Club Brugge Koninklijke Voetbalvereniging (Sebutan Flemish: [klʏp ˈbrʏʝə ˈkoːnɪŋkləkə ˈvudbɑɫvəˈreːnəʝɪŋ]), ataupun hanya disebut Club Brugge, merupakan sebuah kelab bola sepak Belgium yang berpangkalan di Bruges, Belgium. Kelab telah ditubuhkan pada tahun 1891 dan merupakan salah satu kelab teratas di Belgium. Tempat halaman kelab ini terletak di Stadium Jan Breydel, dengan kapasiti sebanyak 29,472.
Club Brugge
Nama penuh
Club Brugge Koninklijke Voetbalvereniging (Club Bruges Royal Football association)
Gelaran
Blauw-Zwart (Biru-Hitam), Club, FCB
Diasaskan
13 November 1891; 133 tahun yang lalu (1891-11-13)
Stamnummer (matricule number) 3
Pesaing utama Club Brugge ialah Anderlecht. Selain itu, Club Brugge juga merupakan pesaing Cercle Brugge K.S.V. yang berkongsi stadium yang sama malah terletak di bandar yang sama, Bruges.
Mengikut sejarah yang panjang, Club Brugge telah banyak memenangi bola sepak Eropah, dengan melangkah dua kali perlawanan akhir pentas Eropah dan dua kali ke separuh akhir peringkat Eropah. Club Brugge merupakan satu-satunya kelab Belgium yang melangkah ke perlawanan akhir Piala Eropah (kini Liga Juara-Juara UEFA). Club Brugge tewas kepada lawan yang sama dalam perlawanan akhir Piala Eropah, Liverpool pada 1976 dan 1978. Club Brugge bertanding ke Piala Eropah sebanyak 16 kali.
Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.
Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.