Euboea
Euboea (sebutan: /jubiɑ/; Bahasa Yunani Kuno: Εὔβοια, Eúboia, AFA: [ěu̯boi̯a]; Jawi: يوبيا), juga dikenali dengan ejaan modennya Evia (Greek: Εύβοια, rumi: Eúboia, AFA: [ˈevi.a]), ialah pulau Yunani yang kedua terbesar mengikut keluasan dan populasi, selepas Crete, dan pulau yang keenam terbesar di Laut Mediterranean. Di antaranya dan Boeotia di tanah besar Yunani ialah Selat Euripus yang halus (sekadar 40 m (130 ka) sahaja di titik tersempitnya).[1] Euboea ialah sebuah pulau yang panjangnya 180 km (110 bt) dan mempunyai kelebaran antara 50 km (31 bt) dan 6 km (3.7 bt). Ia mengunjur dari barat laut ke tenggara dan sebuah banjaran gunung melintangi di sepanjangnya, memisahkannya dari Thessaly di timur. Banjaran ini mencapai ke selatan Euboea ke pulau-pulau Andros, Tinos dan Mykonos.[2]
Nama tempatan: Εύβοια | |
---|---|
![]() NASA gambar Yunani Tengah dengan Euboea terletak di sebelah kanan | |
![]() | |
Geography | |
Koordinat | 38°30′N 24°00′E / 38.500°N 24.000°E |
Kepulauan | Kepulauan Aegea |
Keluasan | 3,684 km2 (1,422 bt2) |
Aras tertinggi | 1,743 m (5,719 ft) |
Titik tertinggi | Dirfi |
Pentadbiran | |
Wilayah | Yunani Tengah |
Unit wilayah | Euboea |
Perbandaran | Εύβοια |
Capital city | Chalcis |
Demografik | |
Penduduk | 191,206 (2011) |
Kepadatan penduduk | 54 /km2 (140 /sq mi) |
Maklumat tambahan | |
Poskod | 34x xx |
Kod kawasan | 22x0 |
Pendaftaran kenderaan | XA |
Laman sesawang rasmi | www.naevias.gr |
Ia membentuk sebahagian besar unit wilayah Euboea, yang juga termasuk Skyros dan sekawasan kecil di tanah besar Yunani.
Nama
suntingSeperti kebanyakan pulau Yunani, Euboea dipanggil dengan banyak nama pada zaman purba, seperti Macris (Μάκρις) dan Doliche (Δολίχη) kerana bentuk memanjangnya, atau Ellopia (sempena Ellops anak lelaki Ion dalam mitos), Aonia dan Abantis daripada orang suku yang menghuninya,[3] atau Ocha/Oche (Ὄχη), iaitu juga nama salah satu gunung tertinggi di pulau ini.[4] Nama purba dan terkininya, Εὔβοια, berasal daripada perkataan εὖ "baik", dan βοῦς "lembu", yang bermaksud "(tanah) lembu-lembu yang baik (gemuk-gemuk)". Strabo menulis bahawa ia dipanggil Euboea sama ada oleh heroin Euboea atau kerana sebuah gua di pulau ini di pesisiran Aegea yang dipanggil βοὸς αὐλὴ (kandang lembu) dan di sana Io, wanita mitos yang digoda oleh dewa Zeus, dikatakan telah melahirkan Epaphus.[4]
Pada Zaman Pertengahan, pulau ini sering dirujuk oleh pengarang Byzantium dengan nama ibu kotanya, Khalkis (Χαλκίς) atau Euripos (Εὔριπος), nama selat yang memisahkan pulau ini dari tanah besar Yunani, namun nama purba Euboea kekal digunakan oleh pengarang klasik sehingga abad ke-16.
Frasa στὸν Εὔριπον (stón Évripon, 'ke Evripos'), disalah sangka ialah στὸ Νεὔριπον (stó Névripon, 'ke Nevripos'), menjadi Negroponte ("Jambatan Hitam") dalam bahasa Itali melalui etimologi rakyat, 'jambatan' ponte ini ditafsirkan sebagai jambatan Chalcis. Nama ini paling relevan sewaktu pulau ini berada di bawah pemerintahan Venice.[5] Nama itu mula digunakan di Barat pada abad ke-13,[6] dengan varian lain seperti Egripons, Negripo, dan Negropont.[5]
Di bawah pemerintahan Uthmaniyah, pulau ini dan ibu kotanya dikenali sebagai Eğriboz atau Ağriboz, juga sempena selat Euripos.
Geografi dan iklim
suntingEuboea dipercayai asalnya sebahagian daripada tanah besar, dan berpisah kerana gempa bumi. Ini agak berkemungkinan, kerana ia terletak berhampiran sebuah garis sesar, dan kedua-dua Thucydides dan Strabo menulis bahawa bahagian utara pulau ini pernah bergoncang pada zaman-zaman yang berbeza.[3] Di kawasan Chalcis, kedua-dua di utara dan selatan, teluk-teluknya sangat terbatas sehinggakan kisah tentang armada Agamemnon tidak dapat belayar kerana angin papasan nampak munasabah. Di Chalcis, tempat selatnya paling sempit pada hanya 40 m, ia dipanggil Selat Euripus. Perubahan pasang surut yang luar biasa yang berlaku di selat ini telah menjadi subjek pemerhatian sejak zaman klasik, dan ia sangat ditakuti oleh pelaut sehingga laluan utama dari utara Aegean ke Athens digunakan untuk memintas Chalcis dan Laut Euboea.[3] Pada satu-satu masa, arus mengalir seperti sungai dalam satu arah, dan tidak lama selepas itu dengan kelajuan yang sama ke arah yang lain. Sebuah jambatan mula dibina di sini pada tahun kedua puluh satu Perang Peloponnesia (410 SM).[3]
Geografi dan alam semula jadi membahagikan pulau ini kepada tiga bahagian yang berbeza: utara yang subur dan berhutan (yang mengalami kerosakan besar dalam kebakaran hutan Ogos 2021); tengah bergunung berhutan, dengan pertanian di lembah-lembah di pesisir; dan selatan yang tandus.[7]
Gunung-gunung utama termasuk Dirfi (1,743 m (5,719 ka)), Kantili (1,246 m (4,088 ka)), Pyxaria (1,341 m (4,400 ka)) di timur laut dan Ochi (1,394 m (4,573 ka)) di selatan. Teluk-teluk yang berhampiran ialah Teluk Pagasetik di utara, Teluk Malian, Teluk Euboea Utara di barat, Laut Euboea, dan Teluk Petalion. Kepulauan Petalioi terletak di barat daya, manakala pulau Monilia terletak di barat.
Dengan jumlah keluasan tanah 3,684 km2 (1,422 bt2), pulau ini mempunyai populasi 198,130 pada bancian 2001.
Majoriti pulau ini beriklim Mediterranean musim panas yang sangat panas (pengelasan iklim Köppen: Csa) dengan musim panas yang panas, kering dan musim sejuk yang sejuk dan basah.
Demografi
suntingPenduduk pulau ini, mengikut banci tahun 2001, ialah 198,130, menjadikannya pulau kedua paling ramai penduduk di Yunani. Secara keseluruhannya, orang Euboea berkongsi identiti budaya yang serupa dengan penduduk di seluruh Yunani Tengah dan bercakap dalam loghat selatan bahasa Yunani. Di bahagian selatan, terdapat komuniti-komuniti Albania dipanggil orang Arvani atau Arvanítēs. Sehingga tahun 1970-an masih ada penutur berbahasa Arvanitika sahaja di selatan Euboea. Pada akhir abad ke-20, di selatan Euboea terdapat kira-kira 60 kampung yang didiami oleh orang Arvani.[8] Orang Sarakatsani dan Vlach boleh ditemui kebanyakannya di kawasan pergunungan di tengah dan utara Euboea, tetapi pada masa kini mereka telah meninggalkan cara hidup nomad dan tinggal secara kekal di bandar dan kampung di seluruh pulau Euboea.
Pentadbiran tempatan
suntingPulau ini berada di bawah Wilayah Euboea yang turut merangkumi dua majlis perbandaran di tanah besar, Anthidona dan Avlida, serta perbandaran pulau Skyros. Pada banci tahun 2001, wilayah ini mempunyai populasi 215,136 penduduk, manakala pulau itu sendiri mempunyai populasi 198,130. Keluasan tanah wilayah ini ialah 167.449 km2 (65 bt2), manakala jumlah kawasan perbandaran yang sebenarnya di pulau itu ialah 3,684.848 km2 (1,423 bt2), yang merangkumi banyak pulau kecil luar pesisir (Petalioi) berhampiran hujung tenggara Euboea.
Galeri
suntingRujukan
sunting- ^ "Euripus | strait, Greece". Encyclopedia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-08-20.
- ^ Tozer 1911, m/s. 865.
- ^ a b c d Tozer 1911, m/s. 866.
- ^ a b Strabo, Geography, 10.1
- ^ a b Edward Gibbon, The Decline and Fall of the Roman Empire, J.B. Bury, ed., Methuen, 1898 p. 6:390, nota kaki 69
- ^ Gregory, Timothy E.; Ševčenko, Nancy Patterson (1991). "Euboea". Dalam Kazhdan, Alexander (penyunting). The Oxford Dictionary of Byzantium. Oxford and New York: Oxford University Press. m/s. 736–737. ISBN 978-0-19-504652-6.
- ^ Gregory, Timothy E.; Ševčenko, Nancy Patterson (1991). "Euboea". Dalam Kazhdan, Alexander (penyunting). The Oxford Dictionary of Byzantium. Oxford and New York: Oxford University Press. m/s. 736–737. ISBN 978-0-19-504652-6.
- ^ Sasse, Hans-Jürgen (1998). "Arvanitika: the long Hellenic centuries of an Albanian variety". International Journal of the Sociology of Language (134): 54. doi:10.1515/ijsl.1998.134.39.
Pautan luar
suntingWikikembara memiliki panduan pelancongan bagi Evvia. |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Euboea |