Ayatollah Sayyid Ebrahim Raiso-Sadati (Parsi: سید ابراهیم رئیس‌ الساداتی; 14 Disember 1960 – 19 Mei 2024) atau ringkasnya dikenali sebagai Ebrahim Raisi (Parsi: ابراهیم رئیسی) juga dikenali sebagai Penyembelih Tehran, ialah seorang ahli politik konservatif dan pakar fekah dari Iran yang dilantik sebagai Presiden negara tersebut h berikutan kemenangan dalam pilihan raya presiden Iran 2021.[1]

Ebrahim Raisi
ابراهیم رئیسی
Presiden Iran
Dalam jawatan
3 Ogos 2021 – 19 Mei 2024
Pemimpin AgungAli Khamenei
Naib PresidenEshaq Jahangiri
Didahului olehHassan Rouhani
Digantikan olehMohammad Mokhber (pemangku)
Ketua Hakim Iran
Dalam jawatan
7 Mac 2019 – 1 Julai 2021
Dilantik olehAli Khamenei
Naib PertamaGholam-Hossein Mohseni-Eje'i
Didahului olehSadeq Larijani
Ketua Pendakwa Raya Negara Iran
Dalam jawatan
23 Ogos 2014 – 1 April 2016
Dilantik olehSadeq Larijani
Didahului olehGholam-Hossein Mohseni-Eje'i
Digantikan olehMohammad Jafar Montazeri
Ahli Perhimpunan Pakar
Dalam jawatan
24 Mei 2016 – 19 Mei 2024
Kawasan pilihan rayaProvinsi Khorasan Selatan
Majoriti325,139 (80.0%)
Dalam jawatan
20 Februari 2007 – 21 Mei 2016
Kawasan pilihan rayaProvinsi Khorasan Selatan
Majoriti200,906 (68.6%)
Naib Ketua Hakim Negara Iran
Dalam jawatan
27 Julai 2004 – 23 Ogos 2014
Ketua Hakim Negara IranMahmoud Hashemi Shahroudi
Sadeq Larijani
Didahului olehMohammad-Hadi Marvi
Digantikan olehGholam-Hossein Mohseni-Eje'i
Pengerusi Pejabat Siasatan Awam Iran
Dalam jawatan
22 Ogos 1994 – 9 Ogos 2004
Dilantik olehMohammad Yazdi
Didahului olehMostafa Mohaghegh Damad
Digantikan olehMohammad Niazi
Maklumat peribadi
Lahir
Seyyed Ebrahim Raisol-Sadati

(1960-12-14)14 Disember 1960
Mashhad, Iran
Mati19 Mei 2024(2024-05-19) (umur 63)
Iran
Cause of deathHelikopter terhempas
Tempat semadiKubah Emas Imam Reza, Iran
Parti politikJemaah Ulama Mujahid
Gabungan politik
lain
Parti Republik Islam (1987-2024)
PasanganJamileh Alamolhoda
SaudaraAhmad Alamolhoda (mentua)
Tempat belajarShahid Motahari University
Laman webTapak web rasmi

Raisi pernah berkhidmat untuk beberapa jawatan dalam sistem kehakiman Iran, seperti Timbalan Ketua Hakim (2004–2014), Peguam Negara (2014–2016), dan Ketua Hakim Negara (2019–2024). Beliau juga merupakan Qadi dan Timbalan Qadi Tehran pada tahun 1980-an dan 1990-an, yang mana beliau menyelia pembunuhan ribuan tahanan dan penentang politik. Beliau merupakan Penjaga dan Pengerusi Astan Quds Razavi, sebuah bonyad (yayasan kebajikan), dari tahun 2016 hingga 2019.[2] Beliau ialah anggota Majlis Himpunan Pakar bagi Provinsi Khorasan Selatan, yang dipilih kali pertama pada pilihan raya 2006.

Raisi bertanding dalam pilihan raya presiden pada 2017[3] sebagai calon Barisan Rakyat Tentera Revolusi Islam yang konservatif[4]. Beliau tewas kepada penyandang Presiden Hassan Rouhani yang beraliran sederhana, dengan peratusan undi 57% dan 38.3%. Raisi berjaya dalam pemilihan presiden untuk cubaan keduanya pada 2021 dengan perolehan undi 61.9%, menggantikan Hassan Rouhani, yang telah tamat had perkhidmatan.[5]

Sejarah pilihan raya

sunting
Tahun Pilihan raya Undi % Tempat Catatan
2006 Majlis Himpunan Pakar 200,906 68.6% Pertama Menang [6]
2016 Majlis Himpunan Pakar 325,139 80.0% Pertama Menang [7]
2017 Presiden 15,835,794 38.28% Kedua Tewas [8]
2021 Presiden 17,926,345 61.95% Pertama Menang [9]

Kehidupan peribadi

sunting
 
Raisi pada 2019

Raisi berkahwin dengan Jamileh Alamolhoda, anak perempuan kepada Imam Solat Jumaat Mashhad, Ahmad Alamolhoda. Jamileh ialah seorang profesor madya di Universiti Shahid Beheshti Tehran dan Presiden Institut Pengajian Asas Sains dan Teknologi universiti tersebut.[10] Mereka dikurniakan dua orang anak perempuan dan dua orang cucu.[11] Salah seorang anak perempuannya belajar di Universiti Teknologi Sharif dan seorang lagi di Universiti Tehran. [11][12]

Antara karya Raisi ialah: Buku "Syarahan Mengenai Undang-Undang Fiqah" yang mempunyai 3 jilid (bahagian kehakiman, ekonomi dan agama); Erse-Bi-Wares (Pewarisan tanpa pewaris); Konflik prinsip dan penampilan dalam perundangan dan undang-undang.[13][14]

Aktivis Pasaran Modal membantah Presiden Iran

sunting

6 bulan selepas pejabat Ebrahim Raisi, keadaan pasaran modal masih mengecewakan. Jumlah indeks Bursa Saham Tehran telah jatuh lebih daripada 30 ribu unit dalam urus niaga hari ini dan mencapai 1 juta 275 ribu unit.

Dalam kes ini, sementara sebahagian besar bahagian pasaran kembali negatif, pemegang saham menjadikan teg "first_priority_borsa" sebagai trend dalam kawasan maya.

Hashtag ini dicipta untuk membantah tingkah laku pasif Presiden dan pasukan ekonomi tentang keadaan ibu kota, dan menyatakan bahawa Ebrahim Raisi akan menjadi keutamaan pertama pasaran saham sebelum pilihan raya.[15]

Kematian

sunting

Pada 19 Mei 2024, Ebrahim berserta menteri luar negeri Iran Hossein Amir-Abdollahian menuju ke sempadan Iran-Azerbaijan untuk membuka empangan Giz Galasi bersama Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev.[16][17] Beliau dan Hossein menaiki helikopter menuju kota Tabriz untuk melancarkan suatu projek yang berlangsung di sebuah loji penapis minyak di sana; helikopter tersebut terhalang kerana keadaan kabus tebal di daerah pergunungan Varzaghan Azerbaijan Timur dan cuba mendarat tetapi hilang kawalan dan terhempas di kaki gunung jam 13:30.[18][19] Isyarat telefon bimbit salah satu pengendali helikopter membolehkan 40 pasukan penyelamat mencari tapak kemalangan berkenaan[18] dan sampai jam 05:00 (01:30 GMT) menemui bangkai helikopter yang terbakar serta mayat mangsa terkorban termasuk beliau.[19]

Galeri

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Maziar Motamedi (19 June 2021). "Hardliner Ebrahim Raisi declared Iran's new president". Al Jazeera. Dicapai pada 19 June 2021.
  2. ^ "Ra'eesi became chairman of AQR". BBC Persian. 7 March 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 June 2018. Dicapai pada 8 March 2016.
  3. ^ "Hardline cleric Raisi to take on Rouhani in Iran's presidential election". Reuters. 9 April 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 November 2017. Dicapai pada 17 April 2017.
  4. ^ "Iran News Round Up", Critical Threats Project, 7 April 2017, diarkibkan daripada yang asal pada 21 August 2018, dicapai pada 24 April 2017
  5. ^ Raisi -- Which institution was the most accurate predictor of election results? tabnak.ir Retrieved 23 June 2021
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama alef
  7. ^ "نتایج نهائی انتخابات مجلس خبرگان رهبری در خراسان جنوبی" (dalam bahasa Parsi). Khavarestan. 27 February 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 March 2017. Dicapai pada 7 April 2017.
  8. ^ "Final results of presidential election by province and county" (dalam bahasa Parsi). Ministry of Interior. 8 June 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 October 2017. Dicapai pada 8 June 2017.
  9. ^ "نتایج آرای انتخابات ۱۴۰۰". Tasnim News Agency (dalam bahasa Parsi). 19 June 2021. Dicapai pada 20 June 2021.
  10. ^ "Conversation with Jamileh Alamolhoda, spouse of Ebrahim Raisi". 23 April 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 July 2017. Dicapai pada 24 April 2017.
  11. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama tabnak
  12. ^ "اعلام لیست اموال ابراهیم رئیسی /۲ دختر دارم که ازدواج کرده اند". www.khabaronline.ir (dalam bahasa Parsi). 30 May 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 June 2021. Dicapai pada 19 June 2021.
  13. ^ Unveiling of the latest writings of Hojjatoleslam Raeisi in the book fair tasnimnews.com,Retrieved 21 June 2021
  14. ^ Background and biography of Hojjat al-Islam Raisi iribnews.irT retrieved 21 June 2021
  15. ^ https://shahrebours.com/%d9%85%d8%ac%d9%85%d8%b9-%d8%b3%d8%b1%d9%86%d9%88%d8%b4%d8%aa-%d8%b3%d8%a7%d8%b2-%d8%a8%d8%b1%d8%a7%db%8c-%d8%ae%d9%88%d8%af%d8%b1%d9%88-%d8%a7%db%8c%d8%b1%d8%a7%d9%86-%d8%ae%d9%88%d8%af%d8%b1%d9%88/
  16. ^ Gambrell, Jon (19 May 2024). "Helicopter carrying Iran's president suffers a 'hard landing,' state TV says without further details". AP News. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 May 2024. Dicapai pada 19 May 2024.
  17. ^ "Qiz-Qalasi Dam symbol of cooperation between Tehran, Baku". Mehr News Agency. 19 May 2024.
  18. ^ a b Azzahra, Nabiila; Sekarwati, Suci (2024-05-20). "Lokasi Jatuhnya Helikopter Presiden Iran Ebrahim Raisi telah Teridentifikasi". TEMPO. Dicapai pada 2024-05-23.
  19. ^ a b "Ebrahim Raisi: What we know about deadly Iran helicopter crash". BBC News. BBC. 20 May 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 May 2024. Dicapai pada 22 May 2024.

Pautan luar

sunting