Fun and Fancy Free

(Dilencongkan daripada Fun and Fancy Free (filem 1947))

Fun and Fancy Free (Gembira dan Bebas) ialah sebuah filem animasi yang dihasilkan oleh Walt Disney dan diedarkan oleh RKO Radio Pictures pada 27 September 1947. Ia merupakan "filem pakej" (rantaian filem ringkas yang dibentuk menjadi filem panjang) kelima yang dihasilkan oleh Disney pada 1940-an, dan juga filem animasi cetera kesembilan dalam siri Walt Disney Animated Classics.

Fun and Fancy Free
Fail:Funfanposter.jpg
Poster keluaran pawagam asal
PengarahJack Kinney (animasi)
Bill Roberts(animasi)
Hamilton Luske (animasi)
William MorganTemplat:J
PenulisHomer Brightman
Eldon Dedini
Lance Nolley
Tom Oreb
Harry Reeves
Ted Sears
Sinclair Lewis Templat:J
Dihasilkan olehWalt Disney
DibintangiCliff Edwards
Edgar Bergen
Luana Patten
Walt Disney
Clarence Nash
Pinto Colvig
Billy Gilbert
Anita Gordon
Dinah Shore
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehRKO Radio Pictures, Inc.
Tarikh tayangan
  • 27 September 1947 (1947-09-27)
Masa tayangan
73 minit
Negara Amerika Syarikat
BahasaInggeris, Sepanyol

Bahagian "Mickey and the Beanstalk" dalam filem itu merupakan kali terakhir Walt Disney meminjamkan suaranya kepada Mickey Mouse kerana beliau terlalu sibuk dengan projek-projek lain. Dengan itu, beliau melantik seniman efek bunyi Jimmy MacDonald sebagai gantinya.

Segmen filem

sunting

Filem ini terdiri daripada dua segmen, iaitu Bongo dan Mickey and the Beanstalk. Jiminy Cricket mula-mula muncul di dalam sebuah pokok bunga yang besar di dalam sebuah rumah besar, menjelajahinya sambil menyanyikan lagu "I'm a Happy-Go-Lucky Fellow", (dengan nyanyian latar Dr. Seuss Animation Chorus, yang diganti dengan Walt Disney Chorus pada keluaran semula 2011), sehingga bertembung dengan anak patung, beruang teddy, pemain piring hitam, dan beberapa keping piring hitam, lalu memainkan muzik untuk cerita Bongo dengan piring hitam itu.

Segmen ini berdasarkan karya asal Sinclair Lewis yang mengisahkan seekor anak beruang sarkas bernama Bongo yang mengidamkan hidup yang bebas di alam liar. Maka Bongo melarikan diri untuk mengembara, tetapi lama-kelamaan sedar bahawa ia mesti membuktikan kebolehan dirinya demi kebebasan. Dia juga bercinta dengan seekor anak beruang betina dalam hutan.

Kisah Bongo diceritakan oleh Dinah Shore. Bagaimanapun, dalam keluaran semula Bongo, Cliff Edwards (sebagai Jiminy Cricket) yang menjadi pengisah. Keluaran semula 2011 memelihara penceritaan Dinah Shore.

Mickey and the Beanstalk

sunting

Segmen ini merupakan adaptasi kisah Jack and the Beanstalk dengan Mickey Mouse, Donald Duck, dan Goofy sebagai petani yang menemui istana Willie the Giant yang garang di langit dengan beberapa kacang ajaib.

Mickey and the Beanstalk diceritakan oleh Edgar Bergen dalam babak lakonan hidup dengan bantuan boneka-boneka ventrilokuisnya, Charlie McCarthy dan Mortimer Snerd, yang menceritakan kepada pelakon kanak-kanak Luana Patten di majlis hari jadinya.

Mickey, Donald dan Goofy tinggal di sebuah tempat bernama "Happy Valley" (Lembah Bahagia) yang dilanda kemarau yang berlarutan, setelah kecurian sebuah hap emas yang berlagu untuk menceriakan rakyat dari sebuah istana yang berdekatan. Para penduduknya tiada apa untuk dimakan selain sebuku roti, hinggakan dalam satu babak, roti itu dipotong menjadi hirisan-hirisan yang senipis kertas. Setelah Donald cuba menyembelih lembu mereka dengan kapak, Mickey menukarkan haiwan kesayangan mereka untuk sebungkus kacang ajaib. Donald dengan berangnya mencampakkan kacang-kacang itu, kemudian mereka bertiga jatuh ke dalam sebuah lubang dalam lantai. Pada malam itu, pokok kacang itu bercambah dan membesar dengan pesat sambil mengangkat rumah mereka ke langit. Tiga sekawan itu memanjat pokok kacang gergasi itu dan memasuki sebuah negara yang ghaib, lengkap dengan sebuah istana. Mickey, Donald dan Goofy memasuki istana itu dan menikmati sebuah jamuan yang mewah. Akan tetapi, ini menimbulkan kemarahan Willie the Giant yang mampu bertukar bentuk menjadi apa-apa sahaja. Setelah dikesan oleh Willie, Mickey terjumpa sebatang pemukul lalat dan meminta Willie untuk memperagakan kuasa-kuasanya dengan bertukar menjadi seekor lalat. Willie pada mulanya ingin bertukar menjadi arnab merah jambu, tetapi setelah menerima permintaan mereka, dia tetap bertukar menjadi arnab, lalu terjumpa Mickey, Donald dan Goofy yang memegang pemukul lalat. Dengan marahnya, Willie menangkap Mickey, Donald, dan Goofy lalu mengunci mereka dalam sebuah kotak. Bagaimanapun, Mickey terlepas dan memikul tugas berat untuk mencari kuncinya dan menyelamatkan dua kawannya, dengan bantuan hap emas yang berlagu. Setelah bebas, tiga perwira itu memulangkan hap emas itu kepada tempat asalnya dan akhirnya Happy Valley pulih kegemilangannya, kemudian mereka menebang pokok kacang itu untuk menghapuskan gergasi itu.

Pelakon suara

sunting

Juruanimasi pengarah

sunting

Sambutan

sunting

Filem ini dikeluarkan pada 27 September 1947 dan menerima sambutan yang memuaskan. Filem-filem pakej Disney pada 1940-an turut membantu membiayai filem Cinderella.

Rujukan

sunting
  • "The story behind Fun and Fancy Free", Disney VHS, 1997

Pautan luar

sunting

Templat:Hamilton Luske