Senarai watak Upin & Ipin
Berikut ialah nama, pelakon suara dan huraian bagi setiap watak dalam siri Upin & Ipin (sesetengahnya juga dipaparkan dalam filem Geng: Pengembaraan Bermula dan Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal).
Ringkasan
suntingUpin dan Ipin ialah sepasang adik-beradik lelaki kembar Melayu yang tinggal bersama kakak dan nenek mereka di sebuah rumah kampung yang terletak di Kampung Durian Runtuh. Mereka berdua telah kehilangan kedua-dua ibu bapa sewaktu kecil (seperti dinyatakan dalam episod Hari Raya, Istimewa Hari Ibu dan Irama Raya).
Keluarga Upin & Ipin
suntingArrosa binti Abdul Salam (Mahayunie bte Mohd Daing) [musim 1], Ida Shaheera [musim 2-7 "Nenek Si Bongkok Tiga"], Sheila [musim 7 "Usahawan Muda"], Neysa [musim 8-sekarang] ialah kakak sulung kepada Upin & Ipin. Dari luaran dia nampak garang tetapi sebenarnya dia seorang kakak yang pengasih. Dia suka mengambil kesempatan untuk mempermainkan adik-adiknya.
Cik Siti / Mak Uda (Hjh. Ainon Ariff) ialah nenek (lebih dipanggil sebagai Opah) kepada Upin, Ipin dan Ros. Dia berhati murni dan lebih berlemah-lembut kepada Upin dan Ipin berbanding Ros. Dia adalah bijaksana mengenai hal-hal duniawi dan keagamaan.
Ibu bapa Upin & Ipin
suntingMenurut Opah pada "Hari Ibu Sedunia", Mak Upin & Ipin merupakan orang yang baik, suka tolong orang, tak garang, lemah lembut, cantik, dan memiliki tahi lalat seperti Opah.
Menurut pencipta watak Upin & Ipin, Mak & Ayah Upin dan Ipin meninggal kerana dibunuh.[1]Bukan dibunuh oleh sesuatu watak, tetapi pencipta sendiri. Ini kerana mereka tidak sempat menyiapkan watak Mak & Ayah Upin dan Ipin kerana mengejar 'dateline'.
Kawan-kawan Upin & Ipin
suntingEhsan bin Azzarudin (Mohd. Syahmi Abdul Hamid (musim 1-4 "Kisah Pisang dan Cengkerang), Fareez Daniel (musim 4 "Kenangan Manis") ialah sepupu Fizi yang tinggal bersebelahan sahaja. Dia juga memegang jawatan "ketua kelas" dalam bilik darjah Upin dan Ipin di tadika, dengan mengenakan bowtie pada pakaian sekolahnya sebagai bukti. Meskipun suka menyepi, canggung dan cerewet tentang gaya, dia tetap seorang kawan setia. Fizi gemar mengejeknya dengan gelaran "Intan Payung" kerana terdengar bapa Ehsan memanggilnya sebegitu dan di rumah Ehsan dihormati seperti Intan Payung.
Jarjit Singh (Mohd Shafiq Mohd Isa) (Musim 2-6), (Muhammad Hafiz) (Musim 7) ialah seorang kanak-kanak lelaki berketurunan India Punjabi. Meskpiun sebaya usianya dengan rakan-rakan sekelas yang lain tetapi suaranya garau seolah-olah dewasa. Jarjit juga dikenali kerana kepandaian berjenaka dan berpantun, khususnya pantun dua baris yang bermula dengan "Dua tiga". Ketika diperkenalkan dulu, Jarjit seolah-olah disisihkan ketika cuba menyertai permainan orang lain, tetapi lama-kelamaan rakan-rakannya membiasakan diri dengan gelagat Jarjit ketika bermain.
Muhammad Al-Hafezzy bin Ucop (Ida Rahayu Yusoff) (Musim 1-6), (Rufaidah) (Musim 7), atau lebih mesra dikenali sebagai Fizi, adalah seorang jiran kepada Upin dan Ipin. Dia bersifat penuh keyakinan dan amat dimanjakan ibu bapanya. Kadang-kala dia kelihatan suka bercakap besar dan mengejek, terutamanya memanggil Ehsan dengan jolokan "Intan Payung" yang sering dipanggil oleh bapa Ehsan. Sesekali Fizi didapati menunjukkan sikap mengecut, tetapi sebenarnya baik hati dan mesra orangnya.
Ismail bin Mail (Muhd Hasrul bin Isa) (Musim 2-8), (Musyrif) (Musim 8-11), (Usayd) (Musim 12) adalah yang paling rajin di kalangan kawan-kawan Upin dan Ipin, bukan sahaja di sekolah, bahkan juga gigih mencari rezeki dengan membantu ibunya di gerai ayam goreng. Adakalanya dia juga melibatkan diri dalam gelagat nakal adik beradik kembar ini tetapi gopoh-gapah dan sukar memberi tumpuan. Mail diperkenalkan dalam siri Setahun Kemudian, ketika dia sukar hendak menunaikan puasa walaupun sudah cukup umur, tetapi dia juga membantu ibunya menjual makanan di Pasar Ramadan. Akhirnya dia berpuasa juga semenjak episod Berpuasa bersama Kawan Baru.
Dzul
suntingMuhd Dzulkifli (Muhd Amirul Zarizan), Rufaidah (Musim 6) adalah rakan sekelas Upin dan Ipin yang menjadi "penterjemah" Ijat kerana Ijat hanya pandai menggunakan bahasa Isyarat & Bahasa Bulu - Bulu.
Ijat
suntingMuhammad Izzat (Muhammad Izzat Ngathiman) (Musim 2-10), Irfan (Musim 11) ialah seorang kanak-kanak lelaki berketurunan Jawa hanya pandai menggunakan bahasa isyarat & bahasa bulu-bulu tetapi Ijat tidak boleh membaca dan bercakap. Akan tetapi setelah Cikgu Jasmin mengajarnya Ijat semakin pandai bercakap dan membaca.
Xiao Mei Mei (Yap Ee Jean (musim 1-3 "Kami 1 Malaysia"), "Yuki" Tang Ying Sowk (musim 3 "Berpuasa Bersama Kawan Baru"), adalah seorang yang comel, sopan, rajin, dan berfikiran matang di kalangan kawan-kawan Upin dan Ipin. Dalam musim pertama Upin & Ipin, walaupun berketurunan Cina dan bukan beragama Islam, Mei Mei sering mengingatkan Upin dan Ipin agar 'tidak membangkitkan kemurkaan Tuhan mereka' dengan berponteng puasa. Mei Mei menyimpan perasaan suka terhadap Mail tetapi tidak menyatakannya.
Devi
suntingDevi Maheswaran (Maheswary Mohan) ialah kanak-kanak perempuan berbangsa India yang sama tadika dengan Upin dan Ipin. Walaupun tidak rapat dengan mereka berdua, namun Devi berkawan karib dengan Mei Mei.
Susanti Nurhayati Mukhlis (Sarah Nadhirah Azman [Musim 3-6], Andhika "Tacil" [Musim 7-9]), Yohanna Sicillia [Musim 10-11])), (Siti Nor Adwin Bt Safie [Musim 12-15]), (Khansa [Musim 16]) ialah kanak-kanak perempuan dilahirkan dalam sebuah keluarga berada yang berasal dari Jakarta, Indonesia. Pertama kali dilihat di episod Berpuasa Bersama Kawan Baru. Ketika beraya di Kampung Durian Runtuh, Susanti dapat berhubung dengan keluarganya.Tetapi sekarang telah muncul sebagai watak kekal dan hanya sesetengah episod sahaja Susanti muncul. Susanti dikenali dengan perkataan 'Asik~'
Nurul
suntingNurul ialah rakan sekolah Upin dan Ipin, dia jarang keluar, berkawan dengan Devi dan Susanti. Nurul memakai pakaian seragam lengan panjang dan rok panjang di sekolah.
Fathiah
suntingFathiah adalah bekas pelajar di Tadika Mesra. Dia duduk di sebelah Nurul dan hampir tidak pernah bercakap. Dia memakai kepala merah. Sekarang, kedudukannya telah diganti oleh Susanti dan tidak pernah dibangkitkan semula. Ia tidak menjelaskan mengapa dia meninggalkan Tadika Mesra.
Cikgu Sekolah Tadika Mesra
suntingCikgu Jasmin
suntingCikgu Jasmin (Jasmin Ally) ialah guru kelas Upin dan Ipin dan kawan-kawan di tadika, sehingga episod "Terima Kasih Cikgu" di musim keenam apabila dia terpaksa balik ke Kuala Lumpur untuk sambung belajar di Universiti.
Cikgu Melati
suntingCikgu Melati (Aliya Nazlan musim 6-15), Nadia (musim 16-) yang menggantikan Cikgu Jasmin dan sempat mengajar murid murid menggunakan Tablet sekolah.
Cikgu Besar
suntingCikgu Nurul ,Guru besar Tadika Mesra walaupun garang, tetapi prihatin dengan murid-murid tadika. Kemunculan pertamanya dalam episod musim kelima, "Garang ke Sayang" dimana beliau menggatikan Cikgu Jasmin yang tidak dapat hadir.
Cikgu Tiger(Abang Tiger)
suntingCikgu Tiger (Suleiman Bakti) yang mengajar kelas Bakti. Dia dapat mengangkat 3 orang murid dengan menggunakan 1 tangan kerana dia seorang yang rajin bersukan.
Para penduduk Kampung Durian Runtuh yang lain
suntingHaji Mohd Senin bin Khamis, atau lebih dikenali sebagai Tok Dalang (Abu Shafian Abdul Hamid (musim 1-4), Haji Burhanuddin Radzi (musim 5-12, 12-), Ahmad Kamel (musim 12) ialah ketua penghulu Kampung Durian Runtuh dan pakar wayang kulit yang berkali-kali menjuarai pertandingan wayang kulit (seperti yang dilihat pada himpunan piala di rumahnya). Seperti Opah, Tok Dalang banyak meminta pertolongan Upin, Ipin dan kawan-kawan, di samping memberi nasihat kepada mereka. Tok Dalang ada beberapa batang pokok rambutan untuk dijual buahnya, dan seekor ayam jantan peliharaan bernama Rembo. Ahli keluarga Tok Dalang yang dikenali termasuk Tajol, anak lelakinya yang menetap di bandar, dan dari Tajol ini lahirlah cucu Tok Dalang iaitu Badrol (seorang watak utama Geng Upin dan Ipin
Muthu
suntingMuthu Samusary . Uncle Roti Canai Ada/Roti Telur Ada/ Roti Bom Ada/ Roti Tisu Ada dll.(Mohd Shafiq Mohd Isa) (Musim 3-7) (Hazimin Hamdan)(Musim7-), lebih dikenali sebagai Muthu oleh orang-orang kampung, ialah seorang penjual makanan di Kampung Durian Runtuh dan bapa kepada Rajoo. Antara makanan dan minuman yang dijual di gerainya ialah nasi lemak, nasi goreng, nasi ayam, teh tarik, Milo dan sebagainya; dalam erti kata lain tidak banyak bezanya gerai Muthu dengan gerai mamak yang dijumpai di bandar.
Rajoo
suntingRajoo A/L Muthu (Kannan a/l Rajan) (Sachin [Musim 16-]) ialah anak lelaki kepada Muthu seorang kawan karib Upin dan Ipin yang lima tahun lebih tua berbanding adik-beradik kembar itu oleh itu seolah-olah menjadi abang kepada mereka. Dalam filem Geng, Rajoo dikenali kerana memiliki kebolehan istimewa iaitu berkomunikasi dengan haiwan, apatah lagi menjadi penterjemah untuk Oopet. Rajoo membela seekor lembu betina bernama Sapy yang juga dijadikan alat pengangkutan peribadinya.
Salleh (Sally)
suntingSalleh atau Sally (Ros Hasrol Ahmad) (Musim 1-10), (Soufi) (Musim 10-) terkenal sebagai lelaki lembut yang lantang dan sinis. Dalam siri TV Upin & Ipin, wataknya dilihat sering bertukar-tukar pekerjaan, baik sebagai pustakawan dalam perpustakaan bergerak (dalam episod "Seronoknya Membaca") mahupun peniaga Internet (dalam "Jari Jemari Salleh" dan "Usahawan Muda"). Dalam filem Geng, Salleh bersekongkol dengan watak jahat Pak Mail dan Singh menjadi pembutu haram untuk menangkap makhluk pelik (ibu Oopet) demi keuntungan. Merupakan antara watak yang popular dalam Upin Ipin dengan gaya gaya lembutnya yang mencuit hati. Salleh mempunyai kereta Proton Exora berwarna merah. Dan selalu menggunakan tagline “tak kuasa aku” ketika diganggu.
Ah Tong
suntingAh Tong (Mohd Shafiq Mohd Isa) (Musim 3-7) (Calvin) (Musim 7-):Seorang pedagang yang berpakaian serba merah dan bercakap dengan pelat Cina yang kuat. Dalam siri TV Upin & Ipin, dia dilihat dalam episod Ambil Galah Tolong Tunjukkan di mana dia membeli rambutan dari Upin, Ipin dan kawan-kawannya.
Azzarudin
suntingAzzarudin ialah bapa kepada Ehsan. Kali pertama dia dilihat adalah di episod Juara Kampung (bhg 1), di mana dia bermain badminton bersama Ehsan. Dia juga dapat dilihat sekilas dan suaranya terdengar dalam episod Zakat Fitrah.
Ustaz Hamzah
suntingUstaz Hamzah merupakan pengajar mengaji al-Qur'an yang diperkenalkan dalam episod musim keenam, "Iqra'".
(Memperkenalkan)
suntingUstaz ini yang baru pengajaran mengaji juga, yang diganti dengan Ustaz Hamzah. Tetapi berdasarkan Ustaz baru ini dalam siri Upin & Ipin Mengaji atau Iqra' musim pertama, kedua dan ketiga, sebabnya Ustaz baru ini di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah adalah seorang Imam Besar. Pada siri Upin & Ipin Mengaji oleh kerana mulai bacaan Surah Al-Fatihah dahulu.
Roy
suntingAbang Roy merupakan watak seorang yang memiliki wau pemalas, main tipu, pernah dimarah kerana membakar sampah ketika jerebu dan suka merempit.
Izham
suntingIzham (Muhd Hasrul bin Isa) (Musim 14-) merupakan watak seorang abang Mail dalam episod Barang Baik Barang Kita musim 14.
Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal
suntingPak Belalang
suntingBelalang
suntingRaja Bersiong
suntingRe, Ri, Ang (Reriang)
suntingSi Tanggang
suntingNenek Deruma
suntingBawang Putih, Bawang Merah
suntingMat Jenin
suntingNahkoda Ragam
suntingBinatang
suntingAlfin (Apin)
suntingAlfin atau bahasa malaysia Apin adalah Kucing Upin dan Ipin yang kecil dan Lembut dalam episod "Upin, Ipin & Apin".
Omen
suntingOmen adalah Katak yang berjalan ke kebun tok dalang, hujan pun membuat Kapal terbuat dari kulit kelapa.
Rambo (Rembo)
suntingRambo atau bahasa malaysia Rembo adalah ayam jantan kesayangan Tok Dalang. Tetapi warna-warna bulunya pada sejak. pada musim 1 dalam episod Esok Raya. Dan sekarang jadi warna lain pada musim 9 dalam episod Cip Cip Cip.
Sapy
suntingLembu milik keluarga Muthu dan dikenali oleh semua warga Kampung Durian Runtuh. Pada musim 1 dalam episod Esok Raya, jadi warna dulu. manakala musim 11 dalam episode Amal Jariah pula, jadi warna & lain sekarang.
Lain-lain watak
suntingRujukan
sunting- ^ "Ibu Bapa Upin Ipin sebenarnya dibunuh ??!!". Carian Semasa. 9 August 2018.