Dahaga (filem)

(Dilencongkan daripada Filem Dahaga)

Filem Dahaga merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1966. Filem Dahaga diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Dahaga
PengarahOmar Rojik
DibintangiAziz Jaafar
Sarimah
Muzik olehYusof B
Kassim Masdor
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
1966
Masa tayangan
95 Minit
Negara Malaysia
 Singapura
BahasaMelayu

Pengarah

sunting

Filem Dahaga diarah oleh pengarah Omar Rojik pada 1966.

Ringkasan

sunting

Kamal dan Safiah hidup bahagia sebagai suami isteri. Namun begitu Safiah meninggal dunia ketika melahirkan anak perempuannya Noraini. Kamal membesarkan Noraini seorang diri dan dibantu oleh Bidin dan Buntat. Noraini sering di ejek oleh Atan anak jirannya kerana tidak mempunyai ibu. Noraini sering bertanya kepada ayahnya di manakah ibunya berada kerana Noraini sangat merindui ibunya.

Pada suatu malam, Noraini yang bersedih telah pergi menziarah kubur arwah ibunya. Di situ Noraini telah berjumpa dengan Anum dan menganggap Anum sebagai ibunya. Anum meminta Noraini pulang ke rumah kerana sudah lewat malam tetapi Noraini menolak. Oleh itu, Anum terpaksa membawa Noraini pulang ke rumahnya. Anum tinggal bersama ayahnya yang buta dan adiknya Mariam.

Kamal, Bidin dan Buntat mencari Noraini setelah menyedari kehilangannya. Di kawasan perkuburan itu mereka bertemu dengan Anum. Alangkah terkejutnya mereka kerana wajah Anum seiras dengan wajah Safiah. Anum membawa mereka berjumpa Noraini di rumahnya.

Pelakon

sunting