Jackie Robinson
Jack Roosevelt Robinson (31 Januari 1919 – 24 Oktober 1972) merupakan pemain besbol Amerika yang menjadi Amerika Afrika pertama beraksi di Major League Baseball (MLB) pada era moden. Robinson telah memecahkan garisan warna besbol apabila beliau mula beraksi sebagai first baseman untuk pasukan Brooklyn Dodgers pada 15 April 1947. Pembelian Dodgers terhadap Robinson telah menamatkan pengasingan kaum dalam besbol yang memperlihatkan pemain berkulit hitam terpaksa beraksi di liga besbol Negro sejak 1880-an. Robinson telah disenaraikan ke dalam Dewan Kemahsyuran Besbol Kebangsaan pada tahun 1962.
Jackie Robinson | |||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Second baseman | |||||||||||||||
Dilahirkan: Cairo, Georgia, A.S. | 31 Januari 1919|||||||||||||||
Meninggal dunia: Oktober 24, 1972 Stamford, Connecticut, A.S. | (umur 53)|||||||||||||||
| |||||||||||||||
Debut profesional | |||||||||||||||
NgL: 1945, untuk Kansas City Monarchs | |||||||||||||||
MLB: 15 April, 1947, untuk Brooklyn Dodgers | |||||||||||||||
Penampilan MLB terakhir | |||||||||||||||
10 Oktober, 1956, untuk Brooklyn Dodgers | |||||||||||||||
Statistik MLB | |||||||||||||||
Purata pukulan | .313 | ||||||||||||||
Home run | 141 | ||||||||||||||
RBI | 761 | ||||||||||||||
Pasukan | |||||||||||||||
| |||||||||||||||
Kerjaya cemerlang dan anugerah | |||||||||||||||
| |||||||||||||||
Ahli National | |||||||||||||||
Baseball Hall of Fame | |||||||||||||||
Pelantikan | 1962 | ||||||||||||||
Undian | 77.5% (undian pertama) | ||||||||||||||
|
Semasa karier MLB beliau selama 10 tahun, Robinson telah memenangi Anugerah Rookie Terbaik pada tahun 1947, disenaraikan sebagai All-Star buat enam musim berturut-turut dari tahun 1949 sehingga 1954 dan dinobatkan sebagai Pemain Terbaik National League (NL) pada tahun 1949 sekali gus menjadi pemain berkulit hitam pertama meraih anugerah tersebut. Robinson juga tampil di enam kejuaraan Siri Dunia dan menyumbang kepada kejayaan Dodgers pada edisi 1955.
Pada tahun 1997, Major League Baseball tidak menggunakan No. 42 seragam beliau yang berkuatkuasa kepada semua pasukan MLB. Beliau menjadi atlet sukan pertama yang menerima penghargaan sedemikian. MLB juga memperkenalkan tradisi tahunan baru, "Hari Jackie Robinson" buat kali pertama pada 15 April 2004 yang memerlukan setiap pemain dalam setiap pasukan menyarung jersi No. 42.
Karakter Robinson sebagai tidak menggunakan kekerasan dan bakatnya yang mencabar tradisi pengasingan telah membuka mata terhadap banyak aspek dalam kehidupan Amerika. Beliau mempengaruhi budaya dan menyumbang secara signifikan kepada gerakan hak asasi. Robinson turut menjadi analisis televisyen pertama sebagai orang berkulit hitam di MLB dan menjadi naib presiden berkulit hitam pertama dalam syarikat utama Amerika, Chock full o'Nuts. Pada era 1960-an, beliau membantu menubuhkan Freedom National Bank, iaitu sebuah institusi kewangan milik Amerika-Afrika yang berpangkalan di Harlem, New York. Selepas beliau meninggal dunia pada 1972, Robinson telah dianugerahkan setelah kematian Pingat Emas Kongres dan Pingat Kebebasan Presiden sebagai pengiktirafan jasa dan pencapaian beliau di atas dan di luar padang.
Pautan luar
suntingWikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Jackie Robinson |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Jackie Robinson |
Templat:Baseballstats, or Retrosheet, or Seamheads