Gajebo, atau gajeboh atau gulai gajebo atau daging sampade, adalah makanan khas Sumatera Barat. Makanan ini biasanya menggunakan brisket, yang merupakan bahagian daging lembu yang hampir keseluruhannya terdiri daripada lemak kenyal.[1] Potongan 'lemak berdaging' disajikan dengan kuah asam pedas atau asam jawa dan tidak menggunakan santan. Bahan utama gajebo ini sukar dijumpai, kerana termasuk dalam kategori
makanan susah dijumpai.