Festival Filem Malaysia
Festival Filem Malaysia (secara rasmi disingkat sebagai FFM) merupakan acara kemuncak bagi industri filem Malaysia. Festival filem ini diadakan bagi menghargai dan menilai mutu kerja filem sepanjang tahun. Acara ini juga membantu penggiat filem untuk berusaha dan menambahbaikan mutu kerja mereka. Festival ini menggalakkan penggiat filem untuk menghasilkan sesebuah filem yang baik dan bermutu selain memaparkan ciri-ciri budaya Malaysia.[1]
Festival Filem Malaysia | |
---|---|
Semasa: Festival Filem Malaysia ke-32 | |
Jenis | Anugerah |
Dianugerahkan untuk | Prestasi dalam industri perfileman |
Negara | Malaysia |
Disampaikan oleh | Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) |
Kali pertama | 13 April 1980 |
Tapak web | |
www | |
sunting · sunting di Wikidata |
Majlis anugerah ini berlangsung di Malaysia, dan mendapat liputan hanya di Malaysia. Pada Festival Filem Malaysia ke-24, majlis ini turut disiarkan di Singapura. Majlis penganugerahan ini merupakan majlis tertua dan ia merupakan satu acara nasional dalam penganugerahan filem di negara Malaysia. Ia setanding dengan Anugerah Skrin, yang dianjurkan oleh TV3.[2]
Festival ini turut menghargai penggiat filem terdahulu sebagai mengenang jasa mereka yang telah lama bekerja dalam industri ini. Permulaan festival ini pada 13 April 1980 sehingga sekarang, festival ini telah menghargai ramai karyawan filem tanah air.
Sejarah
suntingBerikutan perkembangan filem di Malaysia yang semakin berkembang, satu usaha dilakukan oleh sasuatu pihak untuk mengiktiraf hasil kerja filem anak tempatan. Walaupun kutipan filem tidak beberapa baik, namun usaha oleh yang dilakukan oleh pihak Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia (EJA) berhasil dengan terlaksanalah sebuah majlis yang gilang gemilang dalam menghargai karya tempatan, maka Festival Filem Malaysia Pertama diadakan. Tidak seperti negara Amerika Syarikat yang mempunyai satu badan yang menilai, mengkaji dan menganjurkan majlis pertandingan dan penganugerahan filem, sebaliknya FFM bergerak atas tanggungjawab badan-badan karyawan untuk menganjurkan majlis ini.[3]
Untuk melaksanakan majlis perfileman, mereka merujuk kepada video majlis Festival Filem Cannes kepunyaan seorang kenamaan. Berdasarkan video tersebut, mereka menjalankan majlis tersebut. Selama dua majlis dianjurkan oleh EJA. Selepas FFM, tanggungjawab itu diserahkan oleh oleh FINAS. Pada Festival Filem Malaysia ke-19, tanggungjawab diserahkan kepada PFM bersama GAFIM. Dan pada majlis seterusnya diambil alih oleh FINAS semula. Pada Festival Filem Malaysia ke-24, GAFIM sekali lagi mengambil semula tanggungjawab sepenuhnya penganjuran majlis. Namun, akibat beberapa kontroversi yang berlaku seperti kemenangan Presiden GAFIM untuk Pengarah Harapan dan filem Libas arahan presiden GAFIM, Jureyy Latiff memenangi Cerita Asal Terbaik, GAFIM masih menimbangkan untuk menjadi penganjur.[4]
Piala
suntingPiala FFM sering berubah. Kini mereka menggunakan piala yang disaluti plat emas sejak tahun 2015.
Pencalonan
suntingPencalonan dilakukan berdasarkan borang penyertaan yang diserahkan kepada penganjur mengikut tarikh yang ditetapkan. Filem tersebut mestilah filem yang bakal ditayangkan tidak melebihi dua minggu selepas tarikh acara berlangsung. Pengumuman calon dibuat beberapa minggu sebelum majlis penganugerahan. Berbeza dari negara luar, festival seperti ini sering melakukan kejutan, seperti FFM 23 dan FFM 24 dimana kategori utama (Pengarah Terbaik dan Filem Terbaik) hanya diumumkan calon-calonya pada waktu majlis berlangsung.
Anugerah yang dipertandingkan
suntingAntara anugerah yang dipertandingkan di dalam Festival Filem Malaysia:
- Filem Terbaik
- Pengarah Terbaik
- Pelakon Lelaki Terbaik
- Pelakon Wanita Terbaik
- Lakon Layar Terbaik
- Cerita Asal Terbaik
- Sinematografi Terbaik
- Penyuntingan Terbaik
- Skor Muzik Asal Terbaik
- Dokumentari Terbaik
- Filem Pendek Terbaik
- Filem Digital Terbaik
- Filem Animasi Terbaik
- Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
- Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
- Penataan Seni Terbaik
- Penataan Bunyi Terbaik
- Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
- Pengarah Harapan
- Pelakon Harapan Lelaki
- Pelakon Harapan Wanita
- Lagu Tema Asal Terbaik
- Pereka Kostum/Busana Terbaik
- Poster Terbaik
- Filem Komedi Terbaik
- Filem Rencana Animasi Terbaik
- Pelakon Komedi Terbaik (dimansuhkan)
Majlis penganugerahan
suntingBerikut merupakan majlis penganugerahan yang telah berlangsung:
Edisi | Tarikh | Filem Terbaik | Tempat | Tema |
---|---|---|---|---|
Pertama | 13 April 1980 | Tiada Esok Bagimu | Nirwana Ballroom, Hotel Hilton, Kuala Lumpur | Malam Merak Kayangan |
ke-2 | 12 April 1981 | Dia Ibuku | ||
ke-3 | 28 November 1982 | Bukit Kepong | Auditorium Besar, Angkasapuri, Kuala Lumpur | Memasyarakatkan Filem |
ke-4 | 11 Disember 1983 | Ranjau Sepanjang Jalan | Auditorium RISDA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur | Filem Sebagai Agen Pembudaya |
ke-5 | 15 Disember 1984 | Matinya Seorang Patriot | Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kuala Lumpur | Filem Sebagai Media Komunikasi |
ke-6 | 14 Disember 1986 | Tsu Feh Sofiah | Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur | Cintai Filem Malaysia |
ke-7 | 6 Disember 1987 | Rahsia | Hotel Ramada Renaissance, Melaka | |
ke-8 | 9 September 1989 | Tiada | Nirwana Ballroom, Hotel Hilton, Kuala Lumpur | |
ke-9 | 2 Jun 1991 | Hati Bukan Kristal | Auditorium Majlis Perbandaran Shah Alam, Shah Alam | |
ke-10 | 17 November 1992 | Bintang Malam & Selubung | Grand Ballroom, Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur | |
ke-11 | 17 Jun 1994 | Perempuan, Isteri & .....? | Stadium Tertutup Johor Bahru, Johor | Perfileman Ke Arah 2020 |
ke-12 | 5 November 1995 | Sayang Salmah | Grand Ballroom, Hotel Istana, Kuala Lumpur | Filem Citra Jati Diri |
ke-13 | 28 Disember 1997 | Layar Lara | Auditorium Besar RTM, Angkasapuri, Kuala Lumpur | Filem Merealisasikan Tamadun Bangsa |
ke-14 | 7 November 1999 | Jogho | Hotel Syuen, Ipoh, Perak | Mengangkat Maruah Bangsa Melalui Filem |
ke-15 | 5 Ogos 2001 | Leftenan Adnan | Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor | |
ke-16 | 19 April 2003 | KL Menjerit | Royal Ballroom, Palace of the Golden Horses, Kuala Lumpur | Filem Malaysia Era Globalisasi |
ke-17 | 26 Jun 2004 | Paloh | Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur | |
ke-18 | 17 Julai 2005 | Sepet | ||
ke-19 | 13 Ogos 2006 | Gubra | Ke Arah Kecemerlangan dalam Penerbitan Filem | |
ke-20 | 3 Ogos 2007 | Cinta | Dewan Tuanku Syed Putra, USM, Pulau Pinang | Ke Arah Kecemerlangan Filem Malaysia |
ke-21 | 9 Ogos 2008 | Kala Malam Bulan Mengambang | Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya | |
ke-22 | 8 Ogos 2009 | Papadom | Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah | Filem Malaysia ke Persada Dunia |
ke-23 | 24 Oktober 2010 | Magika | Pusat Konvensyen Shah Alam, Shah Alam, Selangor | |
ke-24 | 20 November 2011 | Hikayat Merong Mahawangsa | Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya | Gemilang Filem Malaysia |
ke-25 | 2 Mac 2013 | Bunohan | Merayakan Perak Mengilhamkan Emas | |
ke-26 | 1 November 2014 | KIL | Auditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad Sungai Gadut, Paroi, Seremban, Negeri Sembilan | Transformasi Sinema Malaysia |
ke-27 | 5 September 2015 | Lelaki Harapan Dunia | Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Kuala Lumpur | Sehati Sejiwa |
ke-28 | 3 September 2016 | Jagat | Transformasi Sinema Kita | |
ke-29 | 23 September 2017 | Adiwiraku | Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur | Transformasi Citra Karya |
ke-30 | 30 Mac 2019 | One Two Jaga | Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya | Inspirasi Sinemaku |
ke-31 | 10 Disember 2021 | Roh | Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya | Citra Senima |
ke-32 | 2 Disember 2022 | Spilt Gravy on Rice | Encore, Melaka | Filem Kita, Citra Kita [5] |
ke-33 | 7 Disember 2024 | Auditorium Seri Angkasa, Kuala Lumpur |
Rujukan
sunting- ^ "About FFM". Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-10. Dicapai pada 12 August 2011.
- ^ "Festival Filem Malaysia Kini Membanggakan". Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan, I-Insan Multimedia SDN BHD. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-22. Dicapai pada 19 January 2011.
- ^ "FINAS: About Us". Dicapai pada 17 January 2011.
- ^ "1st Malaysian Film Festival (1980)". Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-15. Dicapai pada 19 January 2011.
- ^ https://iluminasi.com/bm/info-penuh-festival-filem-malaysia-ffm-31-2021.html