Gary Gideon
Gary Joseph Gideon (lahir 1960) atau lebih dikenali sebagai Gary Gideon, merupakan seorang penyanyi dan pemain dram bebas yang terkenal bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga dalam arena muzik peringkat Asia Pasifik.
Gary Gideon | |
---|---|
Kelahiran | Gary Joseph Gideon 1960 |
Warganegara | Malaysia |
Nama lain | Gary Joseph, Gary, G.G., Gary J. Gideon, Gary The Skeletor Gideon |
Pendidikan | Sekolah Rendah Gombak, Sekolah Menengah Tinggi Setapak (SMT Setapak), Kuala Lumpur |
Pekerjaan | Penyanyi, pemain dram, guru dram |
Tahun aktif | 1969–kini |
Terkenal kerana | Menjadi antara penyanyi kanak-kanak undangan untuk rancangan radio Taman Kanak2 yang dikendalikan oleh Jamal Mohammad sejak tahun 1969; antara peserta termuda dalam sejarah penyertaan rancangan pertandingan nyanyian berprestij Bintang RTM - berusia 13 tahun ketika menyertai Bintang RTM 1974 selain Azian Mazwan yang berusia 11 tahun ketika menyertai Bintang RTM 1986; pemain dram bebas yang terkemuka |
Kampung asal | Kuala Lumpur dan Pulau Pinang |
Pasangan | Wendy Rodrigues-Gideon |
Anak-anak | Aaron Joseph Gideon (pemain dram kumpulan RYÖTJONES) Douglas Daniel Gideon |
Kerjaya muzik | |
Instrumen | Vokal, dram |
Syarikat rakaman | EMI |
Penampilan beliau sebagai antara peserta peringkat akhir pertandingan nyanyian berprestij Bintang RTM 1974 mula menarik perhatian para peminat seni tanah air kerana kelunakan suara nyanyian beliau, serta paras rupa yang kacak walaupun beliau masih berusia 13 tahun pada ketika itu, menyebabkan beliau pernah mendapat jolokan Donny Osmond Malaysia. Walau bagaimanapun, Gideon lebih berminat untuk menjadi seorang pemain dram yang berjaya dan penyertaan beliau dalam Bintang RTM 1974 hanyalah disebabkan galakan keluarga beliau.
Gideon memulakan langkah menjadi pemain dram profesional ketika berusia 17 tahun, serta mula melibatkan diri dalam rakaman lagu dan album sejak tahun 1985. Beliau masih aktif dalam arena seni tanah air sehingga kini.