Miami Marlins
Miami Marlins merupakan pasukan besbol profesional Amerika yang berpusat di Miami. Pasukan ini bertanding di Major League Baseball (MLB) sebagai anggota National League (NL) East. Stadium bagi pasukan ini ialah LoanDepot Park.
Miami Marlins | |||||
---|---|---|---|---|---|
Musim 2024 Miami Marlins | |||||
Ditubuhkan pada 1993 | |||||
| |||||
Gabungan liga utama | |||||
| |||||
Seragam terkini | |||||
Nombor tidak digunakan | 42 (Disarakan oleh MLB) | ||||
Warna | |||||
Nama | |||||
Gelaran lain | |||||
| |||||
Ballpark | |||||
| |||||
Kejuaraan Liga Utama | |||||
Kejuaraan Siri Dunia (2) | |||||
NL Pennant (2) | |||||
East Kejuaraan Divisyen (0) | None | ||||
Kemunculan Wild card (3) | |||||
Pejabat pengurusan | |||||
Pemilik | Bruce Sherman | ||||
Pengurus | Skip Schumaker | ||||
Pengurus Besar | Kim Ng |
Pasukan ini mula beraksi sebagai pasukan tambahan pada musim 1993 yang dikenali dengan nama Florida Marlins. Marlins pada asalnya beraksi di Joe Robbie Stadium, yang berkongsi dengan pasukan Miami Dolphins di saingan National Football League (NFL). Pada tahun 2012, pasukan ini berpindah ke LoanDepot Park (dulu dikenali sebagai Marlins Park), gelanggang eksklusif pertama pasukan ini dan stadium pertama yang diubah suai menjadi stadium besbol.[4][5] Sebagai sebahagian daripada perjanjian dengan pemilik stadium, Miami-Dade County untuk penggunaan stadium, pasukan ini juga menukar nama kepada Miami Marlins sebelum musim 2012.[6]
Marlins memiliki peratus kemenangan terendah (.460) dan penampilan di postseason yang paling rendah berbanding mana-mana pasukan MLB aktif yang lain.[7] Walau bagaimanapun, Marlins pernah menjuarai Siri Dunia dalam dua kemunculan playoff sulung mereka iaitu pada tahun 1997 dan 2003. Kesemua penampilan playoff tersebut hasil daripada status sebagai pasukan wild card sekali gus menjadikan Marlins sebagai salah satu daripada dua pasukan MLB (bersama Colorado Rockies) yang tidak pernah memenangi gelaran divisyen serta hanya pasukan yang tidak pernah tampil dalam postseason berturut-turut. Marlins juga menjadi pasukan pertama yang menjuarai Siri Dunia sebagai pasukan wild card.
Sejarah
suntingPasukan Marlins telah ditubuhkan pada tahun 1993 sebagai pasukan tambahan bersama dengan Colorado Rockies. Pasukan Marlins yang dikenali pada masa itu sebagai Florida Marlins memulakan aksi dengan hambar apabila merekodkan kekalahan dalam empat musim pertamanya tetapi pasukan ini juga pada masa yang sama mencatatkan peningkatan berperingkat. Marlins meraih rekod kemenangan pertama pada tahun 1997 dan layak ke postseason sebagai pemenang wild card NL. Marlins yang dibarisi pitcher Livan Hernandez, outfielder Gary Sheffield, second baseman Luis Castillo dan catcher Charles Johnson, Florida telah menewaskan San Francisco Giants dan Atlanta Braves untuk meneruskan kemaraan ke Siri Dunia pada tahun kelima semenjak penubuhan pasukan. Marlins kemudiannya mengecewakan Cleveland Indians dalam tujuh aksi siri yang ditentukan melalui pukulan single pada inning ke-11 perlawanan penentu. Walaupun Marlins memenangi siri, pasukan ini dilihat terus kehilangan duit apabila beberapa pemain utama pasukan telah meninggalkan pasukan pada musim berikutnya. Pada tahun 1998, Marlins juga mengalami 108 kekalahan dan terus bergelut sehingga menjelang abad ke-21.
Pada tahun 2003, Marlins sekali lagi layak ke postseason sebagai pemenang wild card dan kemaraan ini terus deras hingga ke Siri Dunia. Pitcher muda Josh Beckett dan Brad Penny menjadi harapan Marlins untuk merangkul kejuaraan Siri Dunia kedua dan pasukan ini akhirnya menewaskan finalis lain, New York Yankees dalam enam aksi permainan. Florida sekali lagi kehilangan pendapatannya selepas memenagi kejuaraan tetapi kemelut pasukan tidak seteruk seperti tahun 1998 apabila Marlins hanya terlepas aksi playoff pada tahun 2004. Pada dekad pertama abad ke-21, Marlins diberikan kredit dan reputasi kerana mengembangkan bakat pemain-pemain muda seperti pemain outfielder dan third baseman Miguel Cabrera, shortstop Hanley Ramirez, dan outfielder Giancarlo Stanton.
Pada tahun 2012, Marlins membuka stadium baru yang bernilai 500 juta dolar. Marlins memulakan kempen musim baru di bawah kendalian pengurus baru, Ozzie Guillen untuk meraih lebih banyak kejayaan dan perkara paling penting adalah untuk menarik minat dalam kalangan peminat dari South Florida yang semakin merosot. Walau bagaimanapun, musim pertama Marlins di bawah pengurusan baru tidak menemui hasil apabila mereka menduduki tempat terakhir dan jumlah kehadiran penonton juga mengecewakan. Guillen juga dipecat selepas hanya setahun mengendalikan pasukan. Pada tahun yang sama, Marlins telah menjual tiap-tiap pemain terbaik dan pemain yang menerima gaji tertinggi dalam pasukan. Keputusan ini telah membangkitkan kemarahan penyokong, yang berharap bahawa stadium baru dan kemasukan pemain berprofil tinggi menjadi petanda pasukan untuk bertumpu sebagai pasukan juara untuk mendapatkan keuntungan. Dengan kehilangan pemain-pemain berbakat, Marlins menjadi salah sebuah pasukan paling teruk di NL sebelum hanya menamatkan tiga perlawanan lagi iaitu dengan rekod .500 semasa musim 2016.
Kebangkitan singkat telah berlaku apabila pasukan ini dijual pada tahun 2017. Ketua operasi besbol Marlins, Derek Jeter pula telah menjual beberapa pemain muda ternama untuk memulakan usaha pemulihan semula pasukan. Pada tahun 2019, Marlins meletakkan rekod terburuk di NL (57–105). Pada musim berikutnya, yang dipendekkan akibat pandemik Covid-19, pasukan ini telah mengejutkan ramai pemerhati sukan apabila mereka kembali ke aksi playoff setelah kemarau 16 musim. Marlins memenangi aksi wild card sebelum mereka disingkirkan di siri divisyen. Dengan harapan tertinggi terhadap pasukan, Marlins malangnya melalui musim mengecewakan pada tahun 2021 apabila menduduki tangga terakhir di AL.
Catatan
sunting- ^ Frisaro, Joe (November 15, 2018). "Marlins unveil club's new logo, colors". MLB.com. MLB Advanced Media. Dicapai pada November 16, 2018.
- ^ "A new look, a new style, a new vision: introducing our colores -- the next-generation identity of the Miami Marlins". Marlins.com (Siaran akhbar). MLB Advanced Media. November 15, 2018. Dicapai pada November 16, 2018.
- ^ "Marlins 2019 Uniforms". Marlins.com. MLB Advanced Media. November 16, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada November 16, 2018. Dicapai pada August 29, 2022.
- ^ Frisaro, Joe (September 27, 2011). "Sun to set on Sun Life Stadium". MLB Advanced Media. Diarkibkan daripada yang asal pada Julai 24, 2015. Dicapai pada Ogos 13, 2015.
- ^ Tompkins, Wayne (May 24, 2007). "Commissioners OK plan to have Marlins change name, spring-training site". Miami Today. Dicapai pada July 10, 2018.
- ^ Frisaro, Joe (November 10, 2011). "New name, but deep-rooted tradition in Miami". MLB.com. MLB Advanced Media. Diarkibkan daripada yang asal pada Disember 4, 2014. Dicapai pada November 10, 2011.
- ^ "Miami Marlins Team History & Encyclopedia". Baseball-Reference.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-04-10.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Miami Marlins |