Empangan Timah Tasoh

Koordinat: 6°33′55″N 100°13′04″E / 6.5652°N 100.2177°E / 6.5652; 100.2177 Empangan Timah Tasoh merupakan sebuah empangan yang terletak 17 km ke utara bandar Kangar yang terletak dalam mukim Beseri. Ia boleh dihubungi melalui Jalan Kangar ke Padang Besar dan Jalan Abi ke Padang Besar.

Nama empangan Timah Tasoh diambil sempena nama dan tempat pertemuan dua batang sungai iaitu Sungai Timah dan Sungai Tasoh. Projek ini dimulakan pada tahun 1987 dan siap sepenuhnya pada tahun 1992. Projek ini telah menelan belanja sebanyak RM77 juta dibawah peruntukan Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu Malaysia (IADP).


Rujukan

sunting

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.