Peter Rabbit
Peter Rabbit ialah seekor watak arnab bersifat manusia dalam cereka kanak-kanak karya Beatrix Potter. Ia mula-mula muncul dalam cereka The Tale of Peter Rabbit pada tahun 1902, diikuti lima lagi buku dari tahun 1904 hingga 1912. Watak ini juga muncul dalam bentuk adaptasi cerita Beatrix Potter dan pelbagai barang dagangan. Peter Rabbit merupakan salah satu watak cerita kanak-kanak klasik yang terulung di United Kingdom.
Peter Rabbit | |
---|---|
Kemunculan pertama | The Tale of Peter Rabbit |
Kemunculan terakhir | The Tale of Mr. Tod |
Dicipta oleh | Beatrix Potter |
Informasi | |
Jantina | Jantan |
Pekerjaan | Penjual bunga (dalam The Tale of the Flopsy Bunnies) |
Keluarga | Pn. Rabbit (ibu), Flopsy, Mopsy, dan Cotton-tail (adik-beradik), Benjamin Bunny (sepupu), En. Bunny (bapa saudara) |
Latar belakang
suntingDalam cerita-cerita Potter ini, semua arnab berjiwa manusia dan memakai pakaian manusia; Peter memakai jaket dan kasut. Peter, ibunya Mrs. Josephine Rabbit, dan adik-beradiknya Flopsy, Mopsy, dan Cotton-tail, tinggal dalam sebuah sarang arnab yang dilengkapi dapur manusia, perabot manusia, dan sebuah kedai aneka barang milik Mrs Rabbit sendiri. Peter ada seorang bapa saudara (Mr. Benjamin Bunny) dan seorang sepupu (Benjamin Bunny, anak Mr. Benjamin).
Peter Rabbit dinamakan sempena seekor arnab yang pernah dibela oleh Beatrix Potter sewaktu kecil, bernama Peter Piper. Cerita sulung Peter Rabbit, iaitu The Tale of Peter Rabbit, mula-mula direka pada 1893 sebagai isi kandungan surat kepada Noel Moore, anak lelaki yang berusia lima tahun kepada bekas pengasuh Potter, Annie Moore. Ketika itu, Noel kurang sihat, jadi Potter menuliskan cerita bergambar sketsa kepada kanak-kanak itu supaya dia kekal ceria.
Pada Jun 1902, cerita ini diterbitkan sebagai bahan dagangan oleh Frederick Warne & Co, dan menjelang akhir tahun, 28,000 salinan telah dicetak. Sepanjang zaman, The Tale of Peter Rabbit sudah terjual lebih 40 juta salinan sedunia, dan tepat pada tahun 2008, siri Peter Rabbit sudah terjual lebih 151 juta salinan dalam 35 bahasa.[1][2]
Buku
suntingPeter Rabbit melakukan ketampilan sulungnya pada tahun 1902 dalam cerita The Tale of Peter Rabbit. Peter mengingkari arahan ibunya lalu mencuri masuk ke dalam kebun En. McGregor untuk memakan sebanyak mana sayur-sayurannya yang termampu sehingga dijumpai dan dikejar-kejar oleh En. McGregor sendiri. Peter terlepas jua, tetapi kehilangan jaket dan kasutnya yang digunakan oleh En. McGregor untuk memakaikan orang-orangnya. Peter balik rumah dalam keadaan kepenatan dan kesakitan, lalu ditidurkan dengan teh kamomil.
Dalam cerita The Tale of Benjamin Bunny yang asalnya diterbitkan pada tahun 1904, sepupu Peter, Benjamin Bunny membawanya kembali ke kebun En. McGregor untuk mengambil balik pakaian yang dihilangkan oleh Peter dalam cerita lalu, The Tale of Peter Rabbit. Akan tetapi, selepas mengumpul bawang untuk diberikan kepada ibu Peter, mereka ditangkap oleh kucing belaan En. McGregor. Mujurlah, bapa Benjamin datang untuk menyelamatkan mereka, tetapi dia juga merotan Peter dan Benjamin kerana mencuri masuk ke dalam kebun En. McGregor itu. Dalam kisah ini, Peter kelihatan berasa kebimbangan apabila memasuki semula kebun itu.
Dalam The Tale of the Flopsy Bunnies yang keluar pada tahun 1909, Peter memainkan peranan kecil dan hanya muncul sekejap. Ia sudah dewasa dan saudarinya Flopsy pula berkahwin dengan sepupunya, Benjamin Bunny, lantas melahirkan enam ekor Flopsy Bunnies yang manja. Peter dan ibunya menjaga sebuah kebun semaian[3] di mana anak-anak Flopsy menjengah untuk meminta kobis ganti.
Dalam The Tale of Mr. Tod yang keluar pada tahun 1912, anak-anak Benjamin dan Flopsy diculik oleh seekor badger jahat, Tommy Brock. Peter membantu Benjamin mengejar Brock yang menyorok dalam rumah si rumah, Mr. Tod. Mr. Tod terserempak dengan Brock yang tidur di atas katilnya lalu bergaduh, sambil Peter dan Benjamin berjaya menyelamatkan anak-anaknya.
Peter sekadar membuat penampilan kameo dalam dua lagi cerita, iaitu The Tale of Mrs. Tiggy-Winkle (1905), yang mana Peter dan Benjamin menjadi pelanggan seekor landak kecil tukang cuci, Pn. Tiggy-Winkle. Dalam The Tale of Ginger and Pickles (1909) Peter dan watak-watak lain dari cereka Potter terdahulu membuat penampilan kameo dalam lukisan yang dipamerkan dalam kedai Ginger dan Pickles.
Barang dagangan
suntingPotter mereka anak patung yang menyerupai Peter Rabbit, dan sebuah permainan papan Peter Rabbit sebaik sahaja cerita pertama mula-mula diterbitkan. Watak ini juga digambarkan dalam beraneka jensi barang dagangan sampingan seperti patung tembikar dan pinggan mangkuk. Peter Rabbit juga terdapat pada bungkusan rumus bayi Enfamil.
Pada tahun 1903, Peter Rabbit merupakan mainan lembut pertama yang menerima paten, menjadikan Peter watak berlesen yang terlama dalam sejarah.[4] Frederick Warne & Co owns the trademark rights of the Beatrix Potter characters.[5] Walaupun dikarang di England, namun kebanyakan cerita Peter Rabbit berada dalam domain awam Amerika Syarikat, kerana diterbitkan sebelum tahun 1923.
Adaptasi
suntingSesetengah cerita yang menampilkan Peter Rabbit diadaptasikan dalam bentuk animasi untuk siri antologi BBC, The World of Peter Rabbit and Friends (1992). Peter Rabbit juga muncul dalam filem balet The Tales of Beatrix Potter (1971).
Rujukan
sunting- Nota kaki
- ^ "United Media Licensing - PETER RABBIT". United Media Licensing. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-03-24. Dicapai pada 2006-06-23.
- ^ "Beatrix Potter goes green". CCTV International. 2008-06-13.
- ^ Dalam ilustrasi depan asal, terpapar papan tanda dalam kebun, "Peter Rabbit & Mother — Florists — Gardens neatly razed. Borders devastated by the night or year." (MacDonald 40)
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-22. Dicapai pada 2011-01-05.
- ^ http://www.prnewswire.co.uk/cgi/news/release?id=107283
- Petikan
- MacDonald, Ruth K. (1986). Beatrix Potter. Twayne's English Author Series. Boston, MA: Twayne Publishers. ISBN 0-8057-6917-X.