6 Jahanam

(Dilencongkan daripada Filem 6 Jahanam)

6 Jahanam merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan oleh Merdeka Film Productions di Malaysia pada tahun 1969. Filem ini diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

6 Jahanam
PengarahP. Ramlee
PenulisP. Ramlee
Lakon layarP. Ramlee
Cerita olehP. Ramlee
Dibintangi
SinematografiChan Wa
Disunting olehJohari Ibrahim
Muzik olehP. Ramlee
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehShaw Organisation
Tarikh tayangan
1969
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Pengarah

sunting

Filem ini diarahkan oleh Tan Sri P. Ramlee.

Sinopsis

sunting

Di sebuah kampung bernama Pekan Saroja terdapat enam orang lelaki yang membentuk kumpulan Enam Jahanam. Mereka melakukan pelbagai kejahatan seperti merompak, memperkosa dan membunuh penduduk kampung untuk mendapatkan kekayaan dan memuaskan nafsu jahat mereka. Setelah berjaya mengumpul harta yang begitu banyak, mereka bersetuju untuk menghentikan kegiatan jahat mereka dan membawa haluan masing-masing dengan menggunakan kekayaan tersebut. Oleh kerana sifat tamak mereka, kumpulan Enam Jahanam mengambil keputusan untuk melakukan rompakan terakhir mereka di kampung Pekan Menara.

Di situ tinggal saudagar Tantari bersama isterinya Masmera. Tantari membuka kedai menjual pakaian dan kain-kain. Pada malam rompakan tersebut, Tantari telah keluar atas urusan perniagaan yang penting. Secara kebetulan, Tantari dan isterinya telah berjanji lebih awal dengan seorang tukang gambar untuk mengambil gambar mereka berdua. Oleh kerana Tantari tiada, Masmera bergambar seorang diri. Ketika tukang gambar memetik kameranya, kumpulan Enam Jahanam masuk ke kedai Tantari dan berjaya dirakam oleh kamera tersebut. Tukang gambar tersebut telah dibunuh dengan kejam sementara Masmera diperkosa dan turut dibunuh. Apabila Tantari pulang, tukang gambar sempat menunjuk ke arah Masmera dan kameranya sebelum dia meninggal dunia. Setelah gambar tersebut dicuci dan dicetak, kelihatan wajah Enam Jahanam yang bertanggungjawab terhadap kematian isterinya.

Tantari yang pernah menuntut ilmu pendekar berazam untuk menghapuskan Enam Jahanam berpandukan gambar tersebut. Dalam perjalanannya, dia singgah ke sebuah kedai untuk makan dan minum. Disitu dia dikhianati oleh beberapa orang warga kampung dalam masa yang sama layanan buruk diberi untuknya daripada peniaga kedai tersebut. Lalu dia gunakan kekuatan nya menentang mereka sambil memberi arahan supaya dipertemukan dengan majikan kedai tersebut. Terkejut dirinya melihat wajah majikan kedai tersebut yang merupakan salah seorang ahli daripada 6 Jahanam iaitu Mumbala lalu Tantari menentangnya sehingga mati sambil bertanyakan siapa dan dimana ahli anggota 6 Jahanam yang lain berada.

Rujukan pertanyaan tadi, Tantari ke kampung sebelah mencari ahli yang lainnya, Jugandas. Mendapat pertolongan daripada Damburi yang muncul secara mencurigakan. Damburi menjejaki Tantari dari belakang sehingga sampai ke sebuah kedai. Di situ, Damburi menguji kehebatan Tantari yang mahir akan ilmu pendekar. Melihat itu, Damburi kagum akan kehebatannya dan bersepakat bersama Tantari menentang 6 Jahanam. Sedang leka mereka berborak, Jugandas datang bersama pengawalnya memaklumkan kepada penduduk kampung untuk membunuh pemimpin kampung tersebut. Melihat Jugandas disitu, serta-merta dibunuh oleh Tantari dan Damburi dan soalan sama ditanya dimana Sujamang berada.

Tantari dan Damburi segera ke rumah Sujamang lalu menghapuskannya. Sesudah itu, mereka ke kedai emas milik Katipang dan menyamar untuk membeli emas yang termahal. Lalu Tantari dijemput masuk ke bilik milik Katipang tersebut. Tanpa membuang masa Katipang dibunuh di dalam bilik tersebut oleh Tantari dan ditanya dimana Paragas berada.

Segera mereka ke Tabung Rakya'at milik Paragas yang bersebelahan dengan kedai emas Katipang. Segera Tantari mengutuskan untuk menyimpan barang berharga ke Tabung milik Paragas. Lalu Tantari dijemput masuk ke dalam bilik milik Paragas dan menyatakan dia ingin menyimpan senjata ke tubuh Paragas. Tanpa disedari Tantari, dia diperangkap oleh Paragas sehingga menyebabkan Tantari jatuh ke lubang simen yang dibina Paragas bagi keselamatan. Kelewatan Tantari keluar dari bilik tersebut menyebabkan Damburi serbu masuk sekali lalu menyerang Paragas dan menyelamatkan Tantari dengan membuka pintu lubang simen.

Selesai urusan mereka di situ, mereka ke rumah ahli 6 Jahanam yang terakhir iaitu Kerambit di Kampung milik Damburi sendiri. Kelihatan Kerambit sedang mengajar murid-muridnya ilmu pendekar dan mengaku dirinya adalah orang terkuat. Tanpa disedari, pemuda-pemuda tersebut ditipu oleh Kerambit sambil menyatakan juga bahawa Damburi juga pernah menuntut ilmu daripadanya. Setibanya Tanturi dan Damburi ke situ, semua pembohongan Kerambit terbongkar selepas Damburi menceritakan hal sebenar. Serta-merta Kerambit dibunuh oleh Tanturi sebagai tebusan nyawa kematian isterinya.

Selesai keenam-enam jahanam dibunuh, Tanuri dijemput ke rumah Damburi dan diminta oleh Damburi untuk menjadikan Tantari sebagai suami adiknya. Permulaannya Tantari menolaknya, namun setelah adik Damburi pulang ke rumah dan dilihat wajah adik Damburi yang mirip akan arwah isterinya, beliau terkejut dan menyatakan namanya. Dalam masa yang sama, muncul pulang pula ayah Damburi. Mengejutkan Tantari sekali lagi, Mahaguru Sanggabuana nya yang merupakan mahaguru yang selama ini mengajarnya ilmu pendekar berada di situ. Akhirnya kebenaran terbongkar bahawa mahagurunya adalah bapa kepada Damburi dan adik perempuan Damburi, Mastika merupakan saudara kembar arwah isterinya, Masmera.

Barisan pelakon

sunting

Pelakon Utama

sunting

Kumpulan Enam Jahanam

sunting
  • Sharif Babu sebagai Mumbala
  • Ibrahim Sabtu sebagai Jagindas
  • J. B. Yusof sebagai Sujamang
  • Kamal Idris sebagai Katipang
  • Osman Botak sebagai Paragas
  • Ahmad Dadida sebagai Karambit, Ketua Kumpulan (kepala enam jahanam)

Pelakon Pembantu

sunting
  • Idris Hashim sebagai Mahaguru Sanggabuana (ayah Masmera dan Mastika dan Laksamana Damburi)
  • Minah Hashim sebagai isteri Sanggabuana dan emak kepada masmera, mastika dan laksamana damburi
  • Karim Latiff sebagai Sultan
  • Yusof Bujang sebagai Apek (tauke gambar)
  • Tony Azman sebaga Samseng Kedai di Mumbala
  • Tamam Idris sebagai Samseng di Kedai Mumbala
  • Rahman B. sebagai Samseng di Kedai Jagindas
  • Rahim B. sebagai Samseng di Kedai Jagindas

Trivia

sunting

Watak Laksamana Damburi lakonan seniman Yusof Latiff terlebih dahulu ditawarkan kepada S. Roomai Noor. Namun ditolak atas alasan tidak mahu terlibat dengan mana-mana pengambaran ketika itu, terus P. Ramlee menerbangkan Yusof Latiff dari Singapura untuk mengisi kekosongan. Filem ini diadaptasi daripada filem koboi The Bravados (1958) mengenai seorang suami yang membalas dendam atas kematian isterinya.

Pautan luar

sunting