Eric Gerets
Eric Maria Gerets (lahir 18 Mei 1954) merupakan pemain bola sepak bersara Belgium yang bermain di posisi pertahanan. Beliau merupakan pemain pertahanan yang terhandal di Eropah. Beliau kini sebagai seorang jurulatih di kelab Arab Saudi, Al Jazira.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Eric Maria Gerets | ||
Tarikh lahir | 18 Mei 1954 | ||
Tempat lahir | Rekem, Belgium | ||
Ketinggian | 1.82 m (5 ka 11 11⁄16 in) | ||
Posisi permainan | Right back | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Al Jazira (ketua jurulatih) | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1971–1983 | Standard Liège | 318 | (23) |
1983–1984 | Milan | 13 | (1) |
1984–1985 | MVV | 12 | (0) |
1985–1992 | PSV | 200 | (8) |
Jumlah | 543 | (32) | |
Pasukan kebangsaan | |||
1975–1991 | Belgium | 86 | (2) |
Pasukan diurus | |||
1992–1994 | Liège | ||
1994–1997 | Lierse | ||
1997–1999 | Club Brugge | ||
1999–2002 | PSV | ||
2002–2004 | FC Kaiserslautern | ||
2004–2005 | VfL Wolfsburg | ||
2005–2007 | Galatasaray | ||
2007–2009 | Marseille | ||
2009–2010 | Al-Hilal | ||
2010–2012 | Maghribi | ||
2012–2014 | Lekhwiya | ||
2014– | Al Jazira | ||
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Kerjaya kelab
suntingLiège
suntingGerets memulakan kerjayanya dengan bermain sebagai amatur di AA Rekem sebelum menyertai pemegang juara, Standard Liège. Beliau membuat debut pada 16 April 1972 pada perlawanan menentang FC Diest. Pada musim 1972-73, Standard melangkah ke perlawanan akhir piala nasional. Namun, pasukannya tewas 1-2 kepada Anderlecht. Pada musim berikutnya, Gerets menggantikan Jacques Beurlet dan menjadi pilihan pertama bek kanan untuk pasukan Standard.
Pada 1980an, pemain-pemain generasi baru kini bertapak di Standard. Pemain-pemain seperti Arie Haan, Guy Vandersmissen, Michel Preud'homme, Walter Meeuws, Jos Daerden dan Simon Tahamata menjadi kunci pemain manakala Gerets menjadi kapten pasukan. Pada tahun 1980, Standard menjadi naib juara liga sebelum menjuarai Piala Nasional 1981 ke atas Lokeren SC. Pada 1982, Standard bertemu FC Barcelona pada perlawanan akhir Piala Juara-Juara Eropah namun mereka tewas 2-1. Selepas itu, beliau dianugerahkan Kasut Emas Belgium pada hujung tahun. Pada tahun berikutnya, beliau mengetuai pasukan Standard untuk menjulang trofi liga buat kali kesembilan.
PSV
suntingPada 1985, Gerets sertai kelab PSV di Belanda. Beliau bermain bersama-sama Ruud Gullit, Frank Arnesen, Huub Stevens dan Willy van de Kerkhof diikuti bintang Brazil, Romário. Pada 1986, Gerets menjuarai gelaran liga bersama PSV. Selepas pemergian Gullit pada 1987, Gerets menjadi kapten pasukan PSV. Di bawah pengurusan Guus Hiddink, PSV menjuarai liga dan piala selama tiga tahun berturut-turut. Pada 1988, PSV melangkah ke perlawanan akhir Piala Eropah menentang Benfica. Selepas 120 minit perlawanan terikat seri 0-0, PSV akhirnya menang pada penentuan penalti.
Pada 1990, selepas Hiddink meninggalkan PSV, Gerets menjuarai dua gelaran bersama PSV. Beliau mengumumkan persaraan pada penghujung musim 1991-92 semasa berumur 37 tahun.
Kerjaya antarabangsa
suntingGerets telah mengumpul sebanyak 86 kaps untuk pasukan kebangsaan Belgium, membuatkan beliau sebagai pemain ketiga mengumpul kaps terbanyak dalam sejarah bola sepak Belgium. Beliau membuat debut untuk pasukan kebangsaan pada 1975 dan telah bermain pada empat kejohanan utama iaitu: Euro 1980, Piala Dunia 1982, Piala Dunia 1986 dan Piala Dunia 1990.
Pada Euro 1980, Gerets menjaringkan gol pembukaan ke atas Sepanyol dan menyaksikan Belgium menjadi juara kunmpulan dan layak ke pusingan seterusnya selepas menang 2-1. Belgium layak ke perlawanan akhir sebelum tewas 1-2 kepada pasukan Jerman Barat hasil jaringan Hrubesch.
Pada Piala Dunia 1982, Gerets mengetuai skuad Belgium pada aksi di Sepanyol. Belgium menang 1-0 ke atas juara bertahan, Argentina/ Empat tahun kemudian, Belgium secara mengejutnya menang ke atas Soviet yang mempunyai pemain terkenal seperti Igor Belanov dan Rinat Dasayev dengan jaringan 3-4 selepas masa tambahan. Belgium juga mengalahkan Sepanyol pada perlawanan suku akhir pada penentuan penalti. Belgium akhirnya tewas kepada Argentina, 2-0 dan menduduki tempat keempat Piala Dunia selepas tewas kepada Perancis.
Gerets juga mengetuai pasukannya ke Piala Dunia 1990. Belgium bermain dengan baik sebelum tewas kepada England pada pusingan kedua.
Gol antarabangsa
sunting# | Tarikh | Lokasi | Pasukan lawan | Skor | Keputusan | Kejohanan |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 15 Jun 1980 | Milan, Itali | Sepanyol | 1–0 | 2–1 | Euro 1980 |
2 | 14 Oktober 1986 | Bandar Luxembourg, Luxembourg | Luxembourg | 0–1 | 0–6 | Kelayakan Euro 1988 |
3 | 15 Februari 1989 | Lisbon, Portugal | Portugal | 1–1 | 1–1 | Kelayakan Piala Dunia 1990 |
Kerjaya pengurus
suntingSeorang pengurus, Gerets telah menjadi pengurus di kelab FC Liège, Lierse SK, Club Brugge, PSV Eindhoven, 1. FC Kaiserslautern dan VfL Wolfsburg sebelum sertai Galatasaray SK pada penghujung musim 2004-05. Pada Mei 2007, beliua meninggalkan kelab Turki it udan pada 25 September, beliau menjadi jurulatih Olympique de Marseille.
Pada tahun pertamanya di Marseille pada 2007, beliau berjaya membawa pasukannya ke tangga teratas liga sebelum menamatkan musim 2007-08 di tempat ketiga. Pada 29 April 2009, beliau mengesahkan tidak melanjutkan kontraknya di Marseille selepas musim panas semasa kontraknya tamat. Pada 26 Mei 2009, beliau menandatangani kontrak untuk mengambil alih sebagai ketua jurulatih kelab Arab Saudi, Al-Hilal selama dua tahun dengan bayaran 1.8 juta euro. Pada 6 Julai 2010, beliau menandatangani kontrak empat tahun untuk menjadi jurulatih pasukan kebangsaan Maghribi. Beliau menjadi jurulatih Maghribi selama dua tahun dan dipecat pada 15 September 2012 selepas Maghribi tewas 2-0 kepada Mozambique pada perlawanan pertama kelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2013.
Kurang sebulan meninggalkan Maghribi, beliau bersetuju untuk menjadi ketua jurulatih juara bertahan Qatar, Lekhwiya pada 9 Oktober 2012. Eric Gerets meninggalkan Lekhwiya dan menjadi jurulatih pasukan Emiriah Arab Bersatu, Al Jazira Club pada 20 Mei 2014.
Statistik pengurus
suntingPasukan | Dari | Sehingga | Rekod | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
BP | M | S | K | % Menang | |||
PSV Eindhoven | 1999 | 2002 | 142 | 88 | 27 | 27 | 61.97 |
Kaiserslautern | 2002 | 2004 | 70 | 21 | 16 | 33 | 30.00 |
Wolfsburg | 2004 | 2005 | 35 | 16 | 3 | 16 | 45.71 |
Galatasaray | 2005 | 2007 | 89 | 49 | 21 | 19 | 55.06 |
Marseille | 2007 | 2009 | 96 | 46 | 23 | 27 | 47.92 |
Al-Hilal | 2009 | 2010 | 48 | 35 | 6 | 7 | 72.92 |
Maghribi | 2010 | 2012 | 18 | 7 | 5 | 6 | 38.89 |
Lekhwiya | 2012 | 2014 | 77 | 44 | 13 | 20 | 57.14 |
Al-Jazira | 2014 | Kini | 20 | 13 | 3 | 4 | 65.00 |
Jumlah | 595 | 319 | 117 | 159 | 53.61 |
Penghargaan
suntingPemain
sunting- Divisyen Pertama Belgium: 1981–82, 1982–83
- Piala Belgium: 1980–81
- Piala Super Belgium: 1981
- Eredivisie: 1985–86, 1986–87, 1987–88, 1988–89, 1990–91, 1991–92
- Piala KNVB: 1987–88, 1988–89 1989–90
- Piala Eropah: 1987–88
- Kejohanan Bola Sepak Eropah: 1980 (naib juara)
Pengurus
sunting- Eredivisie: 1999–2000, 2000–01
- Piala Super Belanda: 2000, 2001
Individu
sunting- Kasut Emas Belgium: 1982
- Pengurus Profesional Terbaik Belgium: 1996–97, 1997–98
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Eric Gerets |
- Eric Gerets – Rekod persaingan FIFA
- CV Eric Gerets Diarkibkan 2007-01-28 di Wayback Machine