Elizabeth Debicki
Elizabeth Debicki (lahir 24 Ogos 1990)[1] ialah seorang pelakon wanita Australia.
Elizabeth Debicki | |
---|---|
Kelahiran | [1] | 24 Ogos 1990
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 2011 - kini |
Ketinggian | 191 cm (6 ka 3 in) [3] |
Kehidupan peribadi
suntingDebicki dilahirkan di Paris[2] kepada ibu bapanya yang sama-sama penari.[3] Debicki tiba di Australia pada usia lima tahun dan dibesarkan di Melbourne.[2][3] Beliau berketurunan Poland dan Ireland.[4] Beliau tertarik dengan balet pada usia kecil dan terus berlatih menjadi penari, sehingga memutuskan untuk menyertai dunia teater.[5][6] Debicki bersekolah di Huntingtower School di sebelah timur Melbourne dan menamatkan pengajian dengan ijazah dux.[7] Pada tahun 2010, beliau memperoleh ijazah drama dari Kolej Kesenian Victoria, Universiti Melbourne.[2][5] Pada Ogos 2009, beliau menerima biasiswa Richard Pratt Bursary yang ditujukan pada pelajar berbakat pada tahun kedua latihannya.[8] Tinggi Debicki 1.91 m (6 ka 3 in).[3]
Kerjaya
suntingSetelah melihat rakaman uji bakat Debicki, pengarah Baz Luhrmann menerbangkannya ke Los Angeles.[1] Pada Mei 2011, Luhrmann mengumumkan bahawa beliau akan melakonkan watak Jordan Baker dalam filem The Great Gatsby.[9] Penggambaran bermula pada September 2011.[10]
Filemografi
suntingFilem
suntingTahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
2011 | A Few Best Men | Maureen | |
2013 | The Great Gatsby | Jordan Baker | |
Gödel Incomplete | Serita | Filem pendek | |
2015 | Macbeth | Lady Macduff | |
The Man from U.N.C.L.E. | Victoria Vinciguerra | ||
Everest | Caroline Mackenzie | ||
2017 | Guardians of the Galaxy Vol. 2 | Ayesha | |
Valerian and the City of a Thousand Planets | Emperor Haban Limaï | Suara | |
Breath | Eva | ||
7 from Etheria | Serita | Koleksi filem pendek | |
2018 | The Tale | Jane Gramercy | |
The Cloverfield Paradox | Mina Jensen | ||
Peter Rabbit | Mopsy Rabbit | Suara | |
Widows | Alice | ||
Vita & Virginia | Virginia Woolf | ||
2019 | The Burnt Orange Heresy | Berenice Hollis | |
2020 | Tenet | Katherine "Kat" Barton-Sator | |
Peter Rabbit 2: The Runaway | Mopsy Rabbit | Suara; pos-produksi |
Rujukan
sunting- ^ a b c Hardie, Giles; Hornery, Andrew (2011-08-20). "Leo sweeps into Sydney". Brisbane Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-07. Dicapai pada 2021-06-15.
- ^ a b c d "Baz Luhrmann casts VCA graduate Elizabeth Debicki in The Great Gatsby". Universiti Melbourne. 2011-05-25. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-07. Dicapai pada 2021-06-15.
- ^ a b c d Lehmann, Megan (2013-05-11). "Her roaring twenties". The Weekend Australian Magazine.
- ^ Cantelo, Sigourney (2012-11-06). "Our fair ladies: how to maintain pale skin". Vogue Australia.
- ^ a b Rule, Dan (2012). "True Hollywood Story". Melbourne University Magazine.
- ^ Groves, Don (2012-05-07). "The tale of two Elizabeths". Special Broadcasting Service.
- ^ Bowen, Sholto (2008-02-01). "From the Principal". The Huntingtower Bulletin.
- ^ "2009 Theatre Scholarships announcement including $20 000 Keith and Elisabeth Murdoch Travelling Fellowship". The Melbourne Newsroom. The University of Melbourne. 2009-08-31. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-17. Dicapai pada 2021-06-15.
- ^ Fleming, Mike (2011-05-11). "Newcomer Elizabeth Debicki To Play Jordan Baker In The Great Gatsby". Deadline.com. Dicapai pada 2011-06-13.
- ^ Bulbeck, Pip (2011-09-06). "Baz Luhrmann's $125 Milllion The Great Gatsby Begins Production in Sydney". The Hollywood Reporter. Dicapai pada 2011-09-06.
Pautan luar
sunting- Kategori berkenaan Elizabeth Debicki di Wikimedia Commons
- Elizabeth Debicki di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)