Anjing pengutip berbulu rata

baka anjing dari England
(Dilencongkan daripada Flat Coated Retriever)

Anjing pengutip berbulu rata[a] ialah satu baka gundog yang berasal dari United Kingdom. Ia dikembangkan sebagai anjing pengutip di darat dan di dalam air.

Anjing pengutip berbulu rata
Seekor anjing pengutip berbulu rata hitam
Nama ringkasFlatcoat
Flattie
Flatte (Sweden)
Flatt (Sweden)
Negara asalEngland
Trait
Berat Jantan 27–36 kg (60–79 lb)[1]
Betina 25–32 kg (55–71 lb)[1]
Tinggi Jantan 59–61.5 cm (23.2–24.2 in)[1]
Betina 56.5–59 cm (22.2–23.2 in)[1]
Bulu Licau dan licin
Warna Hitam, hati
Saiz perinduk 4–8 ekor anak anjing
Anjing (Canis lupus familiaris)

Perihal

sunting

Penampilan

sunting

Piawaian baka anjing pengutip berbulu rata mensyaratkan agar jantan setinggi 23–25 in (58–64 cm) pada paras kelasa, dengan berat yang disyorkan 60–80 lb (27–36 kg),[1] dan agar betina setinggi 22–24 in (56–61 cm), dengan berat yang disyorkan 55–75 lb (25–34 kg).[1][2] Anjing pengutip berbulu rata mempunyai rahang berotot kuat dan muncung agak panjang. Kepalanya unik untuk baka ini dan diperihalkan sebagai "sebahagian" dengan stop minimum dan tengkorak belakang yang kira-kira sama panjang dengan muncung. Ia mempunyai mata perang gelap berbentuk badam dengan ekspresi cerdas dan ramah. Telinganya tergantung, agak kecil, dan terletak rapat-rapat dengan kepala. Oksiput (tulang di belakang tengkorak) tidak patut menyerlah (seperti yang pada seter, contohnya) dengan kepala yang mengalir dengan lancar ke arah leher yang cukup melengkung. Garis atasnya kuat dan lurus dengan ekor cukup berjumbai dengan panjang sederhana yang terangkat melurus dari belakang. Baka ini patut bersudut baik di hadapan dan di belakang, lalu membolehkan pergerakan terbuka dan mudah.

 
Anjing pengutip berbulu rata yang memegang umpan palsu

Anjing pengutip berbulu rata terdapat dengan tiga warna – hitam (paling lazim), hati, dan kuning. Walaupun anjing kuning ialah syarat penyingkiran dalam pengakuran, ia dapat bertanding dalam acara lain.

 
Seekor anjing pengutip berbulu rata jantan berusia 7 tahun

Perangai

sunting

Walaupun ia melindungi pemilik dan harta dengan salakan tegas, ia tidak mungkin menyokong bunyi sedemikian dengan agresi sebenar.[3] Oleh sebab deria bau cemerlangnya, sekali dengan tenaga tidak terbatas dan keinginan untuk menggembirakan tuannya, ia kadang-kadang digunakan sebagai anjing penghidu dadah. Ia digunakan dalam program pembiakbakaan untuk The Guide Dogs for the Blind Association di United Kingdom, sebagai baka dan sebagai baka silang dengan anjing pengutip Labrador.[4]

Paddy Petch, pengarang bagi The Complete Flat-coated Retriever, merujuk anjing ini sebagai "Peter Pan" dalam kalangan baka anjing pengutip, memandangkan ia tidak pernah mendewasa.[3]

 
Hitam ialah warna paling umum, tetapi anjing pengutip berbulu rata juga terdapat dengan warna hati (perang gelap) dan kuning, walaupun kuning tidak diizinkan oleh piawaian baka.
 
Anjing pengutip berbulu rata menyukai air.
 
Seekor anjing pengutip berbulu rata selepas berenang

Sejarah

sunting
 
Ekspresi tipikal anjing pengutip berbulu rata

Dengan asal usul pada pertengahan abad ke-19 di England, anjing pengutip berbulu rata mendapat kepopularan sebagai anjing penjaga mergastua. Sebahagian keleluhurannya dianggap telah berasal daripada ternakan yang diimport dari Amerika Utara daripada anjing air St. John's yang kini pupus, tetapi ini tidak disahkan. Pelaut Kanada dianggap telah membawa anjing Newfoundland ke pelabuhan British dan anjing itu diambil kira dalam keleluhuran anjing pengutip berbulu rata. Anjing jenis collie mungkin telah ditambahkan untuk meningkatkan kebolehlatihan baka ini bersama-sama dengan anjing Newfoundland untuk kekuatan dan darah seter untuk keupayaan penghiduan yang dipertingkatkan. Contoh pertama baka ini diperkenalkan pada sekitar tahun 1860, tetapi jenis terakhir hanya diasaskan pada 20 tahun kemudian.[5]

Selepas pengenalannya ke Amerika Syarikat, anjing pengutip berbulu rata secepatnya mendapat kepopularan sebagai gundog dan, dari tahun 1873 semasa baka ini menjadi "jenis stabil" menurut American Kennel Club sehingga tahun 1915 apabila ia diiktiraf secara rasmi sebagai baka,[6] bilangannya meningkat dengan pantas. Walau bagaimanapun, tidak lama kemudian, kepopularannya mula menurun, setelah dibayangi oleh anjing pengutip keemasan, yang sebenarnya dibiakbakakan sebahagiannya daripada anjing pengutip berbulu rata, bersama-sama dengan baka lain.[perlu rujukan] Menjelang penghujung Perang Dunia Kedua, begitu sedikit anjing pengutip berbulu rata tersisa, sehingga kemandirian baka ini tidak pasti. Walau bagaimanapun, mulai tahun 1960-an, pembiakbakaan cermat mengembalikan populasi dan baka ini mendapat kepopularan lagi, untuk kedua-dua sukan penunjukan pengakuran dan sebagai anjing pendamping peliharaan. Kini, anjing pengutip berbulu rata menikmati kepopularan sederhana dan sedang maju sebagai baka melalui pembiakbakaan teliti untuk pengakuran, kesihatan, bakat berbilang tujuan, dan perangai luar biasa yang menjadi tonggaknya. Ia masih belum kembali dalam jumlah banyak untuk pertandingan padang.

Pada tahun 2011, 'Sh Ch. Vbos The Kentuckian' (yang juga dikenali sebagai Jet), anjing pengutip berbulu rata berusia 9.5 tahun dari South Queensferry, dekat dengan Edinburgh, Scotland, memenangi Best in Show dalam Crufts.[7] Almanza Far and Flyg (yang juga dikenali sebagai Simon), dari Oslo, Norway, memenangi Kumpulan Gundog dalam Crufts pada tahun 2007.[8] Sebelum itu pada tahun 2003, seekor anjing Sweden 'Inkwells Named Shadow' juga telah memenangi Kumpulan Gundog. Anjing United Kingdom terakhir yang memenangi Kumpulan Gundog dalam Crufts ialah "Sh Ch Gayplume Dream-maker" pada tahun 2002. Dalam Crufts 2022, Baxer 'Ch. Almanza Backseat Driver', seekor anjing pengutip berbulu rata hati berusia 6 tahun dari Oslo, Norway, memenangi Best in Show. Anjing pengutip berbulu rata lain terdahulu yang memenangi Best in Show dalam Crufts ialah 'Ch. Shargleam Blackcap' pada tahun 1980. Kemenangan-kemenangan ini telah menyumbang kepada kepopularan baka ini di Eropah dan di United Kingdom.

Kesihatan

sunting

Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 11.7 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[9]

Jenis tumor paling lazim pada anjing pengutip berbulu rata merupakan histiositoma kutis dan sarkoma tisu lembut.[10] Tinjauan kesihatan anjing baka tulen di United Kingdom dari tahun 2004 menunjukkan bahawa hampir-hampir 50% kematian anjing pengutip berbulu rata disebabkan oleh suatu bentuk kanser.[11][12]

Lihat juga

sunting

Catatan

sunting
  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤڠوتيڤ بربولو رات; bahasa Inggeris: flat-coated retriever; flatcoated retriever

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d e f "FCI-Standard N° 121 FLAT COATED RETRIEVER" [Piawaian FCI No. 121 Anjing Pengutip Berbulu Rata] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 28 Oktober 2009. Dicapai pada 24 Januari 2024.
  2. ^ "Flat-Coated Retriever Society of America, Inc" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 22 November 2010. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  3. ^ a b Petch, Paddy (1988). The Complete Flat-coated Retriever [Anjing Pengutip Berbulu Rata Lengkap] (dalam bahasa Inggeris). Woodbridge, Suffolk, United Kingdom: Boydell Press. ISBN 9780851154633. OCLC 17836962.
  4. ^ "Guide Dogs National Breeding Centre - Our Breeds - Guide Dogs" [Pusat Pembiakbakaan Kebangsaan Anjing Pandu - Baka Kami - Anjing Pandu]. Guidedogs.org.uk (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Mac 2024.
  5. ^ The Reader's Digest Illustrated Book of Dogs (dalam bahasa Inggeris), 1982.
  6. ^ "Flat-Coated Retriever History" [Sejarah Anjing Pengutip Berbulu Rata]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Mac 2024.
  7. ^ "Retriever Jet Top Dog at Crufts". Daily Express (dalam bahasa Inggeris). 13 Mac 2011.
  8. ^ "Crufts 2007 Day 1 (Gundog) Show Report" [Laporan Pertunjukan (Gundog) Hari 1 Crufts 2007]. The Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). 8 Mac 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mac 2007. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  9. ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan). PMID 38302530 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 267382263 Check |s2cid= value (bantuan).
  10. ^ Morris, J. S.; Bostock, D. E.; Hoather, T. M.; Dobson, Jane M.; McInnes, E. F. (9 September 2000). "Histopathological survey of neoplasms in flat-coated retrievers, 1990 to 1998" [Tinjauan histopatologi bagi neoplasma pada anjing pengutip berbulu rata, tahun 1990 hingga tahun 1998]. Veterinary Record (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 147 (11): 291–295. doi:10.1136/vr.147.11.291. ISSN 2042-7670. PMID 11037728. S2CID 1368265.
  11. ^ Adams, Vicki J.; Evans, Katy M.; Sampson, Jeff; Wood, James Lionel Norman (1 Oktober 2010). "Methods and mortality results of a health survey of purebred dogs in the UK" [Kaedah dan keputusan mortaliti tinjauan kesihatan anjing baka tulen di United Kingdom]. Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 51 (10): 512–524. doi:10.1111/j.1748-5827.2010.00974.x. ISSN 1748-5827. PMID 21029096. S2CID 36903216.
  12. ^ Dobson, Jane M. (17 Januari 2013). Napolitano, F.; Page, R. L. (penyunting). "Breed-Predispositions to Cancer in Pedigree Dogs" [Predisposisi Baka terhadap Kanser pada Anjing Pedigri]. International Scholarly Research Notices (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 2013: 941275. doi:10.1155/2013/941275. ISSN 2356-7872. PMC 3658424. PMID 23738139. S2CID 11040267.