Ferdinand I dari Romania
Ferdinand I (Ferdinand Viktor Albert Meinrad; 24 Ogos 1865 – 20 Julai 1927) merupakan seorang Raja Romania dari 10 Oktober 1914 sehingga kemangkatan beliau pada tahun 1927.
Ferdinand I | |||||
---|---|---|---|---|---|
Raja Romania | |||||
Pemerintahan | 10 Oktober 1914 – 20 Julai 1927 | ||||
Kemahkotaan | 15 Oktober 1922 | ||||
Didahului oleh | Carol I | ||||
Diikuti oleh | Michael I | ||||
Pemakaman | Curtea de Argeș, Romania | ||||
Pasangan | Marie dari Edinburgh | ||||
Anakanda | Carol II Elisabeth Maria, Ratu Yugoslavia Nicholas, Prinz von Hohenzolllern Ileana, Archduchess dari Austria Putera Mircea | ||||
| |||||
Kerabat | Hohenzollern-Sigmaringen | ||||
Ayahanda | Leopold dari Hohenzollern | ||||
Bonda | Antónia dari Braganza | ||||
Agama | Roman Katolik |
Kehidupan awal
suntingBeliau telah dilahirkan di Sigmaringen yang terletak di barat daya Jerman, Putera Ferdinand Viktor Albert Meinrad dari Hohenzollern-Sigmaringen. Nama itu kemudian dipendekkan kepada Hohenzollern. Dalam keluarganya, beliau dipanggil dengan Nando. Ferdinand I adalah anak kepada Leopold, Putera Hohenzollern-Sigmaringen dan Infanta Antónia dari Portugal (1845-1913)[1]
Sepupu kepada ibu Ferdinand ialah Tsar Ferdinand I dari Bulgaria yang menaiki takhta Bulgaria bermula pada tahun 1887 dan Bulgaria merupakan musuh besar dalam Kerajaan Romania. Selain itu, Kaiser Franz Joseph I iaitu raja dari Austria-Hungary dan pemerintah Transylvania ialah keturunan Ferdinand.
Raja Romania
suntingFerdinand menggantikan bapa saudaranya iaitu Domnitor Carol I yang mangkat pada 10 Oktober 1914. Tidak lama selepas itu, beliau menjadi Raja Romania yang kedua sehingga kematiannya pada 20 Julai 1927.
Perang Dunia Pertama
suntingKetika pemerintahan beliau, Romania terlibat dalam Perang Dunia Pertama dan menyertai tentera Bersekutu dengan menentang Kuasa Tengah pada 27 Ogos 1916. Beliau juga mengangkat sumpah di hadapan Parlimen Romania pada tahun 1914: 'Saya akan memerintah Romania dengan baik'.
Apabila Dobruja dan Wallachia diduduki oleh Kuasa-Kuasa Tengah, Romania berjuang pada tahun 1917 dan menghalang tentera Jerman untuk ke Moldova. Pada tahun 1918, Romania dikelilingi oleh Kuasa Tengah dan terpaksa membuat kesimpulan dalam Perjanjian Bucharest 1918. Walau bagaimanapun, Ferdinand enggan menandatangani perjanjian itu. Apabila tentera Bersekutu mara di Thessaloniki, Bulgaria menyerah kalah dari perang dan Ferdinand mengarahkan mobilisasi semula Tentera Romania. Akhirnya, Romania menyertai tentera Bersekutu.
Hasil daripada usaha perang Romania adalah wilayah Bessarabia, Bukovina dan Transylvania menyertai Kerajaan Romania pada tahun 1918. Ferdinand menjadi pemerintah Romania yang sangat besar dalam tahun 1918-1920 berikutan kemenangan Bersekutu ke atas Kuasa Tengah. Peperangan di antara Kerajaan Romania dan Republik Soviet Hungary. Ini menyebabkan Romania berjaya menawan Budapest di Hungary.
Zaman baru dalam sejarah Romania bermula pada hari Kesatuan Transylvania dengan Romania (Hari Kesatuan Besar, Marea Unire). [2][3][4] Tempoh ini akhirnya berakhir dengan perjanjian antarabangsa yang membawa kepada Perang Dunia Kedua. Bahagian-bahagian Romania diserahkan kepada negara jirannya iaitu Hungary dan Bulgaria. Oleh itu, ia dilihat sebagai satu percubaan untuk memprovokasi negara ini.[5][6][7]
Kemangkatan
suntingFerdinand meninggal dunia di Sinaia pada tahun 1927 dan digantikan oleh cucunya Michael I.
Rujukan
sunting- ^ "Ferdinand I". Dicapai pada 28 March 2013.
- ^ http://www.cimec.ro/Istorie/Unire/conti_eng.htm
- ^ Vasile Goldiș
- ^ http://docs.google.com/viewer?a=v&q=cache:m2CBTHFwkd0J:www.international-journal-of-axiology.net/articole/nr13/art11.pdf+%22marea+unire%22+%22great+union%22&hl=en&gl=us&pid=bl&srcid=ADGEESgrcm7HUCWRr63VANfV3q4OjKuLHijxPRvYGpvo82Mv3QPoncXcMex66GoqjhohXStAG8fFU2dr0DrASVSvAyrNE1aOGqFfcxXakjDg-plP4mmVNPyF37h0ow8mY39pmbpqqmtr&sig=AHIEtbTh4_tteyghnKsqHJrER83EsmimLw, page 158
- ^ Institute for Operative-Strategic Studies and Military History, Romania in World War II 1941–1945, Publishing House Sylvi, Bucharest 1997. ISBN 973-9175-24-4
- ^ http://books.google.com/books?id=tu4WAAAACAAJ&dq=inauthor:%22Institute+for+Operative-Strategic+Studies+and+Military+History%22&hl=en&ei=GdTGTNuFKoa6sQPnzO2GDQ&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=1&ved=0CC8Q6AEwAA
- ^ "King Ferdinand I". Dicapai pada 28 March 2013.
Ferdinand I dari Romania Cabang kadet bagi Kerabat Hohenzollern Tarikh keputeraan: 24 Ogos 1865 Tarikh kemangkatan: 20 Julai 1927
| ||
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Carol I |
Raja Romania 10 Oktober 1914 – 20 Julai 1927 |
Diikuti oleh: Michael I |