Elizabeth (filem)
Elizabeth ialah sebuah filem biografi British 1998 ditulis oleh Michael Hirst, diarahkan oleh Shekhar Kapur dan dibintangi Cate Blanchett sebagai Ratu Elizabeth I dari England bersama-sama Geoffrey Rush, Christopher Eccleston, Joseph Fiennes, Sir John Gielgud, Fanny Ardant dan Richard Attenborough. Pada tahun 2007, Blanchett dan Rush menyambung watak mereka dalam filem sekuel, Elizabeth: The Golden Age.
Elizabeth | |
---|---|
Pengarah | Shekhar Kapur |
Penulis | Michael Hirst |
Dihasilkan oleh | Tim Bevan Eric Fellner Alison Owen |
Dibintangi | Cate Blanchett Geoffrey Rush Christopher Eccleston Joseph Fiennes John Gielgud Richard Attenborough Kenny Doughty |
Sinematografi | Remi Adefarasin |
Disunting oleh | Jill Bilcock |
Muzik oleh | David Hirschfelder |
Syarikat penerbitan | PolyGram Filmed Entertainment Kapurfilm Working Title Films Film4 Productions StudioCanal |
Diedarkan oleh | Gramercy Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 126 minit |
Negara | United Kingdom |
Bahasa | English Perancis |
Bajet | $30 juta |
Pecah panggung | $82,150,642 |
Filem ini membawa pelakon Australia, Blanchett kepada perhatian antarabangsa. Beliau memenangi beberapa anugerah untuk lakonannya sebagai Elizabeth termasuk Anugerah BAFTA dan Golden Globe pada tahun 1998. Elizabeth dicalonkan dalam 7 kategori di Anugerah Akademi ke-71 termasuk Filem Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik. Filem ini berjaya memenangi kategori Solekan Terbaik.
Pelakon
sunting- Cate Blanchett sebagai Elizabeth I dari England
- Geoffrey Rush sebagai Francis Walsingham
- Joseph Fiennes sebagai Robert Dudley, Earl dari Leicester
- Richard Attenborough sebagai William Cecil, Baron Burghley ke-1
- Christopher Eccleston sebagai Thomas Howard, Duke ke-4 dari Norfolk
- Kathy Burke sebagai Mary I dari England
- Fanny Ardant sebagai Mary dari Guise
- Samantha Morton sebagai Mary, Ratu Scotland
- Vincent Cassel sebagai Henry, Duc d'Anjou
- Emily Mortimer sebagai Kat Ashley
- Kelly Macdonald sebagai Isabel Knollys
- John Gielgud sebagai Paus Pius V
- Daniel Craig sebagai John Ballard
- James Frain sebagai Álvaro de la Quadra
- George Yiasoumi sebagai Philip II dari Sepanyol
- Edward Hardwicke sebagai Henry FitzAlan, Earl ke-19 dari Arundel
- Kenny Doughty sebagai Thomas Elyot
- Terence Rigby sebagai Bishop Stephen Gardiner
- Jamie Foreman sebagai Earl dari Sussex
- Angus Deayton sebagai Waad, Kanselor Kewangan
- Eric Cantona sebagai Monsieur de Foix
- Wayne Sleep sebagai Gutu Tari
- Alfie Allen sebagai anak Arundel
- Lily Allen sebagai Lady-in-waiting
Penerimaan
suntingTayangan
suntingElizabeth dibuka pada bulan September 1998 di Festival Filem Venice dan juga ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto.[1] Ia dibuka di London pada 2 Oktober 1998 dan di Amerika Syarikat pada 13 Oktober 1998.[1] Ia ditayangkan di United Kingdom pada 23 Oktober 1998[1] dan ditayang secara terhad di Amerika Syarikat pada 6 November 1998.[2] Elizabeth mengutip $30 juta di Amerika Syarikat dan Kanada dengan jumlah terkumpul seluruh dunia sebanyak $82.1 juta.[3]
Penerimaan kritis
suntingFilem ini diterima dengan baik oleh pengkritik dan orang awam. Ia mendapat rating 81% di laman web Rotten Tomatoes berdasarkan 59 ulasan daripada pengkritik filem.[4]
Anugerah
suntingElizabeth memenangi Filem British Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik untuk Blanchett dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik untuk Rush di Anugerah BAFTA. Elizabeth dicalonkan dalam 7 kategori di Anugerah Akademi ke-71 termasuk Filem Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik. Filem ini berjaya memenangi kategori Solekan Terbaik.
Rujukan
sunting- ^ a b c "Elizabeth (1998) – Release dates". Internet Movie Database. Dicapai pada 15 October 2007.
- ^ "Elizabeth (1998) – Weekend Box Office". Box Office Mojo. Dicapai pada 15 October 2007.
- ^ "Elizabeth (1998)". Box Office Mojo. Dicapai pada 15 October 2007.
- ^ "Elizabeth". Rotten Tomatoes. Dicapai pada 24 March 2012.
Pautan luar
suntingWikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Elizabeth (filem) |
- Elizabeth di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Elizabeth di Rotten Tomatoes