Satu Penentuan
Satu Penentuan merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1973. Filem Satu Penentuan diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna. Filem ini merupakan filem ketiga terakhir di dalam sinematografi hitam dan putih. Sebelum Studio Merdeka menaik taraf penerbitannya kepada filem berwarna warni.
Satu Penentuan | |
---|---|
Pengarah | M. Amin |
Penulis | M. Amin |
Dibintangi | Hussein Abu Hassan Latif Ibrahim Sharifah Hanim Maznah Ahmad |
Sinematografi | Hitam-putih |
Disunting oleh | Hashim Hamzah Ibrahim Ahmad |
Muzik oleh | Ahmad Nawab |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Shaw Organisation |
Tarikh tayangan | 1973 |
Masa tayangan | 100 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pengarah
suntingFilem ini diarahkan oleh M. Amin. Filem ini merupakan filem kedua arahan beliau di Studio Merdeka selepas berhijrah dari pengurusan Cathay-Keris Film Productions.
Ringkasan
suntingFilem ini mengisahkan Murad, (Hussein Abu Hassan) yang telah dirompak oleh para penyamun. Tetapi beliau telah diselamatkan oleh Azman, (Latif Ibrahim). Azman telah memulangkan semula beg bimbit yang berisi wang tunai sebanyak RM 40,000.00 kepunyaan Murad dan beliau telah memberi keterangan kepada pihak polis, Inspektor Dasuki (Dinda Sumantri). Azman sekali lagi bertemu dengan Murad dan kekasihnya Hanim, (Sharifah Hanim) di sebuah kelab malam. Salah seorang dari geng samseng, (Tony Azman) telah mengekori Murad di kelab tersebut. Azman pula sedang asyik bermain gitar solo dan menyanyi di atas pentas tidak sedar dengan tindak tanduk orang yang memerhatinya. Azman terus bergegas mengekori Murad dan Hanim selepas mereka meninggalkan kelab dengan tiba-tiba. Ketika itulah ketua samseng (Ibrahim Sabtu) baru muncul di kelab tersebut. Keesokkan harinya, Azman telah bertandang ke pejabat Murad, manakala ayah Murad, (Sharif Babu) seorang hartawan telah menawarkan pegawai pengiring kepada Murad sebagai langkah langkah keselamatan. Murad menawarkan sejumlah wang kepada Azman kerana membantunya semalam, tetapi Azman telah menolak tawarannya. Tujuan Azman berjumpa Murad adalah untuk mencari ayah kandungnya yang bernama Murad. Murad tidak mempercayai akan kata-kata Azman dan menyangka Azman ingin menumpang kemewahan hidup bersama orang kaya. Namun begitu, Murad mengizinkan Azman tinggal bersamanya memandangkan Murad masih bujang dan boleh menganggap Azman seperti anaknya sendirinya. Di suatu hari, Azman telah dikejar oleh geng samseng, tetapi dia berjaya meloloskan diri. Sementara itu, Murad dan Hanim pula diekori oleh ketua geng samseng. Hanim bersedia menerima Azman sebagai anak tirinya. Azman tetap bertegas tujuannya ke sini adalah untuk mencari ayah kandungnya. Murad tidak mahu sebarang bukti dari Azman tetapi menganggap dirinya sebagai ayah kepada Azman.
Murad pula akan ditunangkan dengan Rozita, (Maznah Ahmad). Mereka akan dikenalkan melalui satu sesi makan tengah hari bersama antara kekuarga Murad dengan keluarga Rozita. Hanim juga berada disitu, dia begitu cemburu. Selepas makan, Murad dan Azman telah menghantar Rozita pulang ke rumahnya. Murad menyuruh Azman supaya berpura-pura menjadi kekasih Rozita ketika Rozita sedang menukar pakaiannya di dalam bilik. Murad terus menghilangkan diri. Azman telah digoda oleh Rozita, Azman agak gementar dengan tingkah laku Rozita. Rozita juga telah tertarik hati dengan Azman. Ketika Azman pulang ke rumah, dia telah ditempeleng oleh Murad kerana mengganggu privasinya bersama Hanim. Azman mengambil keputusan untuk keluar dari rumah Murad, tetapi Murad tidak mengizinkan. Azman tetap berdegil dan akhirnya dia telah dipukul oleh geng samseng. Murad sempat membantu Azman dan dia meminta maaf kepada Azman di atas tindakannya sebentar tadi.
Di malam harinya, Azman telah menyanyikan sebuah lagu yang menyentuh perasaan Murad. Murad akhirnya sedar, Azman begitu ikhlas mencari ayah kandungnya. Murad kebingungan, lalu memberitahu masalahnya kepada ibu dan bapanya. Ibu bapanya begitu terkejut, namun begitu, beliau sanggup menerima Azman sebagai cucunya jika Azman adalah anak kandung sah milik Murad. Semasa ayah Rozita berlayar ke Indonesia, Rozita telah tinggal bersama-sama dengan keluarga Murad. Ayah Murad dan Rozita telah pergi ke rumah Murad untuk bertemu dengan Azman. Azman, Rozita, Murad dan Hanim telah keluar bersiar siar di taman, sementara itu geng samseng telah mengekori mereka dari belakang. Ketika Murad dan Hanim sedang bermanja mesra, ibu bapanya telah menangkap mereka berdua. Beliau begitu marah mengapa membiarkan Azman keluar bersama Rozita dan Hanim menggoda Murad dengan keterlaluan.
Ayah Murad telah menawarkan sejumlah wang sebanyak RM 10,000 kepada Hanim sebagai ganti rugi untuk menjauhkan diri dengan Murad kerana Murad akan bertunang dengan Rozita. Hanim sangat kecewa dan mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan pergi membawa diri. Azman pula telah ditempeleng oleh ayah Murad kerana bermesra dengan Rozita. Murad begitu berang dengan tindakan ayahnya. Murad telah banyak meminum arak sehingga mabuk dan dia telah digoda oleh Anita salah seorang geng samseng. Anita akan memerangkap Murad di dalam sebuah bilik di kelab tersebut. Tetapi Murad berjaya melepaskan diri. Murad pergi ke rumah Hanim, tetapi kekasihnya telah meninggalkan rumah. Murad kecewa dan dia pulang ke rumah dan dia telah memarahi Azman kerana jam tangannya hilang. Azman tidak mencuri jam tangan Murad. Setelah mengambil masa untuk menenangkan dirinya, baharu dia teringat yang jam tangannya diselitkan di pinggang seluarnya. Murad terus meminta maaf dengan Azman dan memujuknya supaya tidak meninggalkan rumahnya. Azman tetap ingin keluar juga dari rumah itu, kerana dia kecewa yang Murad tidak pernah mengaku Azman sebagai anak kandungnya. Sekeping gambar sebagai bukti telah ditepis oleh Murad. Azman akhirnya meminta maaf kepada Murad diatas pengorbanan menjaga dia selama dia berada di rumah itu. Murad akhirnya berbaik semula dengan Azman dan mula mengorek rahsia dari Azman. Murad bertanyakan siapa dan dimana ibu Azman berada sekarang. Azman menceritakan yang ibunya menderita sebelum meninggal dunia beberapa bulan selepas Azman dilahirkan. Azman diumpan lagi dengan Murad untuk diberikan sejumlah wang tetapi Azman terus meninggalkan rumah Murad. Rozita pula mengaku yang dia begitu sayang dengan Azman bukannya Murad. Ayah Murad begitu marah, lalu memarahi Murad jika hal ini tidak dapat diselesaikan, seluruh hartanya tidak akan diberikan kepada Murad. Murad begitu marah lalu meninggalkan rumah tersebut.
Semasa Murad termenung sendirian, dia ternampak akan sekeping gambarnya bersama Milah semasa di usia remaja. Baharulah dia teringat akan kenangan masa silamnya bersama Milah yang ketika itu sedang mengandungkan anaknya. Murad pada ketika itu akan menyambung pelajarannya ke luar negara selama 3 tahun dan perlu tinggalkan Milah yang tengah sarat itu. Murad mulai tersedar akan kesilapannya lalu dia segera mencari Azman. Azman pula sering diburu dengan geng samseng. Murad sempat memberitahu ibu bapanya tentang masa silamnya dan mengesahkan yang Azman itu adalah anak kandungnya yang sah. Suatu hari Azman diserang oleh geng penyamun dan dia berjaya menewaskan sebelum Inspektor Dasuki memberkas mereka semua. Azman terselamat dan memulakan hidup baharu, bekerja sebagai attendan pam minyak Shell. Murad telah ternampak Azman dan memujuknya kembali dan mengakui sebagai anaknya sendiri. Di persimpangan jalan, Murad telah menahan kereta yang dinaiki Hanim bersama abangnya, Murad meminta maaf selepas berkasar dengan abang Hanim dan mereka sekeluarga dipertemukan semula. Murad akhirnya akan berkahwin dengan Hanim setelah abangnya merestui manakala Azman pula akan berkahwin dengan Rozita. Azman diakui sebagai cucu yang sah kepada hartawan tersebut.
Pelakon
sunting- Hussein Abu Hassan sebagai Murad
- Latif Ibrahim sebagai Azman
- Sharifah Hanim sebagai Hanim
- Maznah Ahmad sebagai Rozita
- Sharif Babu sebagai ayah Murad
- Noorizan sebagai ibu Murad
- Ibrahim Sabtu sebagai Ketua samseng
- Dinda Sumantri sebagai Inspektor Dasuki