Gebirgsjäger
Gebirgsjäger (Sebutan bahasa Jerman: [ɡəˈbɪʁksˌjɛːɡɐ]) merupakan bahagian infantri ringan alpine atau pasukan gunung (Gebirgstruppe) Jerman dan Austria. Perkataan Jäger (bermaksud "pemburu") ialah satu istilah berciri yang digunakan untuk infantri ringan atau askar infantri ringan dalam konteks pertuturan tentera Jerman.
Infantri gunung Austria bertapak dalam tiga rejimen Landesschützen Empayar Austria-Hungary. Infantri gunung Jerman membawa tradisi tertentu Alpenkorps (Kor Alpine) Perang Dunia I. Kedua-dua negara infantri gunung ini berkongsi lambang Edelweiss. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1907 sebagai simbol rejimen Landesschützen Austria-Hungary oleh Maharaja Franz Joseph I. Pasukan ini memakai lambang edelweiss pada kolar pakaian seragam mereka. Apabila Alpenkorps memberi bantuan kepada Landesschützen bagi mempertahankan sempadan selatan Austria-Hungary daripada serangan Itali pada Mei 1915, Landesschützen telah memberi penghormatan kepada anggota Alpenkorps dengan menganugerahkan mereka lambang mereka sendiri: iaitu edelweiss. Bersama dengan Fallschirmjäger (askar payung terjun), mereka dilihat sebagai unit infantri elit Tentera Darat Jerman.
Gebirgsjäger dalam Perang Dunia II
suntingSemasa Perang Dunia II, Wehrmacht dan Waffen-SS membentuk beberapa buah unit infantri gunung.
Sebuah kor telah dibentuk di Norway menjelang tahun 1941. Divisyennya telah dilengkapi dengan persenjataan ringan, dengan kebanyakan pengangkutan dilakukan oleh baghal. Infantri gunung ini telah dilengkapi dengan sedikit senjata automatik daripada infantri biasa, akan tetapi mesingan MG 34 atau MG 42 telah disediakan dengan banyak peluru daripada rakan infantri biasa mereka.[1] Infantri gunung dikenali dengan lambang edelweiss yang dipakai pada lengan baju dan topi mereka.
Infantri gunung terlibat dalam banyak pertempuran, termasuk Operasi Weserübung, Operasi Silver Fox, Operasi Platinum Fox dan Operasi Arctic Fox, operasi-operasi dalam Caucasus, Garisan Gothic, pencerobohan Crete dan pertempuran di wilayah Vosges Perancis. Kelengkapan khas telah dibuat untuk mereka seperti raifel G33/40 mauser yang berasaskan raifel VZ.33.
Unit gunung Heer (Tentera Darat)
sunting- 1st Mountain Division (kemudian Divisyen 1 Volksgebirgs)
- 2nd Mountain Division
- 3rd Mountain Division
- 4th Mountain Division
- 5th Mountain Division
- 6th Mountain Division
- 7th Mountain Division (previously 99th Light Infantry Division)
- 8th Mountain Division (previously Division Nr. 157, 157th Reserve Division, 157th Mountain Division)
- 9th Mountain Division (previously Shadow Division Steiermark and Division zbV 140)
- 188th Mountain Division (previously Division Nr. 188, 188th Reserve Mountain Division)
Unit gunung Waffen SS
sunting- Divisyen Ke-6 Gunung SS Nord
- 7th SS Volunteer Mountain Division Prinz Eugen
- 13th Waffen Mountain Division of the SS Handschar (1st Croatian)
- 21st Waffen Mountain Division of the SS Skanderbeg (1st Albanian)
- 23rd Waffen Mountain Division of the SS Kama (2nd Croatian)
- 24th Waffen Mountain Division of the SS Karstjäger
Lihat juga
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Gebirgsjäger |
- General der Gebirgstruppe
- Imperial-Royal Mountain Troops (Austria-Hungary)
- Jäger
- Fallschirmjäger
Persamaan unit
sunting- Argentina: Cazadores de Montaña (Tentera Darat Argentina)
- Perancis: Chasseurs Alpins
- Itali: Alpini
- Poland: Podhale rifles
- Romania: Vânători de munte
- Amerika Syarikat:
- Great Britain
- Komando Marin Diraja. Pakar peperangan Gunung Great Britain & Artik