Fosfatidilinositol
Fosfatidilinositol (atau inositol fosfolipid, singkatan PtdIns) terdiri daripada keluarga lipid yang diperbuat daripada kumpulan fosfat, dua rantai asid lemak dan satu molekul inositol. Mereka mewakili kelas fosfatidilgliserida. Biasanya, fosfatidilinositol membentuk komponen kecil bahagian sitosol ("dalaman") membran sel eukariotik. Kumpulan fosfat memberikan molekul cas negatif pada pH fisiologi.
Nama | |
---|---|
Nama lain
PI, PtdIns
| |
Pengecam | |
ChEBI | |
DrugBank | |
Sifat | |
C47H83O13P | |
Jisim molar | 887,104 g/mol, neutral dengan komposisi asid lemak - 18:0, 20:4 |
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa). | |
pengesahan (apa yang perlu: / ?) | |
Rujukan kotak info | |
Bentuk fosfatidilinositol yang terdiri daripada isomer muco-inositol bertindak sebagai reseptor deria dalam fungsi rasa sistem deria. Tiada perbezaan dikethaui berkenaan molekul ini dengan fosfatidilinositol dengan konformasi myo.
Fosfatidillinositol boleh difosforilasi untuk membentuk fosfatidillinositol fosfat (PI-4-P, dirujuk sebagai PIP dalam konteks dekat atau tidak formal), fosfatidillinositol bifosfat (PIP2) dan fosfatidillinositol trisfosfat (PIP3). Semua lipid berasaskan fosfatidilinositol dikenali sebagai inositida, atau kadangkala fosfoinositida.
Biosintesis
suntingSintesis fosfatidilinositol di makmal dimangkinkan oleh fosfatidilinositol sintase, dan melibatkan CDP-diasilgliserol dan L- myo-inositol.[1]
Kimia
suntingPI mempunyai kawasan berkutub dan tak berkutub, menjadikan lipid bersifat ampifilik. Fosfatidilinositol dikelaskan sebagai gliserofosfolipid yang mengandungi tulang belakang gliserol, dua ekor asid lemak bukan kutub, kumpulan fosfat digantikan dengan kumpulan kepala inositol berkutub.
Asid lemak fosfoinositida yang paling biasa ialah asid stearik dalam kedudukan SN1 dan asid arakidonik dalam kedudukan SN2. Hidrolisis phosphoinositida menghasilkan satu mol gliserol, dua mol asid lemak, satu mol inositol dan satu, dua, atau tiga mol asid fosforik, bergantung kepada bilangan fosfat di gelang inositol. Fosfoinositida dianggap sebagai fosfolipid yang paling berasid.
Asid lemak khusus PtdIns serta dan konformasinya yang digunakan dalam neuron deria belum dijelaskan.
Fosfoinositida
suntingBentuk fosfatidillinositol terfosforilasi dipanggil fosfoinositida, dan memainkan peranan penting dalam isyarat lipid, isyarat sel dan pemerdagangan membran. Gelang inositol boleh difosforilasi oleh pelbagai kinase pada kumpulan hidroksil tiga, empat dan lima dalam tujuh kombinasi yang berbeza. Walau bagaimanapun, hidroksil di kumpulan dua dan enam biasanya tidak terfosforilasi kerana halangan sterik.
Kesemua tujuh variasi fosfoinositida berikut telah ditemui pada haiwan:
Fosfatidilinositol monofosfat:
- Fosfatidillinositol 3-fosfat, juga dikenali sebagai PtdIns3P atau PI(3)P
- Fosfatidillinositol 4-fosfat, juga dikenali sebagai PtdIns4P atau PI(4)P
- Fosfatidillinositol 5-fosfat, juga dikenali sebagai PtdIns5P atau PI(5)P
Fosfatidilinositol bifosfat:
- Fosfatidillinositol 3,4-bisfosfat, juga dikenali sebagai PtdIns(3,4)P2 atau PI(3,4)P2
- Fosfatidillinositol 3,5-bisfosfat, juga dikenali sebagai PtdIns(3,5)P2 atau PI(3,5)P2
- Fosfatidillinositol 4,5-bisfosfat, juga dikenali sebagai PtdIns(4,5)P2, PI(4,5)P2 atau sekadar PIP2
Fosfatidilinositol trisfofat:
- Fosfatidillinositol 3,4,5-trisfosfat, juga dikenali sebagai PtdIns(3,4,5)P3 atau PI(3,4,5)P3
Fosfoinositida ini juga terdapat dalam sel tumbuhan kecuali PIP3.[2]
Galeri
sunting-
Fosfatidilinositol
Rujukan
suntingPautan luar
sunting- Phosphatidylinositols dalam Tajuk Subjek Perubatan (MeSH) di Perpustakaan Perubatan Negara AS
- Fosfatidilinositol di Lipid Library