Fikry Ibrahim
Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim (lahir 16 April 1994)[a] ialah seorang pelakon, pelawak dan pengacara lelaki Malaysia.[1][2] Kerjayanya bermula selepas dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga dalam program Lawak Solo 2016. Selain sebagai pelawak, Fikry juga merupakan seorang pelakon dan pengacara.[3][4][5]
Fikry Ibrahim | |
---|---|
Kelahiran | Ahmad Fikry bin Ahmad Ibrahim 16 April 1994 |
Pendidikan | Diploma Komunikasi Massa (Pengiklanan) |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
Pekerjaan | Pelakon, pelawak, pengacara |
Tahun aktif | 2016–kini |
Kehidupan awal
suntingFikry dilahirkan pada 16 April 1994 di Jitra, Kedah. Beliau merupakan graduan Diploma Komunikasi Massa (Pengiklanan) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan yang sama.[2][6][7]
Kerjaya
suntingSebelum memulakan kerjaya hiburan, Fikry terlebih dahulu bekerja di kedai dobi selama setahun. Beliau memulakan kerjaya pentas dengan mengambil bahagian dalam rancangan Lawak Solo 2016 yang bersiaran di Astro Warna.[8]
Selepas Lawak Solo 2016 tamat,[9] Fikry melangkah ke bidang lakonan dengan menjayakan watak penting bersama Uqasha Senrose dalam Hero Seorang Cinderella yang dibintangi oleh Fattah Amin dan Fazura. Dalam drama ini, beliau memegang watak Noah Farizzam. Beliau paling dikenali menerusi gandingannya bersama penyanyi Siti Nordiana menerusi telefilem Cekelat Semanis Honey dan Cekelat Tak Semanis Honey, seterusnya muncul bersama drama Cekelat Honey.
Beliau bersama-sama Farah Nabilah menjadi penyampai anugerah bagi kategori Artis Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2018 yang berlangsung pada 28 September 2018.[10]
Beliau berlakon bersama Farah dalam drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek, yang diadaptasi dari novel The Misadventures of Cik Reen & Encik Ngok Ngek karya Maya Adira, di mana beliau memegang watak sebagai Harris Zakuan.[11]
Beliau juga menjadi model untuk muzik video lagu Siti Nordiana iaitu "Hatiku Milikmu" (2018) dan "Angkara" (2020). Fikry bersama rakan niaga, Datuk Khairil Muzamil Abd Rahman mengasaskan aplikasi GoEat yang membantu perniagaan masakan dari rumah dan penghantaran makanan, ia diperkenalkan pada Januari 2020.[12]
Penerimaan media
suntingDikenali sebagai selebriti yang berkulit sawo matang, Fikry amat mementingkan aspek pendidikan meskipun bergelar selebriti. Beliau dilaporkan mempunyai jumlah pengikut seramai 50,000 pengikut di laman Instagram. Jumlah pengikutnya semakin meningkat sejak menyertai Lawak Solo 2016 dan mengacarakan Gema Gegar Vaganza.[13] Selain itu, beliau juga bertekad untuk bebas dari sebarang kontroversi.[14] Baru-baru ini, berita kurang enak berlaku antara Fikry dan pengarah terkenal, Michael Ang dimana Fikry telah menyuarakan pendapat tentang sikap stesen TV dan pengarah yang sering mengambil pelakon sama dalam drama atau telemovie. Namun begitu, Michael seperti mengagak siapakah gerangan pengarah yang dimaksudkan dan amat marah kepada Fikry sehingga beliau membongkar sikap sebenar Fikry sewaktu mereka sama-sama bekerja dalam drama Rahsia Perempuan di dalam akaun Instagram milik Michael. Fikry cuba untuk tidak cepat melatah walaupun dikecam ramai netizen. Padanya, beliau tidak menyebut nama sesiapa pun dan mencabar agar mencari bukti jika dia didapati bersalah.
Filemografi
suntingFilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Pengarah | Catatan |
---|---|---|---|---|
2023 | Rahsia | Hamdan | Shamyl Othman | Filem pertama |
2024 | Jadi Raya Tak Jadi | Isqandar Jebat | ||
Takluk: Lahad Datu | Inspektor Saiful Zaini | Zulkarnain Azhar |
Drama
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2017 | Hero Seorang Cinderella | Noah Farizzam | Astro Ria | Drama pertama |
Kerna Syurga Bukan Percuma | Khairul Rhafeeq | Astro Oasis | ||
2018 | Rahsia Hati Perempuan | Mikael | Astro Ria | |
Cik Reen & Encik Ngok Ngek | Harris Zakuan | |||
Cekelat Honey | Adam Iskandar | Astro Citra | ||
2019 | Encik Iman Ekspres | Engku Razil | Astro Ria | |
Kau Yang Pertama | Farhan | TV3 | ||
Rindu Yang Terlarang | Fariz (Faith) | Astro Ria | ||
2020 | The Bridge 2 | Zeckri Ishak | Viu | |
2021 | Ayahanda | Aziz | TV3 | |
Keluarga Baha Don (Musim 3) | Booby Bs Bachan | Viu | ||
Dear Cinta | Emir | TV3 | ||
2022 | Kerana Dia Suka | Idham | Berpasangan dengan Rita Nadira & Nina Smith | |
Nusyuz Berkiblat Cinta | Adam | Astro Ria | ||
Impian Lara | Andy | Awesome TV | ||
Jesnita | Zainal | Astro Prima | ||
2023 | Tanah Kubur (Musim 16) | Kamal | Astro Oasis | Episod: "Mempergunakan Anak Yatim" |
2024 | Bercakap Dengan Jun | Sam | Astro Ria | |
Lara Kasih | Khairil | TV3 |
Telefilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2017 | Cekelat Semanis Honey | Adam | Astro Citra |
Gitu-Gitu Raya | Fikry | Astro Warna | |
Pok Ya Cong Codei | Rasdan | Astro Citra | |
2018 | Cekelat Tak Semanis Honey | Adam | |
Enam/6 | Daniel | ||
2019 | Cinta Sesungguhnya | Razlan | TV3 |
Cik Reen Encik Ngok Ngek Raya | Harris Zakuan | Astro Ria | |
Dato S | Arman | Astro First Ekslusif | |
Abang Tinted dan Handbag Ajaib | Zakuan | Astro Citra | |
Tebus | Mikail | ||
2020 | Janji Jantan | Hassan | |
2021 | Selumbar | Aiman | TV1 |
2022 | Biar Aku Jadi Imammu | Fitri | |
Artis Pujaanku Mai Beraya | Zain | TV3 | |
Hantu Balik Pagi | Azman | Astro Citra | |
2023 | Gadis KOL | Fauzi/Poije | Astro Citra |
Langit Tak Mendengar | Nabil | Astro Ria | |
Latah Fighter | Astro Warna |
Videografi
suntingTahun | Tajuk | Penyanyi | Catatan |
---|---|---|---|
2020 | Angkara | Siti Nordiana |
Televisyen
suntingTahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2016 | Lawak Solo | Peserta | Astro Warna | |
2017 | Super Spontan Superstar 2017 | |||
Padan Muka | Artis Jemputan | |||
Selera Rasa Seksa | bersama Zarul Husin | |||
Gema Gegar Vaganza | Pengacara | Astro Ria | ||
The Kucin Show | Artis jemputan | bersama Uqasha Senrose | ||
CCTV | bersama dengan Fendy Bakry dan Fadzil Zahari untuk mempromosikan Kerna Syurga Bukan Percuma | |||
2018 | Gema Gegar Vaganza 2 | Pengacara | ||
Hotspot | ||||
Experience Ready Set Action | ||||
Seram Selebriti | Artis Jemputan | Astro Prima | ||
Solo Yolo | Astro Ria | |||
MeleTOP | Artis Jemputan | bersama dengan Janna Nick, Sharifah Sakinah & Hael Husaini untuk pencalonan AME18 | ||
I Can See Your Voice Malaysia | ntv7 | |||
Oh My Family Raya | Astro Ria | jemputan bagi menjaga anak Tya Arifin dan Asyraf Khalid, Arif Jiwa. | ||
2019 | MeleTOP | bersama Nelydia Senrose, Ben Amir dan Issac Iman untuk mempromosikan drama Encik Iman Ekspres | ||
Bintang Bersama Bintang Final | TV3 | artis jemputan bagi peserta Mamak Puteh | ||
Cinta Overhaul Aidilfitri | Dr Emir | Astro Warna | ||
Arena Panggang Marah Marah Sayang | Peserta | |||
Naura Shares (Musim 3) | Artis Jemputan | Astro Ria | Episod 1 | |
MeleTOP | artis jemputan bagi promosikan drama terbaru bertajuk Rindu Yang Terlarang di slot terbaru Astro Ria, Slot DramaVaganza (29 Oktober 2019) | |||
MeleTOP | artis jemputan bersama Kamal Adli, Zulin Aziz dan Puteri Aishah bagi mempromosikan filem untuk saluran Astro First Ekslusif ,telefilem Dato S(5 November 2019) | |||
2020 | Senang Terhibur 2 | TV3 | artis jemputan bersama Mimi Lana dan Azrel Ismail (29/3/2020) | |
Belaian Kasih 2 | Pengacara | TV AlHijrah | bersama dengan PU Azman | |
Trek Selebriti | Artis Jemputan | Astro Ria | tetamu jemputan (19 Ogos 2020) | |
Ratu Hijabista | Pengacara | Astro Prima | bersama Uyaina Arshad | |
Punchline DAC | Artis Jemputan | Astro Warna | Tetamu Jemputan bersama Datuk Jalaluddin Hassan dan Peninju Wanita, Nur "Pheonix'Diana (9 September 2020) | |
Mana Bro | Pengacara | Astro Ria | rancangan 'gameshow' | |
Gegar Vaganza 7 | Artis Jemputan | tetamu jemputan dalam video clip Kapsul Gegar Vaganza Minggu ke-8 versi Linda Nanuwil. | ||
Jenaka Kampung Kalut (Musim 6) | Aryan | TV3 | Episod: "Aryan Mera Phyar" | |
2022 | Dewi Remaja 2022 | Pengacara | Astro Ria | |
2024-kini | Melodi | TV3 | mengacara bersama Ain Edruce |
Anugerah dan pencalonan
suntingTahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2016 | Lawak Solo 2016 | Tempat Ketiga | Fikry | Menang |
2018 | Anugerah MeleTOP Era 2018 | Artis Lawak MeleTOP | Fikry (Cekelat Semanis Honey) | Tercalon |
Drama MeleTOP | Cekelat Semanis Honey | Tercalon | ||
Drama Meletop | Hero Seorang Cinderella | Tercalon | ||
Program MeleTOP | Gema Gegar Vaganza | Tercalon | ||
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 | Artis Baru Lelaki Popular | — | Tercalon | |
Pengacara TV Popular | — | Tercalon | ||
2019 | Anugerah MeleTOP Era 2019 | Pelakon MeleTOP | — | Tercalon |
Hos MeleTOP | — | Tercalon | ||
2020 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2020 | Pelakon TV Lelaki Popular | — | Tercalon |
Anugerah Melodi Drama Sangat | Hero Sangat | Kau Yang Pertama | Tercalon | |
Gempak Most Wanted 2020 | Artis Kacak Tergempak 2020 | — | Tercalon |
Catatan
sunting- ^ Beliau berkongsi tarikh lahir dengan pelakon Kamal Adli yang 8 tahun lebih tua daripadanya. Hal ini kerana, Kamal lahir pada 16 April 1986 manakala Fikry lahir pada 16 April 1994.
Rujukan
sunting- ^ Bissme S. (22 Jun 2020). Comedian first, an actor second The Sun, Malaysia. Dicapai pada 25 Jun 2020.
- ^ a b Azlan Jusoh (6 Mei 2017). "Biodata Fikry Ibrahim". Azhan.co. Dicapai pada 23 Jun 2018.
- ^ Fikry Ibrahim selesa berlakon, belawak, dan mengacara Astro Awani (8 September 2017). Dicapai pada 8 September 2017.
- ^ Najiy Jefri (10 Mac 2018). Walaupun sibuk, saya gembira Harian Metro. Dicapai pada 10 Mac 2018.
- ^ Subki Sudarji (13 Mei 2017). Dunia baharu Fikry Ibrahim Sinar Harian. Dicapai pada 8 Jun 2017.
- ^ Fikry sambung belajar lagi Sinar Harian. 1 Mac 2020. Dicapai pada 25 Mac 2020.
- ^ Arina Azlan (4 Oktober 2018). "Makna bahagia Fikry Ibrahim". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-09. Dicapai pada 25 Mac 2019.
- ^ Mohd Haikal Isa (14 Ogos 2019). Optimisme seni Fikry Ibrahim Kosmo!. Dicapai pada 20 Ogos 2019.
- ^ Ramlah Zainal (17 Mei 2019). Fikry rasa bertuah Harian Metro. Dicapai pada 20 Ogos 2019.
- ^ Munady (31 Julai 2018). "APM 2018 memperkenalkan nominasi edisi ke-17". Citra Selebriti. Dicapai pada 6 Ogos 2018.
- ^ Kamaruddin Razal (9 Oktober 2018). ""Fall in Love with Cik Reen & Encik Ngok Ngek" - Peminat Suka Tonton Gandingan Fikry Ibrahim & Farah Nabilah". Astro Gempak. Dicapai pada 14 Oktober 2018.
- ^ "Fikry Ibrahim harap aplikasi GoEat mampu membantu bisnes masakan dari rumah". XTRA. Dicapai pada 25 Januari 2020.
- ^ Biodata Fikry Ibrahim Diarkibkan 2018-06-23 di Wayback Machine Oh My Media (22 Mei 2017). Dicapai pada 23 Jun 2018.
- ^ Najiy Jefri (18 Ogos 2019). Tekad sifar kontroversi - Fikry Ibrahim Harian Metro. Dicapai pada 20 Ogos 2019.