaraş depreminde ölü ve yaralı sayısı artıyor" [death toll is rising in Kahramanmaras] (dalam bahasa Turki). Sözcü. 7 Februari 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Februari 2023. Dicapai pada 7 Februari 2023.
  91. ^ "Depremde yol yarıldı araçlar içine düştü". Sözcü. 8 Februari 2023. Dicapai pada 9 Februari 2023.
  92. ^ Tondo, L.; Narlı, D. B.; Michaelson, R.; Hezaber, H. (10 Februari 2023). "No room for the dead as cemeteries in earthquake-hit Turkey and Syria fill up". The Guardian. Dicapai pada 10 Februari 2023.
  93. ^ United Nations Office for the Coordination of Humanitarian Affairs (11 Februari 2023). "WFP Türkiye and Syria Earthquake Response, Situation Report #2 (10 February 2023)". ReliefWeb. Dicapai pada 12 Februari 2023.
  94. ^ "مـ ـأسـ ـاة الـ ـزلـ ـز ا ل في يومها الـ 18 تـ ـو د ي بـ ـحـ ـيـ ـاة 6760 إنسان في سورية" (dalam bahasa Arab). 24 February 2023. Dicapai pada 24 February 2023.
  95. ^ "Turkey-Syria earthquake: First commercial fuel shipment to enter northern Syria". Enab Baladi. 9 Februari 2023. Dicapai pada 9 Februari 2023.
  96. ^ "Health Ministry: Death toll from earthquake has risen to 812 deaths and 1,449 injuries, in provinces of Aleppo, Latakia, Hama, Idleb Countryside and Tartus". Syrian Arab News Agency. 7 Februari 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Februari 2023. Dicapai pada 7 Februari 2023.
  97. ^ "مـ ـأسـ ـاة الـ ـزلـ ـز ا ل في يومها الـ 18 تـ ـو د ي بـ ـحـ ـيـ ـاة 6760 إنسان في سورية" (dalam bahasa Arab). 24 February 2023. Dicapai pada 24 February 2023.
  98. ^ "72 after catastrophe | 3,556 people killed in Syria due to devastating earthquake". SOHR. 8 Februari 2023.
  99. ^ Dakss, B.; Ott, H.; Reals, T. (6 Februari 2023). "Earthquakes hit Turkey and Syria, leaving more than 2,300 dead and thousands injured". CBS News. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2023. Dicapai pada 6 Februari 2023.
  100. ^ "Up to 5.3 million in Syria may be homeless after quake: UN". The Straits Times. Agence France-Presse. 11 Februari 2023. Dicapai pada 11 Februari 2023.
  101. ^ United Nations Office for the Coordination of Humanitarian Affairs (13 Februari 2023). "Northwest Syria Earthquake February 2023, Daily Highlights - 13/02/2023". ReliefWeb. Dicapai pada 13 Februari 2023.
  102. ^ Atay Alam, Hande (9 Februari 2023). "Turkey receives offers of quake aid from nearly 100 countries". CNN. Dicapai pada 9 Februari 2023.
  103. ^ Ebrahim, Nadeen; Al Masri, Dalya (8 Februari 2023). "As aid is rushed into Turkey, Syria could be left behind". CNN. Dicapai pada 9 Februari 2023.
  104. ^ "Is more aid being sent to Turkey than Syria following the earthquake?". Sky News. 8 Februari 2023. Dicapai pada 9 Februari 2023.