Etnokinologi ialah satu neologisme yang dicipta oleh ahli antropologi Bryan Cummins dalam bukunya First Nations, First Dogs: Canadian Aboriginal Ethnocynology (2002). Neologisme ini merujuk kajian anjing dalam konteks budayanya. Istilah ini tidak digunakan secara umum.

Cummins menyatakan bahawa anjing bela jinak, sungguhpun dijumpai dalam hampir semua masyarakat manusia, dipinggirkan oleh ahli antropologi. Ini, katanya, adalah kerana anjing tidak sepenuhnya "kebudayaan" (kerana merupakan serigala yang dibelajinakkan), atau "kesemulajadian", dengan kebaikan bahawa pembelajinakan sama dan dilipatgandakan kepada melebihi 400 baka. Sungguhpun begitu, Cummins menyandari pandangan bahawa, kerana merupakan haiwan bela jinak, anjing leibh "kebudayaan" daripada "kesemulajadian", dan budaya ialah domain ahli antropologi. Tambahan lagi, masyarakat manusia yang berlainan telah membentuk anjing menjadi tepat-tepat apa jua peranan yang mungkin dimiliki oleh orang untuk anjing. Maka, anjing bela jinak layak mendapat perhatian antropologi; makan etnokinologi.

Rujukan

sunting