Angkara (lagu)
"Angkara" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh Siti Nordiana, hasil nukilan beliau sendiri bersama Sharon Paul dan Ahmad Fedtri Yahya dan dikeluarkan pada 17 Julai 2020 oleh Seventeen Eleven Music.[1][2] Sebuah muzik video telah diterbitkan bagi mempromosikan single ini, diarahkan oleh Khairul Hazwan.[3] Ia juga menjadi lagu tema drama Angkara Cinta dan Runut Bunyi drama Rindu Awak Separuh Nyawa.
"Angkara" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Siti Nordiana | ||||
Dilancarkan | 17 Julai 2020 | |||
Dirakamkan | Disember 2019 | |||
Format | Muat turun digital | |||
Genre | Balada | |||
Panjang | 4:01 | |||
Syarikat | Seventeen Eleven Music | |||
Penulis |
| |||
Penggubah | Siti Nordiana, Ahmad Fedtri Yahya | |||
Kronologi single Siti Nordiana | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Latar belakang
suntingProses rakaman "Angkara" dijalankan pada Disember 2019.[4] Ia menyaksikan pertama kali Siti Nordiana bekerjasama dengan Sharon Paul dan Ahmad Fedtri Yahya. Beliau dan Sharon telah berbincang mengenai lagu itu dan berpeluang menjalani rakaman. Beliau berkata: “Sebenarnya, agak lama juga saya peram lagu ini. Sebab pertama kali dengar lagu ini adalah versi asal. Kemudian, Sharon ada membuat perubahan sedikit untuk versi rakaman. Tapi, apabila dengar versi itu, saya lebih suka mendengar versi asal. Jadi, kami ambil keputusan untuk merakamkan versi asal itu,”.[4][5]
Muzik video
suntingSebelum pelancaran rasmi single, muzik video rasmi untuk "Angkara" telah diterbitkan dalam bentuk drama pendek empat episod arahan Khairul Hazwan. Episod pengenalan dipertontonkan di saluran YouTube rasmi Seventeen Eleven Music pada 3 Julai 2020, manakala episod 2 ditayangkan pada 8 Julai dan episod 3 pada 13 Julai. Episod keempat menjadi muzik video rasmi "Angkara" dilancarkan serentak dengan singlenya. Muzik video ini juga dibintangi oleh Fikry Ibrahim.[3][6]
Menurut Nana, idea ini tercetus selepas melihat anaknya, Muhammad Rayyan Nakhaie yang suka menonton filem pendek di YouTube, manakala idea jalan cerita diinspirasikan daripada kisah masalah rumah tangga yang dipaparkan dalam drama dan filem.[3] Sejak dikeluarkan, muzik video rasmi "Angkara" telah mencapai 75,000 tontonan dan berada di kedudukan ke-24 carta sohor kini selepas 13 jam pelancaran rasminya. Ia turut berada di kedudukan teratas carta iTunes.[7][8]
Format dan senarai runut
sunting- Muat turun digital[9]
- "Angkara" – 4:01
Sejarah keluaran
suntingNegara | Tarikh | Format | Label |
---|---|---|---|
Malaysia | 17 Julai 2020 | Muat turun digital[9] pensitriman digital[10] |
Seventeen Eleven Music |
Rujukan
sunting- ^ "Angkara Siti Nordiana". Media Hiburan. 6 Julai 2020. Dicapai pada 21 Julai 2020.
- ^ "Angkara Siti Nordiana tampil kelainan". OneNews. 21 Julai 2020. Dicapai pada 21 Julai 2020.
- ^ a b c Budiey (7 Julai 2020). "Angkara Siti Nordiana, video muzik jadi drama pendek". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 22 Julai 2020.
- ^ a b Khadijah Ibrahim (19 Julai 2020). "Angkara Siti Nordiana menjadi! Babak tambahan mengejutkan". Kita Reporters. Dicapai pada 21 Julai 2020.
- ^ "Sekali dengar dah suka..." Berita Harian. 19 Julai 2020. Dicapai pada 21 Julai 2020.
- ^ Khadijah Ibrahim (7 Julai 2020). "Siti Nordiana berubah angkara lakonan Fikry". Bebas News. Dicapai pada 21 Julai 2020.
- ^ Khai Azfar (20 Julai 2020). "Kini trending! Angkara Siti Nordiana tampil kelainan". Murai.my. Dicapai pada 21 Julai 2020.
- ^ Rafiq Mazlan (18 Julai 2020). ""Ini pertama kali sepanjang kerjaya saya buat perkara ini" - Wow! Angkara Siti Nordiana kini trending". Media Hiburan. Dicapai pada 21 Julai 2020.
- ^ a b "Angkara - Single by Siti Nordiana on Apple Music". Apple Music. Dicapai pada 21 Julai 2020.
- ^ "Angkara - Single by Siti Nordiana". Spotify. Dicapai pada 21 Julai 2020.