Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal
Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal ialah sebuah filem animasi pengembaraan Malaysia yang mula ditayangkan pada 2019. Filem ini mengisahkan pengembaraan Upin dan Ipin bersama rakan-rakan ke sebuah kerajaan dongeng bernama Inderaloka. Semasa pengembaraan ini mereka akan berjumpa dengan pelbagai watak dongeng seperti Bawang Merah Bawang Putih, Mat Jenin, dan Pak Belalang.
Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal | |
---|---|
Pengarah | Ahmad Razuri Roseli Adam Amiruddin Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim |
Penulis |
|
Dihasilkan oleh | Haji Burhanuddin Md Radzi Hajah Ainon Ariff |
Dibintangi |
|
Disunting oleh | Ahmad Razuri Roseli |
Muzik oleh | Les' Copaque Production Sdn. Bhd. |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Golden Screen Cinemas (Malaysia) Walt Disney Studios Motion Pictures (Amerika Syarikat) MNC Studios International (Indonesia) |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 1 jam 40 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Inggeris Amerika |
Bajet | RM 20 juta |
Pecah panggung | RM 26 juta[1] |
Ini merupakan filem ketiga dari siri animasi Upin & Ipin selepas Geng: Pengembaraan Bermula (2009) dan Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! (2016). Versi asal bahasa Melayu ditayangkan pada 21 Mac 2019 secara serentak di Malaysia, Singapura dan Brunei.
Sinopsis
suntingSemuanya bermula apabila Upin, Ipin dengan kawan-kawannya: Ehsan, Fizi, Mail, Jarjit, Mei Mei dan Susanti tersandung pada keris mistik di bilik stor Tok Dalang. Keris ini tiba-tiba membuka portal dan membawa mereka terus ke kerajaan Inderaloka. Ketika mencari jalan pulang ke Kampung Durian Runtuh, mereka berjumpa dengan watak-watak dari cerita dongeng Melayu dan Malaysia seperti Mat Jenin dan Belalang. Mereka sekarang perlu bekerjasama memulihkan kerajaan ini kembali ke keadaan sediakala dan melawan dengan Raja Bersiong yang ingin mengambil alih Inderaloka. mail and mei mei forever lovers
Pelakon suara
sunting- Asyiela Putri sebagai Upin & Ipin
- Tang Ying Sowk sebagai Mei Mei
- Andhika Astari sebagai Susanti
- Fareez Daniel sebagai Ehsan
- Rufaidah sebagai Fizi
- Hafiz Hassan sebagai Pengawal Ang/Jarjit
- Musyrif Azzat sebagai Mail
- Ahmad Mawardi sebagai Raja Bersiong
- Mohd Amir Asyraf sebagai Mat Jenin
- Fakhrul Razi Ibrahim sebagai Nakhoda Ragan
- Ernie Zakri sebagai Bawang Merah/Bawang Putih
- Irfan Fahim Mohd Irman sebagai Belalang
- Muhammad Shamer Nazli sebagai Pengawal Re
- Adam Amiruddin sebagai Pengawal Ri
- Usayd Uqashah Kamsani sebagai Mat Jenin Kecil
- Nik Ahmad Rasyidi Nik Othman sebagai Raja Inderaloka
Penerbitan
suntingFilem ini dihasilkan oleh Les' Copaque Production dalam tempoh selama 5 tahun. Dengan kos produksi sebanyak RM 20 juta, ia merupakan filem Malaysia paling mahal dibuat. Alih suara ke Bahasa Inggeris telah dijalankan untuk versi tayangan antarabangsa.[2][3][4] Pada Babak Akhir Cerita Upin Ipin Keris Siamang Tunggal Pernampakan Yang Kerajaan Limau Meminta Bantuan ke indraloka. Puteri Manis, Kasturi, Purut, Bali Dan Nipis, Sedang Berlawan Dengan Gergasi.
Runut bunyi
suntingNo. | Tajuk | Masa | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | "Keris Siamang Tunggal" | 0:53 | ||||||||
2. | "Kejatuhan Inderaloka" | 2:19 | ||||||||
3. | "Upin Ipin (Tajuk)" | 0:41 | ||||||||
4. | "Kejar Rembo!" | 0:32 | ||||||||
5. | "Cerita Tok Dalang" | 0:16 | ||||||||
6. | "Upin Ipin & Kawan-Kawan" | 0:48 | ||||||||
7. | "Keris Dalam Peti" | 0:51 | ||||||||
8. | "Portal Terbuka" | 1:45 | ||||||||
9. | "Kita Kat Mana Ni" | 1:08 | ||||||||
10. | "Mat Jenin & Batu Belah" | 1:36 | ||||||||
11. | "Selamat Datang ke Inderaloka" | 2:14 | ||||||||
12. | "Burung Empat Kepak" | 0:44 | ||||||||
13. | "Lari!!!" | 1:14 | ||||||||
14. | "Re Ri Ang" | 0:35 | ||||||||
15. | "Belalang yang Licik" | 1:07 | ||||||||
16. | "Pelabuhan Megah" | 0:37 | ||||||||
17. | "Macam Pernah Nampak" | 0:19 | ||||||||
18. | "Angan Mat Jenin" | 1:06 | ||||||||
19. | "Nak Makan" | 0:16 | ||||||||
20. | "Pulau Pisang" | 1:25 | ||||||||
21. | "Kemaafan" | 2:19 | ||||||||
22. | "Sarung Keris Luar Biasa" | 1:14 | ||||||||
23. | "Pulang Pisang Dilanggar Todak" | 1:39 | ||||||||
24. | "Syair & Keris Sakti" | 5:37 | ||||||||
25. | "Kacau Bilau di Pelabuhan Megah" | 2:05 | ||||||||
26. | "Kapal Layar Lara" | 0:57 | ||||||||
27. | "Kacau Bilau di Pelabuhan Megah (bhg. 2)" | 2:21 | ||||||||
28. | "Pelayaran" | 1:44 | ||||||||
29. | "Akulah Nahkoda Ragam" | 0:37 | ||||||||
30. | "Pulau Angan Makanan" | 0:49 | ||||||||
31. | "Rindu Opah & Kak Ros" | 1:23 | ||||||||
32. | "Buai Laju-laju (Chorus)" | 0:52 | ||||||||
33. | "Bawang Merah & Bawang Putih" | 1:07 | ||||||||
34. | "Kemaafan (Air Mata Kakak)" | 2:56 | ||||||||
35. | "Istana Raja Bersiong" | 0:45 | ||||||||
36. | "Selamatkan Kawan-kawan" | 1:02 | ||||||||
37. | "Mat Jenin, Putera Indera" | 1:39 | ||||||||
38. | "Kemaafan (Air Mata Putera)" | 1:57 | ||||||||
39. | "Yang Hak Kembali" | 1:14 | ||||||||
40. | "Raja Bersiong Berkuasa" | 1:17 | ||||||||
41. | "Kita Lawan!" | 1:58 | ||||||||
42. | "Kebangkitan Siamang Tunggal" | 1:54 | ||||||||
43. | "Pertempuran Gah" | 1:39 | ||||||||
44. | "Upin & Ipin Penyelamat" | 1:28 | ||||||||
45. | "Kemenangan Siamang Tunggal" | 1:16 | ||||||||
46. | "Inderaloka Kembali Aman" | 1:44 | ||||||||
47. | "Daulat Tuanku" | 1:26 | ||||||||
48. | "Siong" | 2:47 | ||||||||
49. | "Jumpa Lagi" | 2:36 | ||||||||
50. | "Lima Minit je" | 1:27 | ||||||||
51. | "Telur" | 0:22 | ||||||||
52. | "Keris Sakti" (performed by Fakhrul Razi) | 3:46 | ||||||||
53. | "Keris Sakti (Inst.)" | 3:46 | ||||||||
54. | "Buai Laju-laju" (performed by Ernie Zakri) | 3:06 | ||||||||
55. | "Buai Laju-laju (Inst.)" | 3:06 | ||||||||
Jumlah masa: 86:10 |
Keluaran dan sambutan
suntingFilem ini dikelaskan sebagai U di Malaysia kerana tiada keganasan atau perkataan kesat. Ia juga disenaraikan untuk ke Oscars bagi kategori Filem Animasi Terbaik pada tahun 2020 nanti.[5]Tetapi Pada 2020 Ceria Upin Ipin Ini Tidak Disenaraikan Lagi Di Oscars.
Masa Depan
suntingBuat masa ini, Les' Copaque dilaporkan akan bersedia dengan beberapa projek syarikat. Menurut Hj. Burhanuddin, beliau bercadang untuk memasukkan Inderaloka sebagai salah satu tema untuk taman tema Upin & Ipin yang akan dibina.
Bagi filem, beberapa projek filem terbaru terbitan syarikat telah mula diusahakan. Antaranya seperti menyambung semula siri Puteri dengan ia akan diangkat dalam bentuk layar perak. Selain itu, pihak Les' Copaque juga sedang mengusahakan filem terbaru bertajuk Dongeng Sang Kancil yang akan diarahkan semula oleh Ahmad Razuri dan Syed Nurfaiz. Les' Copaque juga dilaporkan akan mengusahakan projek filem terbaru Upin & Ipin yang akan diusahakan bersama dengan sebuah syarikat dari Jepun.[6] Berdasarkan oleh Pada Zaman Dahulu. Teaser 2 dimuat naik di laman sosial Les Copaque pada 12 Ogos 2022.[7]
Rujukan
sunting- ^ Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal hasil buku filem animasi pertama Sinarharian, Dicapai 31 Oktober, 2019
- ^ "Filem Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal angkat kisah rakyat". Berita Harian. 8 Januari 2019.
- ^ "Cerita Rakyat Jadi Formula Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal". Gempak. 8 Januari 2019.
- ^ "Kenali pemilik suara Upin dan Ipin". Sinar Harian. 20 Mac 2019.
- ^ "Upin Ipin Keris Siamang Tunggal Ke Oscar 2020". Berita Harian. Dicapai 31 Oktober, 2019
- ^ "Dongeng Sang Kancil - Official Teaser". YouTube. Dicapai pada 2022-03-09.
- ^ "Dongeng Sang Kancil - Official Teaser 2". YouTube. Dicapai pada 2022-08-12.